Tuesday, December 20, 2016

2017 PRA TADIKA

Bismillahirrahmanirrahim.

Hasil buah tangan di kelas Pra Tadika


“Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.” – Saidina Umar Al Khattab.

Tenang dan sabar. Ya, itulah yang amat diperlukan apabila bemulanya sesi Pra Tadika 2017. Belum terlambat lagi rasanya untuk saya berkongsikan cerita berkenaan sesi ini.  Seperti yang berlaku pada saban tahun, kami akan menawarkan sejumlah murid K1 2017 yang mendaftar awal ke Pra Tadika 2017. 

Seawalnya kami telah berpesan kepada guru-guru, baik yang lama mahupun baru untuk bersiap sedia menerima kedatangan murid-murid baru ini. Ujian ketahanan fizikal dan mental mereka akan bermula sebaik sahaja ibubapa melangkah masuk ke perkarangan tadika membawa amanah yang akan ditinggalkan selama dua jam bersama kami.

Kami faham ada diantara ibu bapa yang berat hati melepaskan anak kesayangan mereka, apatah lagi bila anak-anak mula menangis dan merayu untuk sama pulang bersama. Tapi tak  mengapa, serahkan kepercayaan itu kepada kami, Insyaallah guru-guru kami akan menjalankan tugas sebaik mungkin. 

Majoriti murid yang mengikuti Pra Tadika ini baru pertama kali keluar dari lingkungan kebiasaan mereka dan juga berjauhan dengan orang-orang yang mereka percayai, jadi bila ditinggalkan bersama-sama dengan guru-guru yang tak mereka kenali, tentunya mereka akan merasa takut dan tidak selamat, jadi biasalah sekiranya anak-anak ini mula menangis, menjerit, menggigit dan memukul, itu adalah cara mempertahankan diri dari persekitaran yang asing bagi mereka. Tanggungjawab guru-gurulah untuk meraih kepercayaan anak-anak ini. Tapi terdapat juga murid-murid yang terlebih peramah dan tidak takut dengan persekitaran yang baru. Mereka inilah yang membantu guru-guru memantau dan memujuk rakan-rakan baru. Terus terang, keadaan ini memenatkan, tetapi dalam masa yang sama seronok dan menghiburkan.

Inilah sebahagian dari gelagat-gelagat sepanjang hari dan minggu pertama sesi Pra Tadika 2017. Biarlah gambar yang berbicara.

Para ibu beratur untuk mendaftarkan anak. (TIB)

"Mana ya nama anak puan?" (TKM)

Selepas pendaftaran kelas, ke kaunter van pula. (TM)

Pendaftaran di TNPB dibuat di halaman luar tadika.

Guru sedang menarik minat murid-murid untuk sama menyanyi.

Ok, kelas dah terkawal, jom mula buat aktiviti!

Mari kita mewarna topeng!

Biar sepadan dengan warna baju saya,. merah!

Saya nak warnakan yang bulat-bulat ni dululah!

Aaalololo.. tak nak nangis, tu tengok ada cikgu ambil gambar.

Jangan sedih-sedih.. kita kat sini sekejap ajelah..

Oh ibu... dimana dikau..

Cikgu Farah sedang memberi penerangan berkenaan
tatacara penggunaan tandas.

Kena cuci tangan bersih-bersih tau!

Jemput makan semua!

Membaca doa naik kenderaan di bawah bimbingan guru-guru.

Hmmm.. mana van tadika ni? 

Tadah tangan betul-betullah masa baca doa.
Jangan tolak beg kita.


Ok, cikgu akan sebut nama satu persatu..
taknak berebut naik van.



Gambar yang selebihnya ada di dalam photo gallery. Sebelum saya terlupa semalam adalah hari terakhir proses pembayaran yuran dan pengambilan keperluan 2017. Sekiranya pihak ibu bapa ada sebarang permasalahan berkenaan tempoh waktu pembayaran, silalah berhubung dengan Gurubesar tadika. masing-masing.


~Cikgu Norifah~ 



Monday, December 5, 2016

TADIKA INTELEK BESTARI MULA BEROPERASI

29, Jalan Tiong 10, Taman Scientex
Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat beroperasi kami ucapkan kepada adik baru kami, Tadika Intelek Bestari yang  mula beroperasi pada 4 Disember 2016 bersamaan dengan hari pertama pra tadika. 

Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, ibu bapa tidak perlu risau kerana walaupun ianya tadika baru, tenaga pengajar yang kami sediakan di sana terdiri dari guru-guru yang lama dan yang telah kami bimbing. Guru-guru yang diamanahkan bertugas di sana adalah bekas Guru Besar Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1,  Pn Zulaiha yang juga  menggalas tugas yang sama di tadika ini, Puan Nurul Atikah dari Tadika Minda Pintar Bestari dan juga seorang guru baru yang akan menjadi tenaga pengajar di sana.


Saya masih belum berkesempatan lagi melawat ke Tadika Intelek Bestari, tetapi dari gambar-gambar yang dikirimkan oleh Pn Zainun, tadika tersebut kelihatan cantik dan menarik.  



Memerhatikan tadika dari seberang jalan.

Pertama kalinya tadika kami 3 tingkat.

Halaman luar yang luas.

Hingga ke bahagian belakang dipasangkan jubin, agar murid lebih
selesa ketika membersihkan badan selepas bermain air di kolam.

Ruangan kolam yang luas.

Kedalaman kolam juga bersesuaian dengan murid.
Cantik kan tadika ini? Apa lagi, silalah war-warkan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan yang masih mencari tadika berdekatan dengan perumahan baru ini. Pendaftaran masih lagi terbuka dan kesudian pihak ibu bapa untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak amat kami hargai.

~Cik Norifah~