Sunday, November 18, 2012

KEPUTUSAN UPSR ONLINE

Esok 19 November 2012, keputusan UPSR akan keluar. Maka sibuklah ibubapa bawa anak ke sekolah untuk ambil keputusan. Kalau tak nak pergi ke sekolah, gunakan aje kemudahan online @ sms sahaja. Tak perlulah saya bercerita bagaimana nak online @ sms, baca aje link ini. KLIK DI SINI

Bagaimana dengan saya? Online ajelah lihat keputusan Kak Nana. Lagipun tuan punya diri dah tak ada kat sini. Nun di seberang sana. Di Kota Bogor. Dahpun masuk ke Tingkatan 1 (SMP). 

Senyum menawan dengan lesung pipitnya yang dalam

Semoga menjadi anak yang solehah. Inilah doa ibu dan abah.
Bye-bye ibu, Bye-bye Fatih, Bye-Bye Caca
Hari Khamis habis periksa, hari Isnin abahnya dah angkut ke Bogor. Kenapa cepat sangat? Mungkin itu yang menjadi tanda tanya. Sebenarnya di Indonesia, sesi persekolahan bermula pada bulan Julai. So bila dia pergi September lepas, bermakna dah 2 bulan ketinggalan pelajarannya. 2 minggu di sana, dah ada ujian. Ini keputusannya:  (kkm tu adalah markah lulus)
pendidikan islam - 49  kkm - 76
pendidikan kewarganegaraan - 77 kkm - 76
bhsa indon - 82: kkm - 75
BI - 99 kkm - 75
mths - 84 kkm - 75
sains - 31 kkm - 75
ilmu pengetahuan sosial (geografi) 45   kkm - 76
seni - 65    kkm - 75
PJ - 59    kkm - 76
komputer - 40    kkm - 75
bahasa sunda - 60    kkm - 75: 
pendidkan lingkungan hidup - 56    kkm - 75

Takpelah Kak Nana, walaupun banyak yang merah, tapi kira orait jugalah keputusan tu. Yelah, cuma 2 minggu aje belajar, dah periksa. Masih dalam proses menyesuaikan diri.

Result Kak Nini, alhamdulillah. Walaupun banyak aktiviti dan jawatan yang dipegang kat sana tapi masih boleh perform. Keep it up!!

pendidikan kewarganegaraan - 80
pendidikan agama - 80
bhsa indon - 88.30
bhsa inggeris - 87.50
mths - 78
fizik - 75
biologi - 95
chemistry - 84
komputer - 100
bhsa arab - 93.50
tahfiz - 75

Semoga keputusan yang bagus menyebelahi Kak Nana. Apa pun Kak Nana dah usahakan yang terbaik. Kita tengok ajelah esok ya!

AL FATIHAH

Saya bagi pihak warga MyBistari mengucapkan takziah buat kedua-dua guru saya Cikgu Suhaila dan Cikgu Shawariah di atas pemergian ayahanda tersayang, Allayarham Saat yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan dan jenazah telah dikebumikan sebelum Zuhur tadi.

Semoga keluarga yang ditinggalkan redha dan tabah dengan pemergian ini. Dan semoga Allahyarham mendapat keampunan dari Allah SWT. Amin. 

Innalillahiwainnailaihirojiun.  

Tuesday, November 13, 2012

TERIMA KASIH GURUKU

Inilah keluarga besar kami. Terima kasih guruku di atas segala penat lelah menyumbangkan tenaga untuk HAC tahun ini. Walaupun kepenatan tapi tetap aje ceria. Bertambah manis dengan jubah berbunga hijau merah yang lembut tu. 

Taman Mawar 1 dan Admin

Taman Mawar 2

Tadika Inovasi Bestari (Tmn Bukit Dahlia)

Tadika Nur Pintar Bestari (Tmn. Rinting)

Tmn. Kota Masai 1

Tmn. Kota Masai 2

Tmn. Scientex 1

Tmn. Scientex 2
Semuanya nakal-nakal. Candid!!!









Bertambah lagi ahli keluarga besar kami dengan kehadiran orang baru.

Baby Of The Year

Shafiq Ghazi Al Fatih



Si Handsome Boy
 

PERSEMBAHAN HAC

Tak kurang hebatnya persembahan tahun ini jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahniah buat semua anak-anak yang mengambil bahagian. Tahniah, tahniah dan tahniah juga kepada para guru yang bertungkus lumus melatih anak-anak ini walaupun masanya yang diperuntukkan amatlah singkat. 
Jom kita lihat persembahan mereka ini. Insyaallah akan di CD kan sebagai kenangan. Kalau dah siap, nanti saya war-warkan melaui sms dan blog MyBistari.

Koir: Terima kasih Guruku (Tadika Nur Pintar Bestari Tmn. Rinting)

Tarian Tradisional: Joget Kelantan (Tmn. Mawar 2)

Musical Drama: Your Mother (Tmn. Scientex 2)

Boria: Ceritera Kota Masai 1

Irama 70'an: Itulah Sayang (Tadika Inovasi Bestari ~ Tmn. Bkt Dahlia)

Nasyid: Anak Soleh (Tmn. Mawar 1)

Zapin: Zapin Cinta SMS (Tmn. Kota Masai 1)

Choir: I Have A Dream (Tmn. Mawar 1)

Tarian Moden: Untuk Dia (Tmn. Scientex 2)



Irama 70'an: Berjuta Batu (Tmn. Mawar 2)

Drama Muzikal: Muzika Mana Nak Lari (Tmn. Kota Masai 2)

Nasyid: Sepohon Kayu (Tmn. Rinting)
Jenuh nak menghabiskan sehingga 24 persembahan. Tapi sayangnya kurang tepukan diberikan kepada anak-anak ini. Apatah lagi bila dah ke penghujung-penghujungnya. Audien semakin menyusut tapi mereka tetap bersemangat. Bravo anak-anakku!!
 

PENERIMA ANUGERAH HAC

Jom kita lihat wajah-wajah anak comel kita ini sewaktu mereka menerima hadiah. Anak gembira, ibubapa bangga. Ini cuma sebahagian, selebihnya, lihat slideshow di sebelah.













Tahun ini seramai 114 orang pelajar dari semua cawangan menerima Anugerah Khas Tamat Bacaan. Mereka ini adalah anak-anak K1 yang telahpun berjaya menghabiskan Bacalah Anakku, ReadEasy dan Bacalah Jawi dalam masa tak sampai 11 bulan. Tahniah!!!





 
Tahniah sekali lagi.