Wednesday, August 10, 2011

RAMADHAN DI BATAM

Dah lama dah saya dengar nama Batam ni tapi rasa biasa aje. Tiada perasaan pun nak pergi ke sana. Yang saya tahu Batam adalah salah satu dari ribuan pulau-pulau yang ada di Indonesia. Pembangunannya kebanyakan dijana oleh pelabur-pelabur luar terutama Singapura. Dan saya pun baru tahu bahawa Batam adalah FTZ (Free Trade Zone), sama macam Pulau Langkawi. Maknanya kawasan bebas cukai. Tapi adakah benar barang-barang di Batam ni murah-murah kerana tiada cukai? Waallahu'alam sebab saya ke sana pun bukan untuk agenda shopping.

Perjalanan kami bermula dari sini
Harga tiket ke Batam dengan feri adalah RM85 seorang dewasa pergi balik dan kanak-kanak RM63 seorang pergi balik. Sementara cukai pelabuhan adalah RM18 seorang samada dewasa dan kanak-kanak. Perjalanan dengan feri memakan masa selama 1.15 jam ~ 1.30jam dari Terminal Feri pasir Gudang ke Batam Centre.

Inilah feri yang kami naik. Boleh memuatkan seramai 120 orang bagi satu-satu perjalanan

Tongkang sedang menurunkan barangan kejuruteraan di tepi jeti

Kerja-kerja membuat pelantar minyak sedang dijalankan


Dalam feri. Kurang penumpang, mungkin kerana program pemutihan yang sedang dijalankan sekarang ini. jadi tak sibuklah mereka nak balik cop pasport
Tak menyangka bertemu dengan anak murid Tadika Inovasi Bestari di dalam feri.  Si Adik malu-malu kucing ya! Abang steady aje berposing..
Tongkang yang membawa pasir di perairan Singapura

Kapal-kapal besar menuju ke Singapura untuk berlabuh
Setelah perjalanan selama 1.15 jam, kami sampai ke Batam Centre. Ingatkan feri kami saja yang ada, rupanya banyak lagi feri yang lain dari Singapura dan Stulang turut menurunkan penumpang menjadikan pemeriksaan paspot di imigresen sedikit perlahan.

Batam Centre

Pak supir lewat sampai, jadilah kami macam PATI aje.
Harris Hotel yang terdapat berhampiran dengan Batam Centre. Tak le kami menginap di sini kerana harganya mahal. 

Kami menginap di Sky Inn hotel di Batu Aji dengan bayaran Rp150,000 (RM50) sahaja. Berbaloi sebab bilik jenis deluxe dan hotel baru yang bersih dan moden.
Anak-anak kami tinggalkan di hotel sementara kami menyelesaikan urusan kami di sana. Lagipun mereka kepenatan berpuasa dan pusing kepala mabuk laut. 
Tinggal di hotel ini ok sebab makanan pun senang dapat untuk berbuka dan bersahur kerana terdapat restoran sebaris dengan hotel. Makanan pun jenis yang kami suka iaitu ayam bakar. Emm, sedap tapi tak sempat nak ambil gambar!

Batam ini agak teratur pembagunannya. Tidak 'macet' seperti Bogor dan Jakarta. Tiada orang minta duit sewaktu kereta nak parking dan cross jalan.
Namun begitu, musykil juga orang-orang iras Melayu dan Indonesia selamba aje makan di tempat umum. Saya tidak dapat membezakan samada mereka ini muslim atau tidak @ muslin yang tidak berpuasa. Saya bingung memikirkannya....@#$%%^&

Keesokan harinya, dibawa oleh seorang sahabat di sana ke jambatan ini. Salah satu antara 7 jambatan yang menghubungkan pulau-pulau kecil di situ.


Pulau-pulau kecil yang berdekatan antara satu sama lain

Terdapat juga kelong

Hari masih pagi dan tak ramai yang lepak atas jambatan. Memakir kenderaan di atas jambatan ini tidak menjadi kesalahan


Lubang di atas jambatan boleh menampakkan air yang biru kehijauan.

Pemandangan yang cantik

Pembinaan hotel rancak dijalankan bagi memenuhi keperluan pelancong asing
Itu ajelah tempat yang sempat kami pergi sebab perlu bergegas ke Batam Centre untuk pulang dengan feri jam 11.20 WI. 
Tempat jualan tiket dan mengambil boarding pass di Batam Centre
Nak balik pun kena cukai pelabuhan sebanyak Rp60,000 (RM20) seorang.

Walaupun negara Indonesia, tetapi Singapore Dollar banyak digunakan dalam transaksi. Musykil lagi saya. !@@#$%%

Dua jam sebelum berlepas pulang, hujan turun dengan lebatnya berserta dengan ribut petir. Juga bermakna laut akan bergelombang waktu kami balik nanti. Kecut perut saya!
 
Di dalam feri turut bocor. Air mengalir keluar melalui lubang lampu. Mujurlah penumpang tidak ramai, jadi banyak pilihan tempat untuk duduk
Alternatifnya, Caca mengambil alas kepala kusyen untuk menadah air bocor. Bijak, bijak!

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Pasir Gudang jam 2 petang dan sepanjang perjalanan pulang, tak berani saya meninjau keluar kerana bimbang mabuk laut kerana gelombang yang kuat.

Batam, insyaallah kami datang lagi dengan misi yang lain pula!

3 comments:

  1. been there done that.. ehheee

    ReplyDelete
  2. mari gabung bersama kami dijamin seru dan menghasilkan | IONQQ.GAMES.:)
    pin BB : 58ab14xf5 , di add ya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.