Monday, March 5, 2012

TURKEY 10H/9M

25 Februari 2012, jam 12.30 pagi, penerbangan MAS 0030 ke Istanbul memulakan perjalanan dan mengambil masa selama 11jam 30 minit non-stop. Perjalanan yang panjang dalam penerbangan selepas hampir 3 tahun kami tidak terbang jauh setelah balik dari Yaman.
Kami dalam lawatan 10H/9M ke bumi Turki yang mempunyai banyak sekali sejarahnya semenjak kerajaan Rome hinggalah ke Khilafahan Uthmaniah. Dan inilah yang menjadi penyebab kenapa kami datang ke bumi Turki ini. Untuk melihat sendiri kesan-kesan sejarah dengan mata kepala yang sememangnya telah lama saya impikan. Alhamdulillah, baru sekarang menjadi realiti.
Perancangan asal sepatutnya pada 25 Januari lepas, jadi tidaklah anak-anak 'bercuti panjang' kerana kebetulan cuti Tahun Baru Cina tetapi kerana terdapat masalah dari pakej yang kami booking, jadi ditunda pada tarikh ini. Mujur juga tidak jadi pada waktu itu kerana dari berita di TV, kami mendapat tahu bumi Turki salji turun dengan lebat dan penerbangan pulang pada tarikh asal banyak dibatalkan. Kita hanya merancang...
Kami diingatkan bahawa cuaca di Turki sejuk kerana masih lagi dalam musim winter. Alhamdulillah, kami tidak membeli pakaian sejuk lagi kerana pakaian sejuk semasa barada di Yaman dulu masih disimpan walaupun sebahagian sahaja. Dan sebahagian yang lain telah disedekahkan kepada pelajar malaysia di Yaman ketika itu kerana kami juga tiada perancangan untuk bercuti dalam musim winter. Tak apalah, dah menjadi rezeki mereka. 
Cuma perlu menukar duit ke TL (Turkey Lira). Di JB tiada matawang tu, so saya menukarkan kepada $ US terlebih dahulu sebanyak US500 dengan kadar tukaran 3.04 = RM1520 dan dengan US500 saya mendapat TL833.94 dengan kadar tukaran 1.741. Bermakna 1TL = RM1.82. Terasa rendah matawang Malaysia. Dan dikatakan untuk masuk ke tandas, ada yang mengenakan sebanyak 1TL. Mahal tu nak masuk tandas.....

Note 50 TL

Note 20 TL

Note 10 TL dan syiling 1TL dan 25 kurus (macam 25 sen)

Note 5 TL dan syiling 50 kurus dan 10 kurus
Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar walaupun kekadang cuaca sewaktu penerbangan tidak berapa baik. Kami sampai ke Lapangan Terbang Atarturk jam 6.30 pagi dan kami bersolat subuh di pesawat saja kerana bimbang terlewat jika menunggu hingga mendarat. Perjalanan keluar imigresen juga lancar dan tidak perlu mengisi apa-apa borang pendaratan dan visa juga tidak diperlukan untuk pelancong luar. 
Selesai urusan bagasi, pemandu pelancong telah menunggu di luar dan cuaca amat sejuk sekali. 5 darjag celcius dan bagi orang Malaysia, sememangnya sejuk sampai ke tulang. Dan masing-masing teruja bila bercakap keluar asap-asap dari mulut masing-masing..   

Inilah tour guide kami, Abdulhamit Bayer (Turkish)
Dan bermulalah lawatan kami di Turki selama 10H/9M.Dan inilah rombongan kami selama waktu itu yang seramai 17 orang termasuk 1 tour leader dari agensi VREKA TRAVELS & TOURS SDN. BHD.
Semasa lawatan ke Pamukkale

Semasa lunch di Cappadocia

1 comment:

  1. Salam sejahtera
    Dokumen apa yang perlu bawa jika henda ke Istanbul selain dari pasport merah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.