Friday, September 30, 2011

PENAT TAPI PUASHATI

Alhamdulillah, hanya ucapan itu yang mampu dipanjatkan kepada Allah SWT. Usai sudah majlis PERTANDINGAN MENTAL ARITMETIK pada minggu lepas. Raptai yang dibuat pada hari Sabtu, 24 September dan majlis sebenar pada berikutnya. 



Penat. 
Memanglah penat untuk menyelenggarkan sebuah majlis yang mana anak-anak 5 dan 6 tahun mengambil bahagian. Mereka ini semua perlu dilatih samada dalam pertandingan sempoa, lebih-lebih lagi bahagian persembahan. Mengajar anak-anak 5 tahun menari dengan beberapa step dan pergerakan bukannya satu kerja yang mudah. Mengajar anak-anak 5 tahun berlakon mengikut skrip yang ada bukannya satu perkara yang mudah juga. Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan kreativiti guru-guru TPB dan TIB, semuanya nampak cantik dan semuanya berjalan lancar. 

Puashati.
Memang saya berpuashati dengan majlis pada kali ini. Sambutan dari ibubapa semenjak dari hari raptai sehingga pertandingan sebenar dan sampai ke akhir majlis, semua ibubapa memberikan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi untuk hadir walaupun masih lagi dalam bulan Syawal yang mana masing-masing banyak menerima undangan walimatul urus dan majlis hari raya.
Begitu juga para pengadil jemputan dari kalangan ibubapa yang bersama-sama kami dari mula majlis hingga ke akhirnya.
Persembahan juga pelbagai genre. Macam tak percaya anak-anak 5 tahun dapat 'perform' sebaik itu. Apatah lagi dengan pakaian hari raya yang berbagai warna. Yang lelaki segak dan handsome dengan baju melayu lengkap bersamping dan besongkok. Yang perempuan cantik dan comel dengan baju kurung dan bertudung. Sangatttt comel!!
Pertandingan sempoa juga tidak kurang hebatnya. Tabik saya kepada anak-anak yang dapat menguasai pengiraan sempoa. Dan tabik spring saya kepada anak-anak yang dapat memberikan jawapan walaupun speeding bacaan soalan saya amat laju. Sampaikan saya juga tersasul-sasul beberapa kali  semasa membaca soalan. 
Terima kasih kepada semua yang terbabit samada secara terang-terangan ataupun disebalik tabir. 
Nanti saya akan sertakan gambar-gambar pada hari kejadian. Sekarang ini tak sempat lagi. Masa sangat-sangat mencemburui saya....

Gambar telah saya upload. Sila klik DI SINI
 

Wednesday, September 21, 2011

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TAMAN SCIENTEX 2 SAHAJA)

Gangguan lagi !!
Pihak kami cuma dapat tahu dari ibubapa dan pemandu van berkenaan perkara ini. Tiada surat yang kami terima. Kami hanya dapat memberikan surat makluman mengenai perkara ini pada murid-murid sesi petang sahaja. Murid-murid sesi pagi akan dimaklumkan melalui telefon oleh GB. Berikut adalah salinan surat yang diberikan kepada murid. 


KEPADA: 
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan                                                                                                        

Tuan / Puan

PER : NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 22 September 2011 (Khamis)

2.  Ini adalah kerana kerja-kerja selenggaraan yang dibuat oleh TNB seperti perincian berikut :

Tarikh gangguan            : 22 September 2011 (Khamis)
Sebab gangguan            : Selenggaraan Tahunan Pencawang TNBD Pasir Gudang melibatkan     alatsuis, alatubah, dan papan pembahagian.
Masa                             : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
           
  Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TAMAN KOTA MASAI SAHAJA)

Esok, 21 September, 2011 (Rabu), anak-anak TPB cawangan TKM  dan TKM2 dicutikan kerana gangguan bekalan elektrik. Surat makluman tentang perkara ini telah diedarkan kepada semua murid hari ini.
Walaupun banyak aktiviti yang terganggu akibat masalah ini, pihak kami tidak dapat elakkan kerana suasana P & P yang tidak selesa kerana ketiadaan elaktrik.
Kerjasama dan perhatian dari semua ibubapa di dahului dengan terima kasih.

Tuesday, September 13, 2011

SEMOGA BERJAYA

Hari ini pelajar-pelajar UPSR menduduki peperiksaan. Saya rasa ramai anak-anak didik kami dari Tadika Pintar Bistari yang sama-sama menduduki peperiksaan ini. Dah besar panjang pun mereka ini. Kadang-kadang bila berjumpa di mana-mana, lebih besar anak murid dari cikgunya walaupun baru darjah 6. 
Kepada semua bekas anak-anak didik kami dari semua cawangan, cikgu-cikgu TPB semuanya mendoakan agar kamu semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Juga kepada Akmal Adib yang semalam maknya kirimkan sms, SEMOGA BERJAYA..

Monday, September 12, 2011

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TADIKA INOVASI BESTARI SAHAJA)


Disebabkan GB baru saja menerima surat pagi tadi berkenaan gangguan tersebut, jadi saya tidak sempat untuk menyediakan surat makluman untuk diserahkan kepada murid. Walaubagaimanapun, GB akan menelefon semua ibubapa untuk memaklumkan perkara ini. Harap-harap perkara ini dapat diwar-warkan kepada semua ibubapa TIB   


KEPADA: 
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan                                                                                                        

Tuan / Puan

PER : NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 13 September 2011 (Selasa)

2.  Ini adalah kerana pihak tadika menerima surat pekeliling daripada TNB ( No Rujukan : TNBD/SNM/) yang bertarikh 09 September 2011 seperti  berikut :

Tarikh gangguan            : 13 September 2011 (Selasa)
Sebab gangguan            : Selenggaraan Tahunan Pencawang TNBD Pasir Gudang melibatkan     alatsuis, alatubah, dan papan pembahagian.
Masa                             : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
           
  Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

      

Sunday, September 11, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA (TKM1)

Next destination...TKM1
Sewaktu saya dan Cikgu Tamizi sampai, ada pertandingan membuat ketupat reben oleh guru-guru di sana.

Tak kanlah bila ambil gambar, ketupat tak jadi pula.....
Anak-anak asyik memerhati gelagat cikgu-cikgu menganyam ketupat.




 Selepas itu aktiviti anak-anak sesi petang bermula. Setiap kelas menyanyikan lagu-lagu hari raya.



Lupa lirik lagu raya .....





Pasangan sedondon



Teringin juga rupanya Cikgu Tamizi bergambar ya......
Dan terakhir, sebelum majlis usai.




Pemberian duit raya......simpan elok-elok ya!

SAMBUTAN HARI RAYA (TM1)

Awal pagi lagi, anak-anak kecil ini lelaki dan perempuan tersenyum simpul bila dipuji oleh guru-guru tentang kekacakan dan kecomelan mereka bila masing-masing memakai baju-baju raya ke tadika. Suatu suasana yang berbeza dalam kelas bila belajar tanpa uniform tadika. Namun mereka tetap tekun sehingga waktu yang dijanjikan untuk SAMBUTAN HARI RAYA DI TADIKA.

Sebelum waktu rehat, mereka belajar seperti biasa dan sambutan dimulakan semasa waktu rehat dengan mengeluarkan juadah hari raya. Walaupun masing-masing membawa sebekas kuih raya, namun ada juga ibubapa yang sedekahkan makanan berat pada anak-anak ini. Dan bermulalah sesi suap menyuap.


Menyelerakan....

Sesi suap menyuap pengantin baru!

Mmmm, sedapnya...

Giliran saya pulalah cikgu....

Nganga mulut.....


Dah kenyang, mereka bergaya dengan baju raya bergambar kenangan bersama kawan-kawan.





Pasangan yang sedondon. Macam berjanji pulak tu....







Semuanya comel-comel belaka. Tapi ada juga yang memakai uniform rasmi dan baju senaman dek kerana ibu2 terlupa tentang majlis hari ini. Kesian mereka, namun apakan daya. Tapi alhamdulillah, ada ibu2 yang berinisiatif menghantar baju raya untuk ditukarkan sempena majlis ini. Perasaan anak perlu juga dijaga kan!

Saturday, September 10, 2011

Friday, September 9, 2011

KEMBALI BERSIARAN

Dah beberapa minggu ni, sunyi sepi saja mybistari ini dan tidak diupdate. Sibuk belum raya, sibuk masa raya dan sibuk selepas raya. Lagipun myloptop dah  seminggu tidur di service center. Semalam baru aje dapat balik. Alhamdulillah, semua data ada sebab yang rosaknya motherboard dan kipas. Maka terbanglah duit saya sebanyak RM1,051.92. Mahal tu. Memanglah mahal kalau hantar service center, lagipun warranty dah habis. Jumlah sebanyak itu macam boleh beli satu netbook baru aje...



Eh, eh. Gambar ketupat. Besarnya ketupat yang paling atas tu dan banyak juga ketupat-ketupat yang bergantungan di tepi tangga. Inilah gambar-gambar ketupat reben yang di gantung di tadika-tadika. Rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan:

Eid Mubarak. Taqabalbalahu minna wa minkum, siamana wa siamakum, kullu 'ammin nahnu bi khair.  
Dan kesempatan bulan Syawal ini, mungkin ramai yang menambah pahala dengan berpuasa 6 hari bulan Syawal. Syabas diucapkan kerana masih meneruskan amalan ibadah yang datangnya setahun haya sekali. Semoga Allah mereima segala amalan kita. Amin... 

Hari ini hari Jumaat. Agenda di tadika hari ini adalah sambutan hari raya. Mesti comel dan tampan anak-anak kita menggayakan baju raya masing-masing pada hari ini. Dan anak-anak diminta membawa sebekas kuih raya. Cukuplah tu sebab nanti bila dikumpul-kumpulkan, akan banyaklah jadinya. Majlis akan diadakan selepas rehat bagi setiap sesi. Mesti meriah dengan lagu-lagu raya dan pakaian warna warni anak-anak ini.

Apa kata ikutilah cerita-cerita hari raya tahun-tahun lepas di SINI,
SINI  dan SINI juga.