Wednesday, May 29, 2013

PROGRAM KITAR SEMULA

23 Mei 2013

Sehari sebelum bercuti, rangkaian Tadika Pintar Bistari mengadakan program kitar semula di semua cawangan. Bulan ini anak-anak diminta untuk membawa 3 naskhah suratkhabar lama setiap seorang ke tadika untuk dikumpulkan. Hasilnya ini....


Sebanyak 433kg suratkhabar lama dapat dikumpulkan dalam program pada hari ini. Alhamdulillah. 
Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang sama-sama memberi galakan kepada anak-anak. Kalau diikutkan, ramai yang nak bawa lebih dari 3 naskhah tapi tidak kali ini. Akan datang ya....

Seronok anak-anak kita dengan program kitarsemula ini. Mereka juga telahpun diberikan taklimat tentang tujuan dan matlamat program oleh Gurubesar masing-masing. 


Lebih seronok Guru Besar TM1 Pn. Norafizah dan Pengurus Operasi Pn. Suhaila bila ditemuramah oleh wartawan Harian Metro yang datang untuk membuat liputan tentang program ini. 


Glamour. Dapat masuk suratkhabar lagi...

Harian Metro 24 Mei 2013
Kita zooomm sikit gambar tu!!!!


Suratkhabar yang dikumpulkan di setiap cawangan diambil oleh lori Southern Waste Management untuk dikitarsemula dan dijadikan pelbagai kegunaan lain. Walaupun hari hujan ketika itu tapi semangat kitar semula tetap membara di hati anak-anak 


Terimakasih kepada wakil dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, (PPS-PPA) En. Mohd. Khairul yang tetap sabar menunggu green light dari tadika kerana jadual program kami yang padat setiap bulan. 

Ayuh, bulan Jun depan kita kitar semula botol plastik pula ya!!

Thursday, May 23, 2013

TADIKA BERCUTI

Tadika dan semua guru akan mula bercuti bermula esok 24hb sempena hari Wesak sehinggalah ke 28hb (Selasa). Dan dari 29hb sehingga habis cuti semester 1, tadika dibuka seperti biasa bagi membuat persiapan P & P Semester ke-2. Sekiranya ada urusan, silalah datang ke tadika setelah guru-guru naik bekerja.

Tuan/Puan,
Jangan lupa untuk ke Hari Terbuka tadika pada 5 dan 6hb. 5hb untuk anak-anak K1 dan 6hb untuk anak-anak K2. Sila rujuk surat makluman Jun.
Dan untuk melihat keputusan Peperiksaan Sem. 1 anak-anak, sila klik ke E-Waris 


SALAM DARI KOTA BOGOR

Assalamualaikum,

Bermula esok anak-anak sekolah di Malaysia telah mula bercuti. Lama tu 2 minggu. Sekarang ini saya di Kota Bogor. Bukannya dah bercuti awal tetapi sekarang ini menemani anak-anak bersekolah di sini. Dah masuk minggu ke-3 pun. Bergilir-gilir dengan Cikgu Tamizi. Mungkin ramai yang tak pernah dengar Kota Bogor kan? Kalau Jakarta tu kat Mangga 2 @ Tanah Abang, memang ramai yang dah tahu dan mungkin dah ramai yang pergi berkali-kali untuk bershopping. Ke Bandung pun sama. Tangkuban Perahu tempat yang menjadi tarikan di sana dan agenda shopping-shopping di Rumah Mode. Memang meriah!!

Apa ada di Kota Bogor?
Mai sini saya cerita. Kota Bogor kota hujan. Hampir setiap hari hujan dan cuaca di sini agak sejuk dibandingkan di Jakarta. Hujung minggu orang-orang Jakarta ke Puncak (dalam daerah Bogor) untuk cuti hujung minggu dan Puncak ni macam Cameron Highland aje. Ada ladang teh dan pemandangannya cantik sekali. 
Dan di Kota Bogor ini ada tarikannya sendiri. Bogor ini lebih kurang 90km aje dari Airport (Bandara) Soekarno Hatta. Kalau ikutkan perkiraan jalan kita kat Malaysia, 1 jam perjalanan, tapi ingat Indon, ingat macet (jem). :) 1 jam boleh jadi 3 jam.   
Di Bogor ada Taman Safari Indonesia. Hanya 30km dari kediaman saya. Memang tempat yang istimewa jika bawa anak-anak bercuti. Pengalaman yang amat menarik. Dah 2 kali ke sana pun, saya rasa macam nak gi lagi. Teruja gitu. Safari ni saya beri 5*****.  Bukan sekadar melihat binatang, tetapi pengalaman memberi makan binatang secara life dari dalam kereta membuatkan anak-anak tidak lupakan pengalaman itu. (Tanyalah Akif Suhaila ~ cerita yang sama sering diulang-ulang)
Klik di sini untuk website safari. Nanti saya buatkan satu cerita untuk safari ni. (Maaf, tak janji bila tu!!) 

Dan kat Kota Bogor ini ada Istana Presiden yang memang banyak rusa. Kalaulah disembelih ni dan beri orang miskin makan ni, memang bersyukur bangat deh! He, he...




Beli aje kangkung / lobak dari penjual untuk disedekahkan pada rusa-rusa ni. 
Enak-enak aje berehat di bawah pokok. 


Ayo pak, diberi makan rusa tu! Yak udah. Usah  ngelamun lagi
Sementara menunggu anak-anak menaiki kereta kuda keliling kota, apa kata kita pekena ini....

Es durian. Really yummy!!
Jom cuba kue-kue di sini. 

Macam-macam jualan ada. Murah-murah Buk!!
Sekarang ni nak ke Jakarta pun dah tak susah lagi. Tak perlu naik pesawat dari KL @ Changi Airport. Sudah ada penerbangan terus dari Senai ~ Jakarta 4x seminggu dgn Air Asia.  Terima kasih Air Asia kerana memudahkan perjalanan kami. :) 

Kalau nak berekreasi bersama keluarga dengan aktiviti lasak, boleh juga ke Wisata Matahari dan Mekarsari.  Tempat yang menjadi tumpuan keluarga di hujung minggu yang tak boleh dilepaskan bila ke Kota Bogor ini. 

Jom bapak-bapak ibu-ibu, bawa anak-anak bercuti ke Bogor.