Friday, July 29, 2011

INGAT!

Cuti hujung minggu dan bersambung dengan cuti awal ramadhan Isnin nanti memberikan peluang kepada ramai ibubapa bawa anak-anak balik kampung. Apatah lagi dah nak masuk 'bulan cerah' ni (pay day). Kalau nak makan angin @ cuti-cuti Malaysia, juga boleh asalkan poket penuh. Tapi ingat, berjimat-jimatlah ya dalam situasi ekonomi tak menentu. Amerika dah menunggu masa nak muflis (sila ikuti berita semasa 2 Ogos nanti) dek kerana dasar ekonomi kapitalis, tempiasnya kita juga dan seantero dunia akan turut merasa.
Bila berkereta, ingatkan anak-anak (termasuk semua penumpang) tentang kepentingan menggunakan tali pinggang keledar. Ingat! Jangan kerana takutkan polis sahaja, baru pakai tali pinggang keledar walhal ianya patut dijadikan sebagai satu disiplin sebaik saja menaiki kenderaan. 
Untuk anak-anak, semoga pesanan khidmat masyarakat ini dapat memberikan pendedahan tentang menggunakan tali pinggang keledar. INGAT tu! 


DEK KERANA BOLA SEBIJI..

Sepanjang minggu ini, sibuk diperkatakan tentang bola. Makan bola, kerja bola, rehat bola, kat rumah bola, kat tempat kerja bola, buka TV bola, dengar radio pun bola. Di mana-manapun orang bercerita pasal bola. Yang tak minat pasal bola pun bercerita pasal bola (macam saya la ni), apatah lagi yang gila bola. Akirnya penantian dah ke penghujungnya................Harapan tinggal harapan.

28/07/2011 10:44pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Harapan Malaysia untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Harimau Malaya tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93. - Utusan

Dan dah tentu esok akan ada lagi cerita pasal bola ini. Sebab ramai yang kat luar padang tu dah menjadi pengadil tak rasmi. Dan menjadi wartawan tak bertauliah.
Apapun, dek kerana bola sebiji, riuh rakyat se Malaysia!

JANGAN TAK PUASA TAU!

Bersahut-sahutan suara anak-anak berlatih membaca niat puasa di TPB dan TIB. Tak kira samada K1 dan K2. Cepat aje anak-anak ini dapat menghafal doa puasa ni walaupun baru diajar. Memang terang hati-hati mereka ini, bergantung kepada bagaimana kita mencorakkannya.
Insyaallah, tiada aral akan mula berpuasalah kita minggu depan. Tapi yang menarik untuk direnungi, anak bulan ramadhan belum menampakkan diri tapi sample-sample kuih raya dah banyak beredar-edar di pasaran samada di rumah-rumah dan perjiranan mahupun di tempat-tempat kerja. Saya juga sempat merasa beberapa sample yang diberikan  kawan-kawan. Bermacam-macam nama, berbagai-bagai rasa, bermacam-macam bentuk dan berbagai-bagai harga. Saya hanya merasa aje, tak adalah menempah sebab kuih-kuih raya buat sendiri. Nak makan tart nanas, jemputlah ke rumah.
Berbalik kepada ramadhan, ada ibubapa yang gusar dan risau kot-kot anak tadika ini tidak dapat berpuasa. Menahan diri dari makan dan minum sepanjang siang hari bukannya satu tugasan yang mudah bagi anak-anak ini. Tapi cubalah latih mereka ini semenjak awal ramadhan lagi. Tak dapat sehari, separuh haripun dah memadai. Tapi bagi kami guru-guru di tadika memang amat menggalakkan anak-anak K2 untuk belajar berpuasa.
Saya juga gusar kot-kot mak-mak ni yang tidak dapat menahan ragam dan rengekan anak-anak yang berpuasa ni. 
Susah-susah benar, berbukalah, tak payah berpuasalah! Hee.. meragam aje
Janganlah sampai begitu! Mendidik dan melatih anak-anak ni memerlukan kesabaran 120%. Banyak tu, dahpun lebih dari limit. Tapi insyaallah, tiap usaha ke arah kebaikan akan ada ganjarannya dan akan berlipat kali ganda di bulan ramadhan ini. Cuba-cubalah minta tolong pakcik google carikan tips-tips mengajar anak berpuasa di alam maya ni.
Dan untuk anak-anak, semoga cerita upin dan ipin dapat memberikan semangat buat mereka. 

SELAMAT BERPUASA DARI SELURUH WARGA MYBISTARI


Wednesday, July 27, 2011

RUMAH UNTUK DIJUAL

Bukan saya nak jual rumah yang saya duduk sekarang untuk berpindah ke rumah baru dan juga bukan saya buat bisnes baru jadi broker rumah. Saya cuma mengkhabarkan permintaan seorang kawan untuk menwar-warkan bahawa beliau hendak menjual rumahnya di Taman Bukit Dahlia (Jalan Sejambak 2). Rumah Semi-D (berbandung 2 tingkat) dengan harga RM360 ribu. Katanya harga boleh runding lagi.
Sekiranya ada yang berminat nak membeli, bolehlah hubungi saya. Nanti saya berikan no telefon beliau untuk anda berurusan. Pembinaan perumahan Taman Bukit Dahlia sekarang ini memang rancak dijalankan dan harga-harganya (bagi saya) memang agak mahal jika dibandingkan dengan kawasan Scientex dan Kota Masai dan yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana lokasi yang strategik, maka harganya pun mahal juga.  
Mungkin ada yang bertanya, kenapa cikgu tak nak beli?
Takpelah!. Saya duduk rumah teres 3 bilik ni aje. Lagipun bilangan isi rumahpun dah mengecil. 2, 3 tahun lagi akan makin mengecil bila anak-anak dah belajar jauh. Lagipun syukur dengan apa yang ada. BAITI JANNATI.  

UJIAN 3

Esok (Khamis) anak-anak K2 TPB dan TIB akan ada ujian pertama bagi semester 2 ni. Untuk kali ini subjeknya adalah BM, English, Mathematic dan Science. Soalannya senang-senang aje. Berkisar kepada perkara-perkara yang anak-anak belajar sepanjang sebulan setengah di semester 2 ini. Cikgu-cikgu pun dah buat ulangkaji bersama-sama anak-anak ini di setiap cawangan. Harap-harap ibubapa pun dapatlah juga meluangkan sedikit masa untuk ulangkaji bersama anak-anak pada petang @ malam ini.
Tapi diingatkan, janganlah tension bebenor. Sekiranya belajar secara berterusan, insyaallah anak boleh menjawab. YES! PASTI BOLEH!

Monday, July 18, 2011

USAI SUDAH

Usai sudah program pertama semester 2, 2011. Insyaallah menyusul pula Pertandingan Mental Aritmetik pada bulan September nanti. Inilah semua guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program.

Puan Pengarah Program, Cikgu Suhaila (kiri)

Pengerusi majlis, Cikgu Alin & Cikgu Shawa

Bersama Cikgu Sufiah (pembaca soalan)

Guru-guru TKM (1 & 2)

Guru-guru TM (1 & 2)

Pihak pengurusan
 Apalagi, penat lelah memang berbaloi bila dijamu boss dengan makan tengahari di Latios.







GAMBAR-GAMBAR PEMENANG HADIAH

Seronok melihat anak-anak menerima hadiah masing-masing bagi setiap pertandingan yang mereka masuki. Murah mahal bukan ukuran kerana kalau nakkan yang mahal, ibubapa ramai yang mampu membeli yang lebih mahal. Pentingnya adalah semangat bertanding, pendedahan kepada audien dan self-confident.

TAHNIAH BUAT SEMUA
































PERTANDINGAN LEGO

Pertama kali pertandingan lego diadakan serentak dengan pertadingan ujiminda dan bercerita. Seramai 50 peserta mengambil bahagian yang terdiri dari anak-anak K1 dari 7 cawangan TPB dan Tadika Inovasi Bestari. Lego-lego ini dimasukkan ke dalam besen agar tidak bersepah-sepah dan tidak bercampur dengan lego kawan-kawan yang lain. 50 peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan agar mereka dapat ruang yang mencukupi untuk mencipta bentuk dengan kreativiti masing-masing. 

Pertandingan lego ini diadakan di luar dewan kerana kawasan di dalam dewan sudah tiada ruang lagi setelah menempatkan 300 buah kerusi bagi keselesaan ibubapa dan ahli keluarga. 
 





Tekun

Nak buat transformer ke?


Masih dalam proses

Dengar cerita, pening juga para pengadil nak mencari pemenang kerana kreativiti anak-anak ni memang terserlah.
Antara bentuk yang terpilih
Inilah hadiah pertama, kedua dan ketiga pertandingan  lego

Hadiah penyertaan diberikan kepada semua peserta.