Sunday, July 3, 2011

GI GANU TAK MBOH BALIK..(2)

Ingatkan rehat sekejap aje, rupanya lama. Ok, sambung cerita.

Oleh kerana masih awal pagi, banyak kedai yang masih belum dibuka. Jadi kami meninjau jualan-jualan di kawasan pasar basah dan ternampak tarikan ini.

Saya tak pasti apa ke namanya tempat ini tapi saya yakin ianya kawasan yang ditambak kerana masih terdapat lagi tempat-tempat yang masih belum siap. Sewaktu kali terakhir ke Ganu (tak ingat tahun berapa, agak-agak 5, 6 tahun lepas) tempat ni masih belum ada.
 
3 dara pingitan tidak melepaskan peluang mengambil gambar.

Resort diseberang sungai sana
Nun di sana saya nampak jeti ke Seberang Takir. Kami pernah menaiki bot dari jeti ini ke Serang Takir untuk membeli ikan bilis waktu tu. Murah aje.
Inilah jeti bot ke Seberang Takir
Berbalik ke Pasar Payang. Inilah tempatnya. Nampak buruk aje dari luar tapi sebenarnya inilah syurga shopping batik sutera dan kain songket.



Bagi yang menggemari koleksi tembaga, bolehlah ke kedai ini. Saya tidak membeli apa-apa kerana koleksi tembaga saya pun masih tetap belum bertukar warna lagi. Lagipun dah diberi amaran, "Jangan beli apa-apa", walaupun telah diberikan RMxxxx sebagai bekal.


Kesian, adik-adik di bawah ni kepenatan. Seronok sungguh melihat mereka berbelanja, membeli ole-ole, buah tangan, cenderahati, cendermata dan macam-macam lagi. Samada yang dikirim, untuk diri sendiri ataupun untuk sedara terdekat @ suami yang ditinggalkan. Makin sakan bershopping sementelah mendapat "duit poket" dari boss tersayang. Tak cukup kiri kanan tangan memegang, beli aje beg besar. Mana tahu tahun depan dapat digunakan untuk melancong ke Langkawi pulak ya! Stanby, kumpul duit!


Lokasi seterusnya adalah Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu. Urusan menjadi senang sebab saya telah maklumkan tentang rombongan kami kepada pihak pengurusan TTI. Dengan bayaran RM20, inilah pakej yang kami dapat.
  1. Tiket river cruise Sungai Terengganu
  2. Tiket masuk ke Monumen beserta paspot
  3. Kupon makan bernilai RM3.00
  4. Kupon cenderahati bernilai RM2.00
  5. Perkhidmatan trem percuma dalam kawasan monumen
Sebelum menaiki bot, kami diajar memakai jaket keselamatan oleh petugas TTI

Sedang elok, sebuah bot boleh memuatkan 40 orang.
Kita baca doa naik kenderaan dulu ya!
Sepanjang river cruise, ini yang dapat dirakamlan.

Replika Dome of the Rock. (Kubah As-Sakhrah). Dibina pada tahun 692M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibnu Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung mariah dan untuk memperingati Isra' Mikraj Rasulullah saw.

Replika Masjid Mohamed Ali, Mesir.

Perkampungan nelayan

Tempat membaiki bot nelayan

Tempat membuat bot berskala besar.

Dan di kawasan ini jugalah diadakan Monsoon Cup iaitu pertandingan perahu layar antarabangsa yang membuatkan Terengganu terkenal di dunia.


Parking bot bagi orang-orang yang kaya sahaja

Bangunan Kastam Terengganu

Hotel Felda

Masjid Kristal yang gah tetapi tiada solat Jumaat dijalankan di sini.

Jambatan yang menyingkatkan perjalanan darat

Pengemudi bot cilik
Selesai sudah river cruise yang memakan masa hampir satu jam sampai ada yang loya dan muntah-muntah kerana kepeningan.

Usai cruise, kami makan di B'Beteng (riverside restaurant). Punyalah lambat servis yang diberikan. Nak kata ramai orang, taklah juga. Lain yang diminta, lain yang dapat. Dari segi rasa...bolehlah untuk mengenyangkan perut. Harga boleh tahan mahal, standard riverside tapi mujurlah ada meal voucher RM3 tadi tu. 
Komen saya: banyak yang perlu diperbaiki! 


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.