Monday, July 18, 2011

PERTANDINGAN LEGO

Pertama kali pertandingan lego diadakan serentak dengan pertadingan ujiminda dan bercerita. Seramai 50 peserta mengambil bahagian yang terdiri dari anak-anak K1 dari 7 cawangan TPB dan Tadika Inovasi Bestari. Lego-lego ini dimasukkan ke dalam besen agar tidak bersepah-sepah dan tidak bercampur dengan lego kawan-kawan yang lain. 50 peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan agar mereka dapat ruang yang mencukupi untuk mencipta bentuk dengan kreativiti masing-masing. 

Pertandingan lego ini diadakan di luar dewan kerana kawasan di dalam dewan sudah tiada ruang lagi setelah menempatkan 300 buah kerusi bagi keselesaan ibubapa dan ahli keluarga. 
 





Tekun

Nak buat transformer ke?


Masih dalam proses

Dengar cerita, pening juga para pengadil nak mencari pemenang kerana kreativiti anak-anak ni memang terserlah.
Antara bentuk yang terpilih
Inilah hadiah pertama, kedua dan ketiga pertandingan  lego

Hadiah penyertaan diberikan kepada semua peserta.

1 comment:

  1. hebat masing-masing...tapi anak saya tak tahu buat apa...apa-apa pun TQ TPB kerana dapat hadiah jugak...suka dia dapat hadiah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.