Sunday, January 13, 2019

CEPAT, SELAMATKAN DIRI!!


Bismillahirrahmanirrahim.

Semua selamat berkumpul di tapak perhimpunan (TMPB)


“Api!!”

“Api!!”

Dengar sahaja laungan ini, bukan sahaja anak-anak murid yang jadi kelam kabut, para guru juga ikut sama tak tentu arah dibuatnya. Masing-masing bimbangkan keselamatan anak-anak murid dan diri sendiri. Bayangkan kalau perkara ini benar-benar berlaku, apa yang perlu dilakukan?

Oleh kerana itu, antara aktiviti awal yang kami lakukan apabila bermulanya sesi persekolahan yang baru adalah latihan kebakaran. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru-guru terlebih dahulu telah diberi penerangan berkenaan laluan yang perlu mereka lalui untuk sampai ke tapak perhimpunan.

Latihan yang kami lakukan ini tidak melibatkan pihak bomba kerana latihan ini lebih kepada membiasakan anak-anak murid dengan laluan yang kami tetapkan bagi setiap kelas sekiranya berlaku kebakaran.


Contoh Pelan Laluan Kecemasan yang ada di setiap tadika.


Alhamdulillah, walaupun pada permulaan latihan suasana menjadi sedikit panik, tetapi lama kelamaan para guru dapat mengawal anak-anak murid sehingga semuanya dapat berkumpul di tapak perhimpunan.

Jom kita tengok gelagat anak-anak murid dan para guru ketika latihan ini dijalankan!

Cepat!! Kita selamatkan diri!! (TIB)

Tak perlu kemas barang-barang atas meja, yang penting selamatkan diri (TIB)

Jangan picit hidung kuat-kuat, nanti tak dapat bernafas pula (TIB)

Tak apa, kita tak payah berlari macam yang lain, yang penting
kita sampai ke tapak perhimpunan. (TIB)

Kejap, cikgu nak kira semua murid, cukup ke tidak? (TIMB)

Beratur elok-elok, sila berikan kerjasama.. (TIMB)

Ingat tau pesan cikgu, jalan sambil tunduk sekiranya asap tebal. (TIMB)

Tak payah tunggu kawan, terus jalan ke tapak perhimpunan! (TIPB)

Kasut tak perlu ambil.. jalan terus..!! (TIPB)

Alamak, kita tak pernah lalu jalan ni,lepas ni nak pergi mana? (TIPB)

Cuba tengok sekeliling, ada tak kawan semua kawan kelas awak? (TIPB)

Cikgu, saya tak pegang sisi tangga, saya pegang dinding boleh ye.. (TKM)

Kita dah kat luar ni, nak kena tutup hidung sampai bila ya? (TKM)

Cikgu.. tengok ni, ada yang tak tutup hidung! (TKM)

Jalan perlahan-lahan masa turun tangga (TM)

Akhirnya dapat juga kami merasa turun tangga tepi kolam ni (TM)

Siapa yang tak berlari tadi masa turun tangga, angkat tangan! (TM)

Ada apa-apa soalan yang nak ditanya berkenaan api? Sila angkat tangan (TM)

Suasana aman damai sebelum latihan kebakaran (TMPB)

Bila diberi arahan untuk keluar selamatkan diri, habis kerusi dan beg berterabur (TMPB)

Cepat.. kelas bawah ni dah kosong!! (TMPB)

Tengok sini semua, cikgu nak kira semua murid (TMPB)
Ok semua, keluar dari kelas sekarang! (TNPB)

Laluan tangga belakang yang amat jarang digunakan. (TNPB)

Akhirnya kami selamat keluar dari tadika! (TNPB)

Berkumpul di tepi bangunan kedai dan tadika (TNPB)

Eh, mana semua orang? (TS1)

Tak perlu kemas meja sekarang ni, cepat keluar dari kelas! (TS1)

Beratur turun tangga, hati-hati! (TS1)

Duduk ikut kelas masing-masing (TS1)

Alamak, basah pula laluan ni.. redah ajelah.. (TS2)

Gayatnya saya!! (TS2)

Sini, jangan takut-takut, cikgu ada tunggu kat sini (TS2)

Dengar sini semua, cikgu nak cerita pasal latihan kebakaran yang baru kita buat tadi. (TS2)

Pastinya nanti bila anak-anak pulang ke rumah masing-masing akan ada yang bercerita berkenaan dengan akitivi yang mereka lakukan. Latihan ini akan kami lakukan lagi di masa hadapan, Insyaallah.

Aktiviti kami yang seterusnya adalah sesi fotografi semester 1 2019. Sesi fotografi ini akan dimulakan dengan TPB Taman Mawar iaitu pada 24 Januari 2019 (Khamis).

Sesi Pengajaran Bacalah Anakku (K1) dan Sempoa (K2) juga akan diadakan pada 26 Januari 2019 (Sabtu). Borang untuk menyertai program ini ada kami lampirkan di surat makluman Januari. Diharap ibu bapa dapat meluangkan masa untuk mengikuti program ini.

~Cikgu Norifah~











Tuesday, January 8, 2019

SESI 2019 BERMULA

Bismillahirrahmanirrahim.


Hasil kraftangan hari pertama persekolahan (TM)


“Kasut putih ke kasut hitam? Stoking?”

“Hari ini van tak ambil ya di rumah?”

“Kena bawa semua eh buku-buku yang beli hari tu?”

“Kenapa tak boleh bawa beg beroda?”

Itu antara soalan-soalan yang kami terima dari pihak ibu bapa / penjaga anak-anak murid kami ketika sesi awal persekolahan bermula.

Notification whatsapp group tak henti-henti berbunyi seminggu sebelum naik sekolah, malah lebih rancak lagi apabila sehari sebelum bermula sekolah. Maaf, jika kami tak berkesempatan untuk membalas segala persoalan yang diberi.  Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang membantu kami menjawab soalan yang tak sempat kami jelaskan.

Menjelang hari pertama persekolahan sesi 2019, debaran bukan hanya dirasai oleh ibubapa, kami juga turut merasakannya. Hari pertama bagi sesi 2019, kami di bahagian pengurusan juga diarahkan untuk ke tadika-tadika MyBistari Group untuk memantau perjalanan sepanjang hari. Terus terang, ini antara masa yang kami tunggu-tunggu kerana kami dapat berjumpa dengan murid-murid dan para ibu bapa.  


Sedang berurusan dengan pihak van (TKM)

Tukar alamat baby sitter ke tu? (TM)

Berurusan di kaunter pendaftaran sebelum hantar anak masuk ke kelas (TM)

Nametag ni jangan main lilit tau, nanti boleh tercekik. (TMPB)

Dari jauh dah nampak nama anak di senarai van (TMPB)

Suasana kaunter pendaftaran di Tadika Nur Pintar Bestari

Kaunter van sudah mulai ramai (TNPB)

Ya.. betul, nanti hantar anak saya ke alamat ini. (TS2)

Yang ada tulis belakang nametag ni nama kelasnya eh cikgu? (TS2)
Antara waktu yang merisaukan bagi kami saban tahun ketika permulaan sesi tahunan adalah waktu pertukaran sesi pagi dan tengahari. Ketika inilah kebarangkalian percampuran murid bagi kedua-dua sesi berlaku, risau dengan urusan kenaikan dan pertukaran van. Risau dengan anak murid yang mengambil kesempatan untuk menyelinap keluar dan cuba lari dari tadika. Risau sekiranya akan ada ibubapa/penjaga yang hubungi pihak tadika bertanyakan kenapa anaknya tidak sampai ke rumah lagi. Risau kerana kami tahu tanggungjawab kami terhadap anak-anak murid kami takkan habis sehingga mereka selamat tamat persekolahan dengan kami. 

Mari kita sama-sama lihat gelagat hari pertama sesi 2019 di setiap tadika kami.



Comelnya topeng arnab ni (TIB)

Saya minum air eh cikgu, hauslah.. (TIB)

Pensel warna dah keluar, tinggal tunggu cikgu beri topeng sahaja ni (TIB)

Yang baru datang sila beratur di belakang untuk cuci tangan (TIB)
Jom lumba siapa yang siap warnakan dulu! (TIMB) 
Topeng kami dah siap!! (TIMB)



Terbalik ni awak pegang topengnya.. (TIMB)

Masih ingat tak lagi cara-cara cuci tangan? (TIMB)

Tengok ni, bila saya pakai topeng ni nanti cikgu dah tak kenal saya lagi! (TIPB)

Wahhh.. ni semua geng Cicak Man ke? (TIPB)

Sempat lagi beraksi bila gambar diambil (TIPB)

Masa untuk makan!!! (TIPB)
Ikut cara cuci tangan yang betul.. gosok tapak tangan 3 kali.. (TKM)

Aktiviti mewarna topeng (TKM)

Bila ada di luar nanti, beratur ikut barisan ya.. (TKM)

Jomlah masuk kelas.. kejap lagi kita nak makan ni.. (TKM)

Ikut cikgu nyanyi semua...! (TMPB)

Ramai-ramai ikut cikgu beri salam.. (TMPB)

Kami dah nak mula mewarna ni cikgu (TMPB)

Tadaaaaaaaa!! Topeng kami dah siap!! (TMPB)

Kami tengah tunggu rakan-rakan yang lain (TNPB)

Bacaan doa penerang hati (TNPB)

Khusyuknya membaca doa (TNPB) 
Bilik ni cuma boleh masuk bila ada cikgu sahaja, faham? (TNPB)

Eh.. sticker awak tu warna lain.. awak salah tempat beratur ni.. (TS1)

Saya tolong tengokkan siapa yang tak tadah tangan (TS1) 
Hari ini ayah awak ambil tau, tadi dia dah pesan kat cikgu (TS1)



Perkara pertama bila sampai sekolah, ingat pesan cikgu..
salam tangan cikgu yang jaga pagar (TS1)

Jom ikut cikgu nyanyi!! (TS2)

Ulang balik bacaan doa cikgu ni ya.. (TS2)

Bila management pun turun padang, "Ok tak Cikgu Haziqah? Perlu bantuan saya tak?" (TS2)

Cikgu nampak ada yang tak tadah tangan tu.. (TS2)

Bacaan doa sebelum makan (TM)
Beratur ikut sususan yang cikgu dah tetapkan (TM)

Yang van dan ibu bapa tak sampai lagi, kita duduk dulu ya,
penat kalau berdiri (TM)

Bagus semua, beratur dan tak berebut naik van, cikgu dan
makcik van pun senang nak uruskan (TM)
Di sini saya kongsikan juga video himpunan gambar-gambar yang diambil oleh guru besar setiap cawangan MyBistari Group.




 Sekarang ini sudah hampir tiga minggu sesi 2019 bermula. Untuk peringatan para ibu bapa, ada dua aktiviti yang bakal kita lakukan dalam bulan Januari ini :



1) Parenting Programme - borang ada disertakan di surat makluman Januari yang sudahpun kami edarkan kepada anak murid.

2) Sesi bergambar kelas semester 1 - jadual pengambilan gambar juga ada kami sertakan di surat makluman Januari.

Di harap pihak ibu bapa / penjaga dapat memberikan kerjasama yang baik berkenaan dengan kedua-dua aktiviti ini.

~Cikgu Norifah~