Sunday, November 20, 2011

Saturday, November 19, 2011

Wednesday, November 16, 2011

KELUARGA BESAR

Inilah keluarga besar Mybistari (Tadika Pintar Bistari, Tadika Inovasi Bestari & Tadika Ilmu Pintar Bistari). Bergambar kenangan pada Hari Anugerah Cemerlang Ahad lepas. Seragam jubah berwarna biru berbunga kecil menambahkan keceriaan hari tersebut.

Tugasan besar 2 Puan MC

Tadika Inovasi Bestari (Tmn. Bukit Dahlia)

Taman Scientex 2

Taman Scintex 1

Taman Kota Masai 2

Taman Kota Masai 1
Taman Mawar 1

Ziza Amira Syafiqah

Taman Mawar 2

Pengurusan dan Tadika Ilmu Pintar Bistari

Candid!!!!

Taman Rinting

KELUARGA BESAR

Candid!!!!
Semoga kami akan terus istiqamah mendidik anak-anak dan terima kasih di atas sokongan semua ibubapa dan seala kerjasama yang diberikan.

PERSEMBAHAN HAC

Di sini saya paparkan gambar-gambar persembahan pada Hari Anugerah Cemerlang Ahad lepas. Dengan berbagai genre muzik, warna-warni pakaian serta gelagat-gelagat anak-anak ini, persembahan pada tahun ini hebat-hebat belaka. Tak sia-sia para cikgu melatih anak-anak ini walaupun dalam masa yang singkat. Syabas diucapkan!
Joget Pahang (TS2)

Tarian Tampi dengan tajuk Desa Tercinta (TM1)

Tarian rancak dengan tajuk Diam-diam (TKM1)

Koir ~ You Are My Shineshine (TM2)
STOMP (TKM2)
Drama muzikal ~ Lion Sleeps Tonight (TKM1)

Retro ~ Hore-Hore Selamba (TS1)

Drama muzikal ~ Aduh! mak sakitnya (TM1)

Dikir Barat (TS2)

Drama Muzikal ~ Syurga di dunia (TR)


Tarian zapin ~ Ya Ami (TM1)

Nasyid ~ Hambamu (vokalis wanita) ~ (TM1)

Nasyid vokalis lelaki
Lagu 80'an ~ Dia Malu-Malu (TKM2)

Joget dengan laju bertajuk Bunga Melati (TS2)

Tarian moden ~ My Heart Skips A Beat (TS1)

Tarian rancak dengan tajuk lagu Sedih (TM1)

Joget ~ Tepuk-Tepuk Tangan (TKM1)

Retro dengan tajuk Bila larut Malam


Dance Aerobic ~ Dance With Me (TM1)
Gambar pun dah dipaparkan. Bolehlah undi 5 persembahan yang terbaik dan berikan komen di bawah ini.

Tuesday, November 15, 2011

PENERIMA HADIAH HAC

Selain peserta persembahan, penerima hadiah juga seronok menerima hadiah masing-masing. Saya paparkan beberapa gambar di sini. Selainnya saya masukkan dalam slideshow di sebelah kiri. Tahniah kepada menerima hadiah kecemerlangan dalam kelas masing-masing sewaktu peperiksaan semester 2 lepas samada untuk K1 dan K2. Juga kepada penerima ANUGERAH KHAS iaitu anak-anak K1 yang telah menamatkan 3 buku reading program iaitu Bacalah Anakku (BM), ReadEasy (English) dan Bacalah Jawi (Jawi) dalam masa hanya 10 bulan.









Tahniah juga kepada penerima hamper yang bertuah.







Tahniah sekali lagi buat mereka semua.

Monday, November 14, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG (HAC) 2011

13 NOV, 2011 (AHAD)
HAC. Aktiviti kami yang terbesar pada setiap tahun. Bermakna besar juga belanja yang dikeluarkan untuk HAC ini. Dengan menyewa stadium dan pentas, cenderahati anak-anak, piala, PA system, peralatan dan makanan, hampir-hampir 10K juga yang dibelanjakan. Tapi alhamdulillah, ramai ibubapa yang menyumbang wang. Sikit banyak, bukan ukurannya. Yang penting keikhlasan walaupun hanya RM10.00. Dapat jugalah menampung perbelanjaan HAC ini. Juga sebanyak 22 hamper yang disumbangkan oleh ibubapa bagi cabutan bertuah tahun ini. Alhamdulillah, kecil ataupun besar, bukan ukurannya. Kami menerimanya dengan senang hati. 
Seawal jam 7.00 pagi, dah ada yang datang. Semangat gitu walaupun HAC bermula jam 9.00 pagi. Sudah pasti yang mengambil bahagian dalam persembahan yang paling bersemangat. Lihatlah persiapan-persiapan cikgu dan anak murid yang sempat saya rakamkan pada hari tersebut.









Cikgu-cikgu pun dah bersedia di posisi masing-masing untuk menjalankan tugasan.
GB TKM2 Pn. Siti Rugayah dan GB Tadika Ilmu Pintar Bistari (Tumpat, Kelantan), Pn. Junainah Abu Bakar bergambar kenangan
2 Puan Pengerusi Majlis, Pn. Norafizah (tm1) dan Pn. Ratnawati (TS1)
  Dan juga ada yang membuat touch-up yang terakhir sebelum majlis bermula. 

Ikat, jangan tak ikat!
Seperti biasa, Tuan Pengerusi berucap panjang lebar mengenai perjalanan tadika sepanjang tahun serta mengumumkan perkara-perkara penting.


"Dengan ini saya mengumumkan pembukaan cawangan baru di Tumpat, Kelantan pada tahun 2012 yang diberi nama TADIKA ILMU PINTAR BISTARI"

"Saya juga mengumumkan guru yang bertuah untuk menjadi tetamu Allah untuk umrah tahun depan adalah GB Siti Qaidah (TKM1) dan Cikgu Madinah (TR)"
Majlis kami berakhir sepenuhnya jam 3.00 petang. Yang paling lama dalam sejarah menjayakan aktiviti HAC.  Kami juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua ibubapa yang menunggu sehingga saat akhir. Walaupun masing-masing kepenatan, tapi ALHAMDULILLAH, majlis usai dalam keadaan lancar.
Dan seperti biasa, post-mortem HAC akan diadakan Sabtu ini. Sekiranya para ibubapa ada yang nak memberikan sebarang komen, dipersilakan komen di bawah inie atau email terus kepada saya di  pintarbistari@ymail.com.