Saturday, May 28, 2011

APA AKAN JADI DENGAN KAMPUNGKU?

Ini adalah rumah ayah saya di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan. Berdekatan dengan Kawasan Perindustrian Gebeng. Rumah ayah dan Gebeng cuma 10.2km sahaja. Ada apa dengan Gebeng? Untuk pengetahuan, di sinilah akan dibina projek Lynas iaitu sebuah syarikat Australia yang akan memproses nadir bumi dan berisiko membebaskan radiasi kepada penduduk sekitaran. Jika projek ini tidak dibatalkan oleh pihak berkuasa, kesengsaraan kesihatan akibat radiasi akan dialami oleh penduduk setempat khasnya. Seperti apa yang berlaku di Bukit Merah . Janganlah atas nama pembangunan, rakyat jelata yamg menerima impak dari logi pemprosesan ini.
Jika mahu tahu tentang projek-projek ini, bacalah artikel-artikel dalam blog KELAB GREENBOC 
Dan yang menarik, saya akan paparkan video orang putih cakap melayu (tak adapun 'sleng kuatang) berkenaan isu ini. Saya ketepikan isu-isu politik yang lain agar kita sama-sama mendapat iktibar daripadanya.


 

Wednesday, May 25, 2011

KEPUTUSAN DAH KELUAR

Dah keluar pun keputusan peperiksaan semester 1. Ibubapa pun ramai yang dah tak sabar-sabar lagi nak tengok pencapaian anak masing-masing. Tapi bila ke website tadika, kenalah login dulu, barulah keputusan dapat dilihat. 
Akhirnya kami yang membuat kerja-kerja belakang tabir ni dapat menarik nafas lega. Dapat menyiapkan kerja seperti yang dirancang. Sekiranya ada apa-apa masalah berkaitan dengan keputusan ini,  bolehlah berhubung terus dengan saya. Untuk lebih perincian, datanglah ke hari  terbuka 2 dan 3 Jun nanti. Disarankan membawa anak masing-masing. Dapat juga berjumpa dengan cikgu sambil mengeratkan siratulrahim. 

Tinggal lagi 2 hari bersekolah sebelum anak-anak ni bercuti 2 minggu.  Buku aktiviti cuti sekolah telahpun diedarkan kepada murid-murid yang membuat pembelian. Saya tidak membuat tempahan banyak. Hanya mengikut kuantiti, kalau ada lebihpun mungkin sedikit saja. sapa cepat, dia dapat!!

CINDERELLA VS UPIN & IPIN

Just nak berkongsi cerita sewaktu Hari Guru tempohari di Taman Mawar 1 yang tak sempat saya nak posting. Tiba masanya cikgu-cikgu menghiburkan anak-anak dengan nyanyian, lakonan dan pertandingan "lumba-lumba".
Mari saksikan: 
Nyanyian Guru Malaysia. Ada yang 'miming' saja. GB bersemangat

Sambutan hari lahir bersama-sama cikgu-cikgu
Cinderella & Putera Raja

Adik beradik tiri. Gelagat mak tiri 'real' gitu. Dapat anugerah pelakon cemerlang ya Cikgu Alin!
Watak-watak dalam Upin & Ipin

Betul, betul, betul!!!!
Dan ini pula pertandingan "lumba-lumba"
Lumba pecah belon

Cikgu, nape tak pecah?

Lumba makan tembikai


Tak aci, tembikai tak telan tu!!

Lumba makan kek

Kesian, kena dera makan!

Dan akhirnya....
Lumba lari dalan guni

Seronoknya mereka!!
Giliran cikgu pula yang berlumba. "Paling berat"

Sedang-sedang

Cikgu pun tak kurang seronoknya!

Paling kurus!
Yang penting, hari itu anak murid terhibur.
Cawangan yang lain juga tidak kurang hebatnya aktiviti mereka cuma saya tak berkesempatan nak ke sana. Hanya Pengurus Operasi dan Penyelia yang menghadirkan diri. Terima kasih daun keladi.

DAH BAYAR KE BELUM?

Bukannya saya nak tanya dah bayar yuran ke belum tapi cuma sekadar ingatan, sekiranya belum bayar cukai tanah lagi, cepat-cepatlah bayar sebab hari ini dah 25 Mei. Selepas 31 Mei, jika tak bayar cukai tanah, nanti kena denda pulak. Dahlah tanah kena cukai, tak pasal-pasal nanti ada penambahan denda pulak.
Masalah nak pergi ke JB, sekadar nak bayar? Tentunya tak ada masa. Saya sarankan gunakan online payment.
Senang. Cuma sediakan resit cukai tanah yang lepas sebagai rujukan dan ke web site berikut:
JOHOR E-PAYMENT PORTAL .
Website ini mesra pengguna jika saya bandingkan dengan Pejabat Tanah dan Galian Pahang. Cubalah. Mudah-mudahkan, dengan kemudahan serba canggih ini akan lebih menjimatkan waktu kita.

NAK PERGI LAGI!!!

Episod terakhir di Kidzania Jakarta.
Ya, 5 jam di Kidzania tidak mencukupi untuk merasai ke semua pekerjaan untuk mendapatkan pengalaman di sana. Inilah antara tempat-tempat yang tak sempat 3 beradik ini nak masuk.

Menjadi pengacara televisyen di depan kamera @ membuat kerja-kerja penerbitan rancangan

Menjadi jururawat bagi merawat bayi dan diajar tugas-tugas penjagaan bayi.

Atau mungkin juga sebagai doktor gigi.

Banyaknya gigi yang rongak!

Mungkin juga sebagai pegawai penyiasat untuk menyelesaikan berbagai kes jenayah

Time's up. Tak sempat nak masuk dan jadi doktor. Lihat dari luar ajelah!

Tak sempat nak belajar buat kuih dan biskut di Bogasari
Jadi cashier di supermarket juga menyeronokkan

Sebagai pam attendant di stesen minyak
Antara cenderahati yang boleh dibeli di Kidzania
Tak puas berada di sini, mereka dah menempah untuk ke Kidzania Malaysia yang sekarang ini masih dalam pembikinan. Tak tahu bila pembukaannya.
Anyway, they have fund during the short holiday. tapi jangan lupa!! Masa dah tiba balik Malaysia.

Tunggu waktu berlepas. Bye, bye Kak Nini
Spaghetti inflight

Kesian, kena siapkan homework dalam flight!!. Bagus, manfaatkan masa sebab esok dah sekolah.

Monday, May 23, 2011

MUMTAZ FI LUGHATUL ARABIYYAH

Di Tadika Inovasi Bestari, subjek Bahasa Arab telah diajar kepada semua murid K1 dan K2. Alhamdulillah, anak-anak ini boleh mencerap pembelajaran Bahasa Arab dengan baik. Inilah buktinya

Soalan Bahasa Arab K1

Meskipun hanya 5 bulan belajar Bahasa Arab

MUMTAZ! Anak sapelah ni!!!

Soalan Bahasa Arab K2

Salah satu contoh soalan
Kertas yang lain-lain tu boleh dilihat oleh ibubapa sewaktu HARI TERBUKA pada 2 dan 3 Jun nanti. Diharap sabar menunggu.

Sunday, May 22, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Ramai yang menanya. Bila dapat tahu keputusan peperiksaan? Tak ada pun dalam website.
Memang belum ada lagi. Seperti yang dimaklumkan dalam surat makluman, keputusan peperiksaan hanya boleh dilihat di website pada hari Khamis 26 Mei. Pihak kami masih lagi dalam proses untuk menyiapkan kerja-kerja belakang tabir. Insyaallah, akan dapat disiapkan sebelum tarikh tersebut.
Saya nak berkongsi cerita sewaktu minggu peperiksaan lepas. Hari terakhir peperiksaan iaitu subjek sempoa dan saya sempat ke Taman Scientex 1 melihat anak-anak kelas 6 Bistari membuat pengiraan. 

Penuh confident!

Kacang aje kira!

Pastikan tiada careless mistake

Sempat juga saya menyemak kertas-kertas peperiksaan yang telah ditanda oleh cikgu-cikgu.
Englisk K1
Math K1

Keliru ejaan dalam BM dan English (English 6 normal)


SESI PENERANGAN KELAS BISTARI

22 MEI 2011

Alhamdulillah, dari jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari  tadi di TS Hotel taman scientex, telah berlangsung Sesi penerangan Kelas Bistari dan Sesi Penerangan Sempoa yang dihadiri oleh 83 orang ibubapa dari cawangan Taman Mawar (1 & 2), Taman Kota Masai (1 & 2) serta Taman Scientex 1. Dalam program ini, ibubapa dibantu oleh 14 orang guru TPB bagi memastikan P & P sempoa berjalan dengan lancar. 

Sebahagian daripada ibu-ibu yang hadir

Kaum bapa juga tidak kalah dalam memberikan komitmen untuk program ini. Syabas untuk mereka! 
Mula-mula ibubapa diberikan penerangan tentang kelas bistari, tujuan kelas bistari diadakan, kriteria pemilihan murid untuk ke kelas bistari, kelebihan kelas bistari dan persepsi salah ibubapa tentang kelas bistari. Selepas rehat dan kudapan, sesi penerangan sempoa pula mengambil tempat.

Cikgu Tamizi menerangkan cara-cara menggunakan sempoa langkah demi langkah
Sungguh khusyuk mereka belajar

Sekejap aje dah expert mengira menggunakan sempoa. YES!

Guru-guru turut membantu memahamkan ibubapa
Mental calculation juga turut diajar. 5, 4, -2, -1, -5, 8, -6.  Jawapan?

Apa sudah jadi dengan mereka ini?

Tepu! Penat fizikal dan mental
Kami mengharapkan pertemuan yang singkat ini akan dapat memberikan pendedahan yang sebaiknya kepada semua ibubapa yang hadir. Insyaallah, kalau anak dapat buat, ibubapa lagi dapat buat. Masukkan cas-cas positif dalam minda agar kita menjadi orang yang luarbiasa!