Saturday, January 17, 2015

JOM BELAJAR MEMBACA DAN MENGIRA

Assalamualaikum wrb.wbt...

Alhamdulillah, pagi ini berlangsung program bersama ibubapa untuk pengenalan kaedah Bacalah Anakku. Seramai 94 orang yang terdiri dari ibubapa dari 9 cawangan yang hadir. Sambutan yang memberangsangkan.


Sesi pagi dimulakan oleh Cikgu Tamizi dengan perkongsian "Bagaimana Membentuk Anak Cemerlang" ~ santapan minda di awal pagi. Kemudian diikuti dengan pengenalan kepada kaedah Bacalah Anakku secara menyeluruh.  
Selepas rehat kaedah secara mendetail penggunaan dan kaedah Bacalah Anakku telah diterangkan oleh Cikgu Suhaila. 





Seems that parents enjoyed the programme. alhamdulillah...




Syabas juga kepada bapa-bapa yang memberikan komitmen untuk hadir dan nampaknya bersemangat untuk mengaplikasikan kaedah yang betul kepada anak masing-masing bila balik nanti.



Sebelum bersurai, ibubapa gunakan masa sebelum balik untuk berinteraksi dengan para guru disamping menanyakan perkembangan anak-anak. 





Terima kasih daun keladi, jangan serik datang lagi
Usai program jam 12,30, ibubapa pulang tetapi kami masih ada program yang perlu diselenggarakan petang nanti.
                     BERSAMBUNG.....take 5....





2.15 petang kami memulakan sesi kedua.


Cikgu Tamizi berkongsi pengalaman pembabitan diri dalam pengajaran sempoa

Langkah demi langkah diajarkan kepada semua ibubapa yang hadir



Masing-masing khusyuk mendengar penerangan sebelum LDK

 Practice make perfect !!






Bestnya bila pasangan suami isteri turut datang bersama belajar. Kat rumah nanti bolehlah buat pertandingan 3 penjuru. Anak vs ayah vs ibu..




Bagi yang kidal, sedikit kekok tetapi itu bukan penghalang kepada pembelajaran sempoa malah merupakan satu keistimewaan. Apa taknya, satu tangan mengira, satu tangan menulis. Lagi cepat satu -satu latihan dapat disiapkan.


Yang lebih mencabar bila disuruh untuk mengira secara mental...bukannya mencongak!!


Mission accomplished. Alhamdulillah

Thursday, January 15, 2015

IBU AYAH...MARI BELAJAR

Assalamualaikum,

Insyaallah, Sabtu ini akan diadakan kursus Bacalah Anakku bagi ibubapa anak-anak K1 pada sebelah pagi dan K2 pada sebelah petang untuk program sempoa. Oleh kerana kuota penyertaan masih ada lagi, maka penyertaan masih dibuka kepada semua ibubapa yang berminat sehingga Khamis esok. Mudah-mudahan dengan menghadiri kursus ini, ibubapa akan dapat mencedok ilmu-ilmu dan dapat dimanfaatkan kepada anak-anak kita nanti. Insyaallah. Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar program pada tahun lepas. 





Pada tahun-tahun sebelumnya, kami buat program ini pada bulan Februari tetapi dari feedback ibubapa, ramai yang minta diawalkan agar mereka juga dapat mengajar anak-anak dengan cara yang betul sejak awal lagi. Oleh sebab itu, pada tahun ini kami kami buat pada minggu ke 3 Januari. 

Saya juga teruja dengan penyertaan dari para bapa. Walaupun tidak seramai para ibu, tetapi mereka memberikan satu komitmen yang baik ke arah pendidikan anak-anak. Syabas.



Waktu rehat digunakan ibubapa untuk beramah mesra dengan guru-guru dan melihat buku-buku yang kami gunakan di tadika. 



Untuk sesi petang, program bersama ibubapa K2..Jom kita belajar sempoa. 


Sifu berkongsi pengalaman dalam pembelajaran sempoa



Walaupun baru kali pertama, namun semuanya hebat-hebat belaka.


Dan inilah hasilnya..........ibubapa yang menyertai program ini tanpa segan silu menyahut cabaran di pertandingan mental aritmetik dan congak yang kami adakan pada semester 2.

Menang kalah bukan pertaruhaan, tetapi semangat mencuba amat digalakkan.




Jadi kalau ada ibubapa yang masih ingin menyertai program Sabtu ini, sila hubungi GB cawangan masing-masing ya. 

Wednesday, January 14, 2015

2015 MINGGU KEDUA

Assalamualaikum wrb wbt...

Setelah memberi peluang kepada ibubapa menguruskan anak-anak sekolah rendah dan menengah, maka Isnin 12hb Januari tadika beroperasi seperti sediakala. Lokasi pertama saya...Taman Scientex 1 di Jalan Kijang. 

Kelas 6 Bistari




Kelas 5 Cerdas sesi pagi ~ belajar huruf  a


Semua tempat tidak ditinggalkan kosong, ada saja yang dilukis oleh cikgu-cikgu



Notice board TS1