Monday, February 20, 2017

LET'S STRIKE A POSE!

Bismillahirrahmanirrahim



“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikkan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan (Al-Maidah : 2)

Baru-baru ini sebelum kita bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina, Cikgu Azreen telah diamanahkan untuk bergerak ke semua tadika dibawah naungan MyBistari Group. Selama 4 hari berturut-turut Cikgu Azreen bergerak ke semua cawangan untuk mengambil gambar kelas dan juga gambar individu murid-murid 5 tahun.

Bagi murid-murid 6 tahun, cuma gambar kelas sahaja yang diambil, tetapi bagi murid-murid 5 tahun, mereka akan mengambil gambar kelas dan juga gambar persendirian untuk dimuat naik di Asis. Gambar yang diambil pada semester 1 ini bukan untuk jualan, tetapi untuk paparan di laman web tadika sebagai sesi pengenalan kepada murid-murid dan guru-guru sesi 2017.


Contoh gambar Tadika Inovasi Bestari

Contoh gambar Tadika Intelek Minda Bestari

Contoh gambar Tadika Ilmu Pintar Bestari

Contoh gambar Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai

Contoh gambar Tadika Pintar Bistari Taman Mawar

Contoh gambar Tadika Minda Pintar Bestari

Contoh gambar Tadika Nur Pintar Bestari

Contoh gambar Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1

Contoh gambar Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2


Bukan mudah untuk mengambil gambar setiap murid, apatah lagi gambar secara berkumpulan. Tumpuan perhatian mereka berbeza-beza bagi setiap murid. Kadangkala untuk sebuah kelas terpaksa diambil beberapa kali shots untuk dapatkan hasil yang terbaik. Nampak mudah sahaja tugas Cikgu Azreen, tetapi percayalah, ianya tidak semudah yang difikirkan. 

Saya pose macam ni boleh tak cikgu?

Comel tak kalau saya senyum macam ni?

Guru - guru sedang cuba menyusun atur murid-murid.



Sesi penggambaran TNPB dilakukan di ruangan luar hadapan tadika.

"Seluar ni berlipat-lipat, mari cikgu betulkan."

Ok.. kita semua dah bersedia untuk bergambar!!

Terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru yang membantu untuk mempermudahkan urusan sesi pergambaran.

Di sini kami kongsikan pautan ke laman web untuk para ibu bapa melihat gambar anak masing-masing. Untuk memuat turun gambar juga dibolehkan pada laman web ini.

Sesi Fotografi 2017

Minggu ini juga akan diadakan lawatan ke Festival Layang-Layang Sedunia 2017 bagi murid-murid K2. Di sini saya peringatkan lagi tarikh lawatan bagi setiap cawangan. Harap maklum, hanya murid-murid K2 yang menghantar borang lawatan sahaja yang dibenarkan menyertai lawatan ini.

  • 22hb Februari 2017 (Rabu) - TS1 / TS2 / TIMB / TMPB / TKM / TIPB
  • 23hb Februari 2017 (Khamis) - TM / TNPB / TIB
Sila pakaikan anak-anak baju senaman. Jangan lupa bekalkan anak-anak dengan air masak / air mineral dan topi ya! Oppsss.. duit saku tak perlu bawa, takut nanti hilang di sana. Jom sama-sama kita meriahkan Festival Layang-Layang Sedunia tahun ini!!

~ Cik Norifah ~

Tuesday, February 7, 2017

JANGAN MERAJUK LAGI YA LAYANG-LAYANG



Bismillahirrahmanirrahim.

‘Layang-layang merajuk’ .. itulah sisipan kami untuk tatapan para ibu bapa beberapa tahun yang lepas. Bermula dari tahun itu jugalah rasanya rajuk si layang-layang tak habis. Setiap tahun pasti akan ada sahaja trip cawangan yang tak dapat menikmati keasyikan layang-layang yang menari-nari di langit.  Tapi Alhamdulillah, murid-murid yang pergi tetap rasa seronok dan terhibur berada di kawasan yang luas terbentang itu. Cikgu-cikgu bertugas juga faham dengan keadaan ini, jadi mereka sudah pun bersedia dengan aktiviti-aktivti yang akan dijalankan di sana dengan anak-anak jagaan mereka.

Bercerita tentang rajuk sang layang ni, ada juga disebabkan oleh keadaan cuaca yang semakin lama semakin tak menentu. Contohnya seperti tahun lepas, tak pasal-pasal saya dan Pn Suhaila jadi sebahagian dari Anggota RELA yang memantau ketibaan bas yang membawa murid-murid kami dalam keadaan hujan lebat. Nak berpatah balik, tak boleh memandangkan mereka sudah pun dalam perjalanan ke tapak festival, nak arahkan mereka tunggu sahaja di dalam bas, akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Jadi dengan berbekalkan payung, saya dan Puan Suhaila bergilir-gilir memantau bas-bas yang keluar masuk, mengambil anak murid dan mengarahkan cikgu-cikgu ke khemah mana yang perlu mereka pergi. 

Harapnya tahun ini, cuaca bersahabatlah dengan kami ya.. kasihan murid-murid yang hadir tetapi cuma duduk sahaja di dalam khemah kerana hujan. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini kawasan Pasir Gudang sering hujan.  Semoga dipermudahkan urusan kami membawa murid-murid ke tapak Festival Layang-layang pada .22 dan 23 Februari nanti. 

Sementara menanti tibanya hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak kecil ini, jom kita jengah sebentar posting terdahulu berkenaan festival ini.




Antara layang-layang yang ada pada tahun lepas.

Duduk berkumpul di bawah khemah menanti
kemunculan layang-layang.

Hujan reda sebentar sebelum kembali lebat, kami sedang menanti
kemunculan bas lawatan.

Masing-masing teruja dengan lawatan ini.

Saguhati no 15 bagi pertandingan mewarna.

Masih belum banyak lagi layang-layang di langit.

Jadi bagi ibu bapa yang masih belum menghantar lagi borang penyertaan lawatan (percuma sahaja, tiada bayaran yang dikenakan) silalah berbuat demikian. Tarikh tutupnya adalah pada 8 Februari 2017, Khamis ini. Jom sama-sama memeriahkan lagi Festival Layang-layang Sedunia 2017!

~Cik Norifah~