Tuesday, August 15, 2017

LAMBAIAN HAJI SEMAKIN MENDEKAT



Bismillahirrahmanirrahim.



“Kita sudah buat persiapan untuk semua penerbangan dan surat tawaran sudah diberikan. Penerbangan pertama dijangka pada 24 Julai akan berlepas ke Arab Saudi,” kata Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan menurut beliau segala persiapan sudah dibuat bagi segala urusan berkaitan haji pada tahun ini.

Mendengar info ini daripada beliau ketika Majlis Tilawah dan Menghafaz Peringkat Kebangsaan yang lalu membuatkan kami terfikirkan akan Program Simulasi Haji Cilik yang juga akan kami adakan nanti. Masih belum hilang kehangatan Pertandingan Uji Minda, anak-anak ini kami simpan kekal aktif untuk Simulasi Haji Cilik pula.

Insyaallah program yang bakal berlangsung pada 19 Ogos 2017, Sabtu ini merupakan kali kedua kami mengendalikannya sendiri. Persiapan ketika ini sedang rancak dilakukan oleh para guru dan bahagian pengurusan Mybistari Group. Jika sebelum ini kami menggunakan ruang di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, untuk tahun ini kami berpindah ke Gelanggang Serbaguna Jalan Mawar 13, Taman Mawar.

Seperti juga tahun lepas, apabila mendengar murid-murid membuat latihan talbiah, hati ini pasti akan tersentuh. Masing-masing yang pernah berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci akan tersenyum sambil menyiapkan tugasan.

“Bila nak pergi lagi ni Nori? Suhaila dah dapat panggilan dah, tapi terpaksa tolak sebab mengandung,” soal Puan Shawariah ketika sedang sibuk mereka bentuk banner yang akan digunakan pada program simulasi nanti. Insyaallah, satu hari nanti ye Puan Shawa. Siapa yang tak mahu menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci, semua orang mahu.

Sementara itu, mari kita imbas kembali perjalanan program ini yang diadakan pada tahun lepas.

Ketibaan para jemaah ke tapak simulasi

Para mutawwif

Penerangan diberikan oleh En Ahamed
Tamizi sebelum program dijalankan

Checkpoint pertama : Wukuf

Kutip batu untuk ibadah melontar 

Mendengar arahan dari mutawif sebelum ibadah lontar dilakukan

Tawaf.. pusing tujuh kali ya!!

Di ruangan saie pula

Sedang bertahallul, lepas ni akan bebas dari ihram

Sesi penyerahan sijil penyertaan, Alhamdulillah selesai sudah
simulasi hajinya

Itu sebahagian dari kemeriahan Program Simulasi Haji Cilik yang diadakan pada tahun lepas. Jadi para ibubapa yang telahpun mendaftarkan anak-anak untuk turut serta dalam program ini pada tahun ini, terutamanya bagi peserta lelaki, sudah berlatih pakai ihram belum? Jangan lupa pakaikan seluar panjang di dalam ihram itu ya! Lambaian haji semakin mendekat!!

Kita jumpa nanti Sabtu ini , 19 Ogos 2017 di Gelanggang Serbaguna Jalan Mawar 13,  Taman Mawar!!

~Cikgu Norifah~



Sunday, August 6, 2017

MINDA KEMBALI TERUJI

 Bismillahirrahmanirrahim.



“Jangan lihat sebuah latihan dari beratnya latihan tersebut, tetapi lihatlah dari besar hasil yang akan diperolehi.”

Alhamdulillah, selamat juga kami menjalani satu program tahunan tadika pada hari Sabtu minggu yang lepas. Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego berjaya dilaksanakan pada 22 Julai 2017. Jika sebelum ini kami sering menggunakan Dewan Raya Masai ataupun Dewan MPPG di Pusat Bandar, kali ini kami memilih untuk menggunakan ruang terbuka di kawasan Atrium Pusat Bandar Pasir Gudang. 

Ruangan Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang
menjadi pentas Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego 2017 

Gugup dan penuh debaran. Itulah yang dirasai oleh semua peserta dan juga tenaga pengajar Mybistari Group. Mana taknya, jika sebelum ini pertandingan diadakan di kawasan tertutup, kali ini dijalankan di ruangan terbuka. Segala pergerakan kami dan perjalanan majlis dapat diperhatikan dari pelbagai sudut. Dalam pada masa yang sama juga ianya mencabar keupayaan kami untuk melakukan yang terbaik. Dan terbaik itu jugalah yang kami dapat dari para peserta Uji Minda, Bercerita dan Lego pada kali ini.

Para ibubapa yang hadir memberikan sokongan.
Ada yang seawal jam 7.30 pagi sudah datang.

Para peserta dan guru-guru menanti kehadiran mereka yang belum hadir.

Milik siapakah agaknya piala-piala ini?

Pengacara Majlis kali ini, Cik Siti Aminah (TIPB)
dan Puan Juliana (TM)

Pembaca soalan bagi setiap kategori ; Pn Asmira (B.Malaysia & Sains)
Pn Azlia (Pend.Islam & Jawi) Cik Noor Fazlini (Matematik)
Cik Seri Rahayu Nengsih (English)

Para pengadil dan penjaga masa.

Memang kami para guru kagum dengan keberanian dan kesungguhan anak-anak murid ini. Mereka mampu menjawab soalan-soalan yang diberi dengan yakin. Daya saing juga sangat kelihatan apabila masing-masing berebut untuk menekan buzzer untuk menjawab soalan.

Pertandingan Uji Minda sedang berlangsung.

Para peserta yang berjaya ke peringkat akhir sedang membuat latihan
mengangkat kad nombor.

Encik Ahamed Tamizi sedang membacakan soalan untuk peringkat akhir
Pertandingan Uji Minda.

Bagi tahun ini juga, para pemenang yang mengungguli tempat pertama hingga ketiga Uji Minda adalah dari cawangan yang kami tak jangkakan. Ini membuktikan bahawa anak-anak murid di setiap cawangan Mybistari Group berpotensi untuk menyerlah dengan cemerlang. Harapan kami selepas ini tiada lagi pihak yang membandingkan prestasi anak-anak di cawangan yang berlainan.

Untuk kali ini, johan bagi Pertandingan Uji Minda 2017 adalah adik Hazwa Fahrini binti Hirwazi dari Tadika Inovasi Bestari. Naib johan adalah adik Muhd Azfar Zaquan Bin Abd Nazir dari Tadika Minda Pintar Bestari dan tempat ketiga adalah wakil dari Tadika Pintar Bistari Tmn Kota Masai, adik Nur Damia Husna Bt Kasman. Tahniah kami ucapkan.

Juara, naib juara dan tempat ketiga
Pertandingan Uji Minda 2017

Lagilah apabila menyaksikan persembahan dari anak-anak cilik 5 tahun. Dengan latihan yang tak berapa lama, di kala bulan puasa pula, mereka dapat memberikan hasil yang menarik perhatian para penonton. Tahniah kami ucapkan kepada guru-guru pelatih yang berjaya membentuk anak-anak ini menghafal gerak tari.

Senandung Hari Raya Untukmu (Tmn Mawar)

Selamat Hari Raya Versi Upin Ipin (TIPB)

Raya Yang Dulu (TMPB)

Untuk pertandingan lego pula, pada kali ini kerana kekangan kawasan yang terhad, acara ini terpaksa kami adakan di kawasan belakang pentas. Namun begitu, sokongan dari pihak ibu bapa amat-amat kami hargai kerana sanggup mereka berkumpul di bahagian belakang pentas untuk memberi sokongan kepada anak-anak yang mengambil bahagian. Terharu kami rasa apabila ruangan yang terhad dan terasing itu tidak melemahkan semangat anak-anak ini untuk memperlihatkan kehebatan mereka mereka cipta menggunakan lego. Terus terang, agak sukar juga bagi para pengadil untuk membuat pilihan tiga yang terbaik kerana pada mereka hampir keseluruhan binaan hebat-hebat belaka. Mahu tak mahu, terpaksa juga mereka memilih tiga yang paling baik antara yang lain-lain yang terbaik.

Ada yang sudah siap, ada yang masih khusyuk membina lego.

Ok, yang dah siap sila tinggalkan nametag dalam bakul .


Hmmmm.. nak buat bentuk yang mana satu ya?

Para pengadil tengah pening nak pilih pemenang.

Juara bagi kategori lego adalah adik Muhammad Khalis Naufal Bin Mohd Khairul Azlan dari Tadika Pintar Bistari Tmn Scientex 2. Tempat kedua juga disandang oleh rakan secawangan, adik Hasriq Bin Roslee.  Wakil dari Tadika Inovasi Bestari pula mendapat tempat ketiga, adik Nur Nafiya Ezleen Bt Abd Aziz.

Akhirnya, rekaan-rekaan ini dipilih sebagai pemenang.

Para pemenang rekaan lego dengan trofi masing-masing.

Tetapi, di antara semua acara yang diadakan pada hari tersebut, yang paling kami tunggu-tunggu adalah pertandingan bercerita. Satu-satunya pertandingan yang pihak guru, ibubapa dan para peserta terlibat secara keseluruhan. Ternanti-nanti kami gaya cerita yang akan dipersembahkan, kostum, dan juga props yang akan digunakan. Sangat berani anak-anak ini beraksi di atas pentas yang terbuka. Semoga semua sifat-sifat positif yang sedia ada dalam diri mereka ini akan berterusan sehingga dewasa.

Masing-masing berdebar menanti giliran untuk bercerita di atas pentas.

Uhhh.. ada doktor gigi sekali di atas pentas.

Kreatif  membuat kostum semut.

Ada batman sedang bercerita di atas pentas!!

Cantik props yang dihasilkan.

Cerita apa tu dik? Bersungguh nampaknya!

Penglipur lara terhebat bagi tahun ini disandang oleh adik Siti Aimi Farwizah Bt Mohamad Nor dari Tadika Pintar Bistari Tmn Kota Masai. Kedua yang menyusul adalah adik Nurqaireen Aira Bt Zulshahrin dari Tadika Intelek Minda Bestari dan adik Tharifah Razanah Bt Abd Razak dari Tadika Pintar Bistari Tmn Scientex 2 di tempat ketiga.

Para pemenang bercerita dengan trofi masing-masing.

Bagi yang tak berkesempatan menghadirkan diri ke pertandingan ini, di sini kami kongsikan video-video persembahan dan juga video bercerita.







































Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada para pemenang. Bagi yang tak berjaya, jangan putus asa, masih ada lagi satu pertandingan tak lama lagi, Pertandingan Sempoa & Congak 2017. Sila asah kepakaran bermula dari sekarang!!

Sebelum saya terlupa, Program Dugro akan disambung semula pada tarikh-tarikh yang berikut:
Tadika Nur Pintar Bestari : Isnin - 14/8/2017
TPB Taman Scientex 1 : Selasa - 15/8/2017
Tadika Intelek Minda Bestari : Rabu - 16/8/2017

Jangan lepaskan tarikh-tarikh berikut ya bagi cawangan-cawangan yang terlibat!!

~Cikgu Norifah~