Friday, July 29, 2011

JANGAN TAK PUASA TAU!

Bersahut-sahutan suara anak-anak berlatih membaca niat puasa di TPB dan TIB. Tak kira samada K1 dan K2. Cepat aje anak-anak ini dapat menghafal doa puasa ni walaupun baru diajar. Memang terang hati-hati mereka ini, bergantung kepada bagaimana kita mencorakkannya.
Insyaallah, tiada aral akan mula berpuasalah kita minggu depan. Tapi yang menarik untuk direnungi, anak bulan ramadhan belum menampakkan diri tapi sample-sample kuih raya dah banyak beredar-edar di pasaran samada di rumah-rumah dan perjiranan mahupun di tempat-tempat kerja. Saya juga sempat merasa beberapa sample yang diberikan  kawan-kawan. Bermacam-macam nama, berbagai-bagai rasa, bermacam-macam bentuk dan berbagai-bagai harga. Saya hanya merasa aje, tak adalah menempah sebab kuih-kuih raya buat sendiri. Nak makan tart nanas, jemputlah ke rumah.
Berbalik kepada ramadhan, ada ibubapa yang gusar dan risau kot-kot anak tadika ini tidak dapat berpuasa. Menahan diri dari makan dan minum sepanjang siang hari bukannya satu tugasan yang mudah bagi anak-anak ini. Tapi cubalah latih mereka ini semenjak awal ramadhan lagi. Tak dapat sehari, separuh haripun dah memadai. Tapi bagi kami guru-guru di tadika memang amat menggalakkan anak-anak K2 untuk belajar berpuasa.
Saya juga gusar kot-kot mak-mak ni yang tidak dapat menahan ragam dan rengekan anak-anak yang berpuasa ni. 
Susah-susah benar, berbukalah, tak payah berpuasalah! Hee.. meragam aje
Janganlah sampai begitu! Mendidik dan melatih anak-anak ni memerlukan kesabaran 120%. Banyak tu, dahpun lebih dari limit. Tapi insyaallah, tiap usaha ke arah kebaikan akan ada ganjarannya dan akan berlipat kali ganda di bulan ramadhan ini. Cuba-cubalah minta tolong pakcik google carikan tips-tips mengajar anak berpuasa di alam maya ni.
Dan untuk anak-anak, semoga cerita upin dan ipin dapat memberikan semangat buat mereka. 

SELAMAT BERPUASA DARI SELURUH WARGA MYBISTARI


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.