Tuesday, March 5, 2019

WOW! CANTIKNYA LAYANG-LAYANG!


Bismillahirrahmanirrahim.

Meriah di tapak Festival Layang-Layang Sedunia 2019

Alhamdulillah Allah beri lagi rezeki masa dan tenaga kepada kami untuk membawa anak-anak murid K2 kami ke lawatan yang seterusnya, Festival Layang-layang Sedunia kali ke 24. Festival yang saban tahun diadakan di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang.

Untuk tahun ini, kami tidak menghantar wakil bagi pertandingan mewarna kerana kesuntukan masa dan masalah pengangkutan. Insyaallah siapa tahu pada tahun yang akan datang kami akan hantar semula wakil-wakil kami.

Memandangkan jumlah murid kami yang ramai, seperti biasa  lawatan ke Bukit Layang-Layang dibahagikan kepada dua hari iaitu pada 27 dan 28 Februari 2019. Untuk hari yang pertama, tiga cawangan yang melakukan lawatan adalah TPB Taman Mawar, Tadika Nur Pintar Bestari dan Tadika Inovasi Bestari.

“Biasalah Nori.. hari pertama mana ada sangat layang-layang.. duduk ajelah tengok suasana kat padang tu. Nasiblah cikgu-cikgu bawa air buih sabun, seronok sikit budak-budak kat sana,” jawab Puan Shawa apabila disoal mengenai trip pertama ke sana.

Puan Azlia memberi taklimat sebelum naik bas (TM)

Hati-hati naik tangga bas ni. (TM)

Jom pergi Bukit Layang-Layang!! (TM)

Alhamdulillah!! Kami sudah selamat sampai! (TM)

Jom main buih sabun!! (TM)

Ala.. mana buih sabun ni.. cikgu nak pegang. (TM)

Cikgu, saya nak lari sampai hujung sana boleh? (TM)

Waaahhh!! Saya bebas ke sana ke sini!! (TNPB)

Layang-layang tak naik lagi.. jom kita fikir nak buat apa. (TNPB)

Bermacam-macam aksi bila diajak bergambar. (TNPB)


Ok semua, senyum!! (TNPB)

Dari tadi saya tiup, kenapa tiada buih yang keluar ni? (TIB)

Panas cikgu, kami tumpang berteduh kat sini. (TIB) 
Alamak, rasanya saya macam dah terjilat air sabun ni.. pahitnya! (TIB)



Nanti.. jangan berebut, jatuh nanti botol ni.. (TIB)

Bermain buih sabun di bawah pengawasan guru. (TIB)

Kami suka main buih sabun!! (TIB)

Suasana yang panas terik juga merisaukan kami. Panas, hinggakan hendak buka mata luas-luas pun siksa rasanya.

Hari kedua giliran saya pula yang ke Bukit Layang-Layang. Cawangan yang terlibat pada hari kedua adalah TPB Taman Scientex 1 & 2, TPB Taman Kota Masai, Tadika Ilmu Pintar Bestari, Tadika Minda Pintar Bestari dan Tadika Intelek Minda Bestari. Agak lewat saya sampai kerana mereka sudahpun berada di atas bukit.  Walaupun keadaan cuaca yang panas, murid-murid kami tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk menikmati aktiviti bebas di atas bukit itu.

Hari kedua Festival Layang-Layang Sedunia, langit mula penuh dengan layang-layang.

Ada yang sibuk berkejaran bermain buih sabun, ada juga yang duduk ternganga melihat pelbagai jenis layang-layang yang berterbangan di udara.

Beratur untuk naik bas ke Festival Layang-Layang. (TIMB)

Berteduh di bawah khemah sambil memerhatikan layang-layang. (TIMB)

Abadikan kenangan di Festival Layang-Layang Sedunia kali ke 24. (TIMB)
Kami dah siap ni nak ke Bukit Layang-Layang. (TMPB)


Jumlah kami tak ramai, jadi kami naik van je.. (TMPB)

Wowwwww!!! Tengok tu..!! Cantiknya layang-layang tu!! (TMPB)

Para petugas sedang memasang hiasan ikan di padang. 

Cikgu nak sikit keropok? Sedap tau keropok ni. (TMPB)

Nak lari-lari kat padang dah tak boleh, sebab dah ada hiasan ikan,
kita main-main bawah khemah ni ajelah. (TMPB)

Tengok tu, dia nak naikkan layang-layang lipan! (TS1)

Cepat cikgu, saya tunggu cikgu tiup buih sabun ni! (TS1)

Cikgu nak tiup buih sabun yang paling besar sekali! Nanti kejar tau! (TS1)

Ala.. cikgu ni tiup tak jadi lah buih sabunnya, kita pergi ke Cikgu Fatin lah! (TS1)

Pelbagai jenis layang-layang yang ada.

Cepat! Cepat tangkap buih sabun ni semua!! (TS1)

Semua duduk di bawah khemah bila para petugas mula memasang hiasan ikan di atas padang. (TS1)


Saya duduk di samping seorang murid,

“Cantikkan layang-layang ni semua?” soal saya.

“Haah cikgu, tapi kenapa takde lipan hidup besar macam tu eh?” dia menoleh dan terkedu melihat saya. Cikgu yang tak pernah dia nampak mungkin. Terus terdiam tak berkata apa-apa lagi.

Jaga-jaga cikgu, kat taman saya, sayalah goal keeper terbaik. (TS2)

Ok, saya nak cuba tiup semua lubang ni dengan satu nafas sahaja. (TS2)

Posing biasa-biasa je cikgu.. tengok saya ni tak buat gaya pun tetap comel. (TS2)

Nak buka botol ni elok-elok, takut tertumpah air sabunnya. (TS2)

Errr.. cikgu nak kami posing macamana? (TS2)

Banyaknya layang-layang di belakang kami. (TS2)

Bergambar bersama salah seorang peserta pertandingan layang-layang. (TS2)

Memandangkan padang dah tak boleh guna, kita main buih
sabun dalam khemah ni ok? (TS2)

Beratur elok-elok, kejap lagi bas sampai. (TKM)

Pemandangan yang buat ramai murid kami teruja. (TKM)

Cikgu-cikgu yang semangat bergambar, murid masih malu-malu nak berposing. (TKM)

Kena tegakkan botol air sabun macam ni kalau nak masukkan benda ni. (TKM)

Bismillah.. minta-minta jadi buih besar. (TKM)

Panasnya cikgu, susah saya nak buka mata besar-besar. (TKM)
Kita yang ready awal atau bas yang lambat ni cikgu? (TIPB)

Duduk di bawah khemah, nak tengok layang-layang. (TIPB)

Trip terakhir Cikgu Ain sebelum berhenti kerja. (TIPB)

Huishhh... putihnya orang putih ni cikgu!! (TIPB)

Pada hari kedua layang-layang sudah penuh menghiasi langit Bukit Layang-Layang. Puas anak-anak murid kami menyaksikan layang-layang menari-nari di angkasa.

Bila mereka melihat layang-layang yang besar dan berwarna-warni, kami guru-guru turut teruja mendengar reaksi mereka,

“Oooooohhh.. Aaaaahhhh.. cantiknya!!” jerit mereka.

Uuuhhhh... besarnya layang-layang kereta polis tu!! 

Hiasan ikan sedang dalam proses disiapkan.

Cikgu Wafa, lama lagi ke nak buka bekas botol air sabun tu? Kami tidur dulu boleh?

Mana bas ni tak sampai lagi? 

Bye layang-layang, kami balik dulu!

Di sini kami kongsikan video sepanjang lawatan 2 hari ke Festival Layang-Layang Sedunia kali ke 24.


Setelah puas berjalan-jalan pada bulan Februari, tiba pula masa untuk memerah otak pada pembukaan bulan Mac ini. Ujian pertama bagi murid-murid K2 akan diadakan pada 6 Mac 2019 (Rabu) nanti. Jangan lupa ulangkaji ya!!

~Cikgu Norifah~