Monday, December 17, 2018

MULANYA DI SINI


Bismillahirrahmanirrahim.

Murid pra TPB Tmn Kota Masai dengan hasil kraftangan pertama mereka.

Sedar tak sedar, kita sudah pun masuk ke minggu terakhir pra tadika 2019. Majoriti maklum balas yang kami terima dari pihak guru dan ibu bapa amat memberangsangkan. Kami di pihak pengurusan hanya berpeluang untuk bersama dengan anak-anak pra ini sekali sahaja ketika hari pertama pra. Itu pun kami sudah nampak betapa matangnya anak-anak zaman sekarang ini. Sudah tidak ramai yang menangis dan mengejar ibu bapa hingga ke pagar luar. Murid-murid yang memerlukan cikgu untuk memegang tangan ketika mewarna dan mengikut garis titik juga boleh di hitung dengan jari. Alhamdulillah, semoga proses mengenal dunia pembelajaran dipermudahkan untuk mereka.

Saya ditugaskan untuk merakam suasana di Tadika Intelek Minda Bestari turut rasa teruja dengan hari pertama pra. Walaupun mungkin jumlah murid pra di tadika ini tidak seramai di tadika-tadika kami yang lain, tetapi suasana tetap juga meriah. Lucu pula rasanya bila lebih ramai adik-adik yang menangis kerana tidak mahu meninggalkan abang dan kakak yang sudah duduk di dalam kelas mereka.

Aktiviti hari pertama seperti biasa kami kenalkan suasana persekitaran tadika kepada mereka. Mereka akan diajar tatacara ke bilik air dan juga mencuci tangan untuk sebelum dan selepas rehat.  

Kebanyakan dari mereka selepas sahaja dari lepas rehat, sudah mula berani beramah mesra dan bergurau dengan cikgu-cikgu dan rakan sekelas. Hinggakan ada seorang dari mereka menarik lengan jubah saya untuk berbual,

“Cikgu, budak perempuan duduk belakang saya ni cantik kan?” sempat dia tersipu malu sebelum kembali berdiri di belakang kerusinya untuk sambung ikut cikgu baca doa selepas makan.

Wahhh.. terkedu sekejap saya mendengar bisikannya. Baru hari pertama sudah nampak jodoh ke?

Ada juga  yang menyanyi senang hati ketika sesi P&P dijalankan. Saya yang berada di dalam bilik Guru Besar ketika itu tercari-cari empunya suara, hinggalah Puan Haliyati menunjukkan murid di kelasnya yang sedang asyik mewarna sambil menyanyi.

Seperti biasa waktu balik kami awalkan sedikit dari waktu yang kami tetapkan untuk membiasakan anak-anak ini dengan urusan balik.  Seperti yang dijangka, apabila pintu pagar dibuka, mereka mula menyerbu ibu bapa masing-masing yang setia menanti di hadapan pintu pagar. Ada juga ibu bapa yang bersembunyi di tepi pagar, tidak mahu anak-anak nampak kerana hendak tengok anak naik van.

Alhamdulillah hari pertama pra tadika berjalan dengan lancar di setiap tadika MyBistari Group. Di hari Jumaat yang lepas, sempat juga saya berjumpa dengan beberapa cikgu lama dan juga baru bertanyakan tentang pra tadika 2019, rata-rata mereka memberikan maklum balas yang positif.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar dan video suasana hari pertama pra tadika 2019.

Video Pra Tadika 2019

Sedapnya bekal kami!! (TS2)

Awak bawa bekal apa tu? Kenapa tak nak makan, nak tengok kawan makan eh.. (TS2)

Cikgu janganlah ambil gambar saya tengah makan.. saya malu. (TS2)

Tengok ni cikgu, saya dah pandai pakai stoking sendiri (TS1) 
Jom kita nyanyi!! (TS1)



Susun bekal di belakang kelas elok-elok.. (TS1)

Hmmmm.. ok..ok.. hari ini ada 2 orang yang naik dengan ibu bapa ye.. (TS1)

Awak dah ambil kasut belum? (TNPB)

Beratur sebelum baca doa naik kenderaan dan doa ibubapa (TNPB) 
Ok, masuk dalam lagi, ada kawan lagi nak masuk ni (TNPB)



Huh.. berdebar pula rasanya nak naik van tadika (TNPB)

Tingkap buka besar ni aje ye.. bahaya buka besar-besar (TNPB)

Bye cikgu, Insyaallah kita jumpa esok (TNPB)

Alamak, awak punya topeng ni macam susah nak lubangkan matanya (TMPB)

Setia menanti ibu datang, topeng tak nak tanggalkan (TMPB)

Lena di pangkuan cikgu (TMPB)

Kasut kena buka dan susun di rak kasut (TMPB)

Comel tak kami? (TM)

Oh.. ok, kelasnya bahagian bawah yang bangunan kedua ya? (TM)

Pegang sisi tangga baik-baik, taknak berlari ye.. (TM)

Lepas ni kita lubangkan bahagian mata.. (TM)

Ada ni.. ibu tunggu kat tepi ni.. (TKM)

Nak pakai kasut kena buka bahagian ni dulu.. (TKM)

Mana nama anak saya ya? (TKM)

Aduh.. hati-hati taknak terkoyak (TKM)

Cikgu mulakan dulu ya (TKM)

Cuba teka siapa saya? (TIPB)

Kena kopek topeng ni perlahan-lahan.. (TIPB)

Susun kasut ni elok-elok (TIPB)

Ni lah bekal awak.. macam mana boleh tak jumpa cari..? (TIB)

Jemput makan semua (TIB)

Perbincangan akhir sebelum pra tadika 2019 bermula (TIMB)

Ok.. beratur semua untuk cuci tangan (TIMB)

Senyum.. mama nak up kan kat facebook, first day tadika.. (TIMB)

Tunggu sini, ummi nak pergi pantau cawangan lain tau (TIMB) 
Kita dah nak balik ni, jumpa esok tau! (TIMB)



Cantik tak saya warnakan kipas ni ibu? (TIMB)
Minggu ini adalah minggu terakhir pra tadika dijalankan. Semoga ilmu yang kita sama-sama perolehi sepanjang pra ini akan dapat membantu anak-anak murid dan juga para guru kami menghadapi sesi 2019 yang akan bermula pada 27hb Disember 2018 (Khamis) nanti.

~Cikgu Norifah~



Monday, December 10, 2018

DI SINI MEMORI TERCIPTA


Bismillahirrahmanirrahim.

Pentas Hari Anugerah Cemerlang sedia menanti para peserta dan penerima anugerah.

“Bagaimana hati takkan senang,
Melihat undangan telah datang,
Kami sambut dengan kasih sayang,
Selamat datang, para undangan semua,
Selamat datang, para tamu semuanya,
Selamat datang, para ibu dan bapa,
Selamat datang, para penonton semuanya,
Selamat datang, para hadirin semuanya.”

Begitulah antara bait lagu pembukaan persembahan kali ini untuk Hari Anugerah Cemerlang 2018. Seperti biasa kami memang sangat-sangat hargai masa yang diluangkan oleh pihak ibu bapa untuk turut sama memeriahkan lagi acara penutup tahunan kami.

Terima kasih kami ucapkan kerana dari hari Jumaat (raptai) hinggalah ke  hari acara yang sebenar, stadium penuh dengan ibu bapa yang menunggu anak-anak dan memberi sokongan kepada anak murid yang terlibat dengan persembahan.

Bersemangat semasa raptai.

Dalam proses membuat bunga dari belon.

Suasana dalam proses menyiapkan stadium untuk HAC 2018.

Bergotong royong menyiapkan gerbang belon.

Alhamdulillah, cantik dan comel gerbang belon yang bakal menyambut
kedatangan para peserta dan hadirin.

Terima kasih juga kepada pihak ibu bapa yang sudi menyumbangkan hamper untuk cabutan bertuah dan juga juga sumbangan untuk Hari Anugerah Cemerlang. Kami hargainya.

Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan kepada para pemberi sumbangan.

Cenderahati kepada para penyampai anugerah.

Comelnya belon-belon ni!

Anugerah yang sedia menanti penerimanya.

Ada juga pihak ibu bapa yang memberi cadangan untuk diadakan hari anugerah seperti tadika yang lain, murid naik ke pentas memakai jubah dan menerima sijil tamat tadika, maaf.. kami tidak dapat penuhkan permintaan itu. Setiap tadika ada cara yang tersendiri dan bagi MyBistari Group, dengan jumlah murid yang ramai menyukarkan kami untuk melakukannya. Tetapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kami ada menyediakan booth bergambar bagi ibu bapa yang ingin bergambar dengan anak yang telah tamat tadika.

Sudut bergambar yang disediakan.

Untuk kesekian kalinya Hari Anugerah Cemerlang dapat dijalankan dengan baik, Alhamdulillah. Berkat sokongan pihak ibu bapa dan kesungguhan para guru membimbing anak-anak murid sepanjang tahun 2018, akhirnya kita sama-sama dapat lihat hasilnya. 

Ucapan perasmian dari Encik Ahamed Tamizi.

Bacaan doa pembuka majlis dari adik Syafiq Ghazi Al Fatih
dan adik Nur Raihanah Huda

Gelanggang peserta persembahan.

Para peserta semakin ramai yang sampai.

Pemudah cara wajib bagi setiap kali Hari Anugerah Cemerlang.


Unit pa sistem. Seorang sedang check bateri untuk mikrofon, seorang lagi sedang check
gambar suasana stadium yang diambil. 

Mari cikgu betulkan seluarnya.

Para penyampai anugerah menanti giliran untuk naik ke pentas. 
Mari cikgu solekkan sikit, biar berseri naik ke pentas.



Kami sudah sedia nak beraksi di atas pentas!!


Nyanyian yang sungguh menyentuh hati.

Mari berzapin!

Yang lelaki macam YB.. sampin kemas hingga ke dada. 
Lontaran suara koir yang sungguh bersemangat!

Berdikir barat.

Cantik dan kemas pakaian koir mereka.

Persembahan drama musikal yang menyentuh hati. 

Pandai mereka menari.

Kita berzapin lagi!!

Tengok apa kat belah kiri tu?

Gerakan dance aerobics yang mencuit hati.

Persembahan boria yang sungguh bertenaga!

Cantik hiasan kepala dan baju mereka.
Bagi murid yang kurang bernasib baik, tidak pernah kami sisihkan, kami sayang semua anak-anak didik kami dan bukan mudah untuk melepaskan mereka selepas dua tahun bersama mereka. Bagi anak-anak murid yang berjaya dalam peperiksaan ahir tahun dan  murid 5 tahun yang  berjaya menghabiskan buku bacaan sehingga buku Mari Membaca Jawi, tahniah kami ucapkan. Semoga ini menjadi pendorong untuk lebih cemerlang di masa akan datang.


Ok, diri elok-elok kat tempat ni, lepas tu senyum tau.

Nanti dulu, tunggu saya ke tepi dahulu!!


Antara penerima Anugerah Khas Bacaan.

Alamak, sijilnya besar sangat ye sampai nak tertutup mukanya tu. 
Yes!! Kami berjaya!!



Senyuman sorok gigi.

Uhhhh.. seronoknya kami dapat anugerah ni!!

Alhamdulillah.. kami berjaya!!

Yes!! Kami memang suka membaca!!

Alhamdulillah.. buah tangan akhir tahun kami untuk ayah dan ibu!

Berkat usaha bersama.

Bangganya kami!

Kami akan cuba kekalkan prestasi bila di sekolah rendah nanti!
Untuk kali ini juga kami memberi penghargaan kepada guru-guru kami yang telah menamatkan perkhidmatan mereka. Atas sebab-sebab tertentu mereka memilih untuk mengundurkan diri dari MyBistari Group. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka atas segala jasa dan khidmat mereka dalam membentuk anak-anak Mybistari Group.

Penghargaan kepada bekas guru-guru kami:
1) Puan Asmira Binti Ruslan (Bekas GB TIB)
2) Puan Farhana Binti Yahya (Bekas GB TS1)
3) Puan Zulaiha Binti Abu Bakar (Bekas GB TIMB)

Penerima anugerah cawangan terbaik 2018:
TPB Taman Scientex 2 dan Tadika Inovasi Bestari.
Tahniah kami ucapkan!!


Di sini kami kongsikan video setiap persembahan Hari Anugerah Cemerlang 2018.

Selamat Datang (TS2)



Hujung Dunia (TIPB)



Lion Sleeps Tonight (TNPB)



Joget Kelantan (TIMB)



Terima Kasih Cikgu (TIB)



Inang Si Kunang Kunang (TMPB)



Nasyid Buatmu Ibu (TS1)



Lemak Manis (TM)



Anta Permana (TKM)



Mas Mona (TS2)



Boria Suka Suka (TIPB)



Joget Senyum Memikat (TNPB)



Chacha Slide (TIMB)



Dondang Dendang (TIB)



Tari Tualang Tiga (TKM)



Tebang Tebu (TS1)




Ayah (TM)



Your Mother (TS2)



Tuntutlah Ilmu (TMPB)



Ya Maulana (TM)



Yaladan (TIPB)



Rentak 106 (TS2)



Fikirkan Boleh (TNPB)



Assalamualaikum Dunia (TM)



Si Tanggang Dengan Ibunya (TIPB)



Shanana (TNPB)



Panama Dance (TS1)

Gambar-gambar dan video persembahan juga akan kami kongsikan di laman facebook Pintar Bistari

Untuk ketika ini, semua tadika di bawah naungan Mybistari Group sedang sibuk dengan pembayaran keperluan 2019 dan juga pra tadika 2019. Bagi ibu bapa yang hendak membuat pembayaran, kaunter pembayaran dibuka dari 9hb hingga 17hb Disember dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Pembayaran boleh dibuat di cawangan anak masing-masing. 

Sehingga berjumpa dan bekerjasama lagi pada tahun-tahun yang mendatang!!!

~Cikgu Norifah~