Monday, January 28, 2019

SESI PENERANGAN BACALAH ANAKKU & SEMPOA 2019


Bismillahirrahmanirrahim.
Sesi Penerangan Bacalah Anakku oleh En Ahamed Tamizi

“Satu-satunya kegagalan didunia ini adalah ketika kita berhenti untuk belajar.”

Antara kata-kata pensyarah saya yang masih saya ingat ketika di akhir semester pengajian kami, subjek Bahasa Malaysia ada dimasukkan sekali. Agak lucu kerana memikirkan bahasa itu bahasa pengantar kami seharian, tak perlulah lagi untuk belajar. Kami silap, ternyata banyak lagi yang kami tak tahu berkenaan bahasa ini.

Sama juga keadaannya dengan aktiviti membaca dan mengira. Memikirkan bukan mudah untuk mengajar anak-anak murid, kami adakan sesi penerangan bagi kedua-dua subjek ini. Kami adakan Sesi Penerangan Bacalah Anakku dan Sempoa.

Berbanding dengan tahun-tahun yang terdahulu, jumlah ibu bapa yang turut serta dalam kedua-dua sesi penerangan ini kurang menggalakkan. Agak terkejut juga kami apabila dari jumlah anak murid 6 tahun kami yang ramai, penyertaan yang kami perolehi hanyalah 20 peserta, bersangka baik, mungkin tarikh yang kami pilih itu bertembung dengan urusan- urusan ibu bapa yang lain. Bagi sesi Bacalah Anakku, Alhamdulillah penyertaan agak ramai juga walaupun jumlah penyertaan kurang berbanding tahun yang terdahulu. Kami tetap melayani peserta yang hadir dengan sebaiknya.

Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang meluangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu kami. Semoga ilmu yang disampaikan dan dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Fokus pada penerangan yang sedang dibentangkan. 

Bersoal jawab dengan pihak ibubapa.



Banyak rupanya buku-buku yang anak kita belajar ya.

6 tahun murid dah boleh tulis macam ni cikgu?

Pihak bapa juga ambil peluang berjumpa dengan guru.
Suasana dewan ketika sesi penerangan.


En Tamizi turut turun padang bertemu dan berbual dengan pihak ibubapa.

Kedua ayah dan ibu datang demi anak.

Mendengar penerangan dari Puan Suhaila.

Guru-guru Sesi Bacalah mengisi perut setelah program Bacalah tamat.
Sesi Penerangan Sempoa bermula.

Puan Umaisah menerangkan silibus 6 tahun.

Waktu rehat dipergunakan untuk berjumpa dengan para guru.

Teknik kira guna jari juga diajar.

Kehadiran diisi terlebih dahulu. 
Cuba cari nama anak puan kat sini.


Hmmm.. Insyaallah saya faham teknik sempoa ni.

Bila dah faham teknik sempoa, laju je kiranya tu.

Ala.. kacang je ni.

Tersenyum lega bila Sesi Penerangan Sempoa berakhir.

Disini kami kongsikan sekali video sepanjang kedua-dua program ini diadakan.


Sekiranya ada pertanyaan atau permasalahan dalam sesi P&P anak-anak, ibu bapa masih boleh datang ke tadika untuk berbincang dengan para guru kami. Pintu tadika kami sentiasa terbuka menerima kehadiran pihak ibu bapa, tapi jangan lupa untuk buat janjitemu terlebih dahulu ya!

Ketika ini, Sesi Fotografi Semester 1 sedang berjalan. Untuk Tadika Pintar Bistari Taman Mawar adalah pada 24hb Januari yang lalu. Jadual yang seterusnya adalah seperti yang berikut:

* 28hb Januari 2019 (Isnin) - Tadika Inovasi Bestari & Tadika Nur Pintar Bestari
* 29hb Januari 2019 (Selasa) - TPB Tmn Kota Masai & Tadika Ilmu Pintar Bestari
* 30hb Januari 2019 (Rabu) - TPB Tmn Scientex 1 & Tadika Intelek Minda Bestari
* 31hb Januari 2019 (Khamis) - TPB Tmn Scientex 2 & Tadika Minda Pintar Bestari

Pastikan anak-anak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan di cawangan masing-masing dan dipakaikan dengan uniform tadika dan kemas. 

~Cik Norifah~

Sunday, January 13, 2019

CEPAT, SELAMATKAN DIRI!!


Bismillahirrahmanirrahim.

Semua selamat berkumpul di tapak perhimpunan (TMPB)


“Api!!”

“Api!!”

Dengar sahaja laungan ini, bukan sahaja anak-anak murid yang jadi kelam kabut, para guru juga ikut sama tak tentu arah dibuatnya. Masing-masing bimbangkan keselamatan anak-anak murid dan diri sendiri. Bayangkan kalau perkara ini benar-benar berlaku, apa yang perlu dilakukan?

Oleh kerana itu, antara aktiviti awal yang kami lakukan apabila bermulanya sesi persekolahan yang baru adalah latihan kebakaran. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru-guru terlebih dahulu telah diberi penerangan berkenaan laluan yang perlu mereka lalui untuk sampai ke tapak perhimpunan.

Latihan yang kami lakukan ini tidak melibatkan pihak bomba kerana latihan ini lebih kepada membiasakan anak-anak murid dengan laluan yang kami tetapkan bagi setiap kelas sekiranya berlaku kebakaran.


Contoh Pelan Laluan Kecemasan yang ada di setiap tadika.


Alhamdulillah, walaupun pada permulaan latihan suasana menjadi sedikit panik, tetapi lama kelamaan para guru dapat mengawal anak-anak murid sehingga semuanya dapat berkumpul di tapak perhimpunan.

Jom kita tengok gelagat anak-anak murid dan para guru ketika latihan ini dijalankan!

Cepat!! Kita selamatkan diri!! (TIB)

Tak perlu kemas barang-barang atas meja, yang penting selamatkan diri (TIB)

Jangan picit hidung kuat-kuat, nanti tak dapat bernafas pula (TIB)

Tak apa, kita tak payah berlari macam yang lain, yang penting
kita sampai ke tapak perhimpunan. (TIB)

Kejap, cikgu nak kira semua murid, cukup ke tidak? (TIMB)

Beratur elok-elok, sila berikan kerjasama.. (TIMB)

Ingat tau pesan cikgu, jalan sambil tunduk sekiranya asap tebal. (TIMB)

Tak payah tunggu kawan, terus jalan ke tapak perhimpunan! (TIPB)

Kasut tak perlu ambil.. jalan terus..!! (TIPB)

Alamak, kita tak pernah lalu jalan ni,lepas ni nak pergi mana? (TIPB)

Cuba tengok sekeliling, ada tak kawan semua kawan kelas awak? (TIPB)

Cikgu, saya tak pegang sisi tangga, saya pegang dinding boleh ye.. (TKM)

Kita dah kat luar ni, nak kena tutup hidung sampai bila ya? (TKM)

Cikgu.. tengok ni, ada yang tak tutup hidung! (TKM)

Jalan perlahan-lahan masa turun tangga (TM)

Akhirnya dapat juga kami merasa turun tangga tepi kolam ni (TM)

Siapa yang tak berlari tadi masa turun tangga, angkat tangan! (TM)

Ada apa-apa soalan yang nak ditanya berkenaan api? Sila angkat tangan (TM)

Suasana aman damai sebelum latihan kebakaran (TMPB)

Bila diberi arahan untuk keluar selamatkan diri, habis kerusi dan beg berterabur (TMPB)

Cepat.. kelas bawah ni dah kosong!! (TMPB)

Tengok sini semua, cikgu nak kira semua murid (TMPB)
Ok semua, keluar dari kelas sekarang! (TNPB)

Laluan tangga belakang yang amat jarang digunakan. (TNPB)

Akhirnya kami selamat keluar dari tadika! (TNPB)

Berkumpul di tepi bangunan kedai dan tadika (TNPB)

Eh, mana semua orang? (TS1)

Tak perlu kemas meja sekarang ni, cepat keluar dari kelas! (TS1)

Beratur turun tangga, hati-hati! (TS1)

Duduk ikut kelas masing-masing (TS1)

Alamak, basah pula laluan ni.. redah ajelah.. (TS2)

Gayatnya saya!! (TS2)

Sini, jangan takut-takut, cikgu ada tunggu kat sini (TS2)

Dengar sini semua, cikgu nak cerita pasal latihan kebakaran yang baru kita buat tadi. (TS2)

Pastinya nanti bila anak-anak pulang ke rumah masing-masing akan ada yang bercerita berkenaan dengan akitivi yang mereka lakukan. Latihan ini akan kami lakukan lagi di masa hadapan, Insyaallah.

Aktiviti kami yang seterusnya adalah sesi fotografi semester 1 2019. Sesi fotografi ini akan dimulakan dengan TPB Taman Mawar iaitu pada 24 Januari 2019 (Khamis).

Sesi Pengajaran Bacalah Anakku (K1) dan Sempoa (K2) juga akan diadakan pada 26 Januari 2019 (Sabtu). Borang untuk menyertai program ini ada kami lampirkan di surat makluman Januari. Diharap ibu bapa dapat meluangkan masa untuk mengikuti program ini.

~Cikgu Norifah~