Sunday, July 3, 2011

TAMAN MONUMEN TTI

"Taman monumen Taman Tamadun Islam menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman yang unik dengan memaparkan replika 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated." ~ dipetik dari passport Taman Tamadun Islam.
Untuk perician, bolehlah ke laman web TTI 

Oleh kerana waktu tenghari dan matahari terik memancar, kami menggunakan trem untuk meninjau kawasan monumen ini. Kawasannya tidaklah besar. Jalan kaki saja dari satu tempat ke satu tempat lagi rasanya lebih menarik. tetapi masing-masing telah kepenatan, jadi inilah penyelesaiannya.
Antara monumen yang sempat saya rakamkan.
 
Masjid Sultan Ali Saifudin, Brunei. (dinamakan sempena sultan brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek dari Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei)
Di monumen Taj Mahal, terdapat tayangan video bagi memberikan penerangan lebih terpeinci tentang Istana ini. Sewaktu tayangan, ramai yang tertidur sebab kepenatan. Lagipun nyaman air-cond membuatkan mereka lagi lelap!
Taj Mahal, Agra, India  (Maharaja Mughal ke-5, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Muntaz Mahal)
Abu Nasr Parsa, Afghanistan (di bina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah 2 tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa)

Suleyman Mosque, Turkey (masjid ini dibina pada tahun 1557 masihi, di zaman Empayar Uthmaniyyah dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital,  kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata)

Great Mosque of Agadez, Nigar (masjid yang deperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan kedudukannya.

Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia (pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union, Ia merupaka sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitan sejarah di zaman Kremlin

Kalyan Minaret, Uzbekistan (Menara ini telah dibina pada tahun 1127 M oleh Arsian Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.)


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.