Thursday, May 25, 2017

MARHABAN YA RAMADHAN!!

Bismillahirrahmanirrahim.



نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa dalam bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala”

Alunan lafaz niat ini kembali bergema di tadika-tadika kami! Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang lagi untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini, Insyaallah.  Selamat menunaikan ibadah berpuasa ya!!

Cikgu-cikgu sedang giat mengajar murid untuk menghafal lafaz niat berpuasa dan juga bacaan doa berbuka puasa. Kami yang didalam pejabat ini juga turut teruja dan tak sabarnya menanti Ramadhan. Mana taknya, gema bacaan niat dan doa dari anak-anak kecil ini benar-benar menyentuh rasa teruja untuk menyambut Ramadhan.

Seperti pada tahun- tahun yang terdahulu, kami menggalakkan murid-murid K2 untuk berpuasa. Tapi ini bukan paksaan ya! Pernah terjadi ibu bapa yang agak kurang berpuas hati seolah-olah kami memaksa anak-anak kecil ini berpuasa. Sekali lagi saya tekankan di sini, kami menggalakkan anak-anak murid kami berpuasa, bukannya memaksa.

Ibu bapa masih lagi boleh membekalkan anak-anak dengan bekalan seperti biasa kerana ketika waktu rehat, kami akan membuat pengasingan tempat bagi mereka yang berpuasa dan yang tidak berpuasa. Niat kami bukannya apa, tak mahu anak-anak murid yang bersemangat puasa, luntur motivasi puasanya. Jika kami guru-guru yang berpuasa ini pun seringkali tergugat apabila melayan anak murid ketika waktu rehat, apatah lagi rakan-rakan sekelas yang berpuasa. Tak seperti hari-hari yang biasa, ketika di bulan puasa inilah, apabila penutup bekal dibuka, walhal cuma biskut kering, aromanya sungguh luar biasa!

Ada juga murid yang tidak berpuasa, tetapi tidak membawa bekal ke tadika, malu mungkin pada kawan-kawan yang berpuasa, tak apa, jika ibubapa bimbang mereka akan kelaparan, bekalkan sahaja air di dalam beg mereka.

Pernah terjadi juga murid hampir pengsan,dan apabila kami tanya katanya berpuasa tetapi tidak bangun sahur. Ini bahaya ya.. sekiranya anak-anak anda tidak sempat untuk bersahur, tak perlulah paksa berpuasa pada hari itu. Ada murid yang jadi takut bila saya bawakan segelas air untuknya minum, bila ditanya, katanya nanti ibu akan marah kalau ibunya tahu dia minum di sekolah. Kadang-kadang memang ibu dah cakap tak payah puasa, tapi anak yang berdegil mahu puasa juga. Untuk kes yang sebegini, kami cadangkan untuk ibubapa menghubungi pihak tadika dan maklumkan tentang hal ini.




Untuk makluman ibubapa juga, tadika akan bercuti bermula pada 26hb Mei 2017 hingga 10hb Jun 2017 bersempena Cuti Awal Ramadhan dan juga Cuti Pertengahan Tahun.

Jangan lupa pada 5hb dan 6hb Jun 2017 (Isnin dan Selasa) adalah Hari Terbuka bagi Semester 1 2017.


Sekali lagi kami warga MyBistari Group ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menunaikan solat sunat terawikh! Jadi ibu dan bapa, sila pastikan anak-anak anda sahur ya! 

~Cikgu Norifah~

Friday, May 19, 2017

SEDAPNYA SUSU DUGRO!

Bismillahirrahmanirrahim.



Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tidak ada satupun makanan yang boleh menggantikan makanan dan minuman melebihi susu.” (HR At Tirmizi)

“Siapa yang masih lagi minum susu bila sudah besar? Angkat tangan!!”

Jika soalan ini diajukan kepada murid-murid 5 tahun, tanpa segan silu mereka akan mengangkat tangan, tapi cubalah tanya pada murid-murid 6 tahun, hanya beberapa orang sahaja yang berani angkat tangan. Pada pandangan mereka  6 tahun itu sudah cukup besar dan malu bila kawan-kwan tahu yang mereka masih lagi menyusu.

“Kita minum susu tapi guna gelas tau..” terang mereka-mereka yang mengangkat tangan apabila sedar kawan-kawan sudah mula tersenyum simpul memandang mereka.

Begitu punya segan mereka mahu mengaku minum susu, tapi kami tahu, masih ramai lagi anak-anak tadika kami yang menyusu, baik minum di dalam gelas mahupun yang menggunakan botol. 

Buktinya, apabila pihak Dugro datang untuk membuat lawatan terujanya mereka sedikit berbeza dengan semasa kedatangan pihak Kodomo Lion beberapa bulan lepas, mana taknya, bila disebut Kodomo Lion, terbayang di mata mereka gigi yang akan diperiksa, kecut perut jadinya, bila sebut Dugro, masing-masing tersenyum, siap ada yang menjilat bibir, terbayangkan keenakkan susu Dugro agaknya.

Bermula dari minggu lepas, pihak Dugro telah datang membuat lawatan ke tadika-tadika di bawah MyBistari Group. Lawatan dimulakan di Tadika Ilmu Pintar Bestari dan Tadika Pintar Bistari Kota Masai. Melihat pada gambar-gambar yang dikirimkan oleh guru besar mereka di whatsapp group, terserlah keseronokkan anak-anak murid. Meriah murid-murid dengan aktiviti-aktiviti yang di sediakan oleh pihak Dugro untuk mereka. 

Apa agaknya yang diterangkan oleh abang Dugro ni?

Cepat dik, kawan kat belakang tu pun nak main juga!

Sedapnya susu  Dugro ni!!

Banyak aktiviti yang ada dalam buku ni.

Saya memang nak minum sikit-sikit, biar lambat habis.


Hmm.. betul tak pilihan saya ni?

Kena masukkan objek tu dalam mulut ni.

Bismillahirrahmanirrahim.. makan ye.. saya suap.

Cepat, cepat.. saya nak suap juga!!

Dah siap ye semua, biar akak check bakul masing-masing.

Sementara tu jom kita nyanyi!

Lagu Dugro ni best lah!

Cuba tengok objek-objek dalam bakul ni.

Cuba teka buah apa ni? 
Siapa tahu ini apa?



Ewah... dia siap twist lagi!
Bukan sekadar keseronokkan di tadika sahaja yang mereka perolehi, pihak Dugro juga menyediakan cenderahati untuk dibawa balik oleh para murid. Makin bertambah panjang sengihan mereka. Walaupun cuma sebuah buku, terdapat pelbagai aktiviti di dalamnya yang amat menarik.
Cenderahati dari pihak Dugro


Ada sticker di bahagian tengah buku aktiviti.

Permainan dam yang sememangnya sangat digemari murid-murid.

Teka silang kata

Jom tampal sticker di sini!

Info sihat juga ada di dalam buku aktiviti ini.

Jom kita membaca!

Hierarki makanan.

Kraftangan untuk membuat bentuk epal.

Ada maze!

Yes!! Berjaya habiskan semua aktiviti yang ada didalam buku ini!!

Mengikut perancangan awal, lawatan ke ke seluruh cawangan MyBistari Group akan berjalan selama 3 minggu, bermula 11hb Mei hingga 22hb Mei 2017. Tetapi disebabkan ada permasalahan dari pihak Dugro, lawatan yang sepatutnya diadakan pada minggu hadapan (21 dan 22 Mei 2017) terpaksa ditunda ke tarikh baru yang akan diberitahu kelak. Cawangan yang terlibat adalah Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 dan Tadika Intelek Minda Bestari. Maaf ya anak-anak, tak apa.. kita sama-sama tunggu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagi anak-anak murid yang menyanyi dan berjoget sakan bersama abang-abang dan kakak-kakak Dugro tempohari, ini cikgu kongsikan lagu supaya anak-anak boleh sambung menyanyi di rumah!


~Cikgu Norifah~





Friday, May 5, 2017

HELLO SEKALI LAGI KITTY AND FRIENDS!


Bismillahirrahmanirrahim.


“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau buat mudah. Dan segala kesedihan dan kesulitan, bila Engkau kehendaki pasti akan menjadi lebih mudah.”

Aamin ya Rabbal Alamin. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya bagi kami sepanjang membawa amanah yang berat dari tadika ke Sanrio Hello Kitty dan pulang semula ke tadika. Mana tak terasa debarannya, untuk lawatan kali ini kami pergi tanpa bonda tercinta, Pn Zainun, mahu tak mahu terpaksalah kami uruskan segalanya sendiri. Betullah bak kata orang bijak pandai, kita takkan tahu kemampuan diri kita selagi kita tak terasa tertekan atau tercabar. 

Beza suasananya bila bawa murid-murid 5 tahun berjalan-jalan, sifat keanak-anakkan itu masih tebal dalam diri mereka, masih kurang matang berbanding dengan murid-murid 6 tahun. Ada yang menangis tidak mahu menyertai lawatan, sehingga kelihatan seperti ibu bapa yang lebih teruja dengan lawatan ini berbanding anak-anaknya. Tetapi bila sahaja terlihat bas yang akan mereka naiki, terus hilang tangisan mereka, terdiam memandang bas yang besar itu. Itu belum lagi bila mereka sudah mula menaiki bas dan memandang ibu bapa di luar dari tingkap bas, tersenyum lebar, ketawa keseronokkan sambil melambai-lambai ke arah orang tuanya. Itulah anak-anak, mudah menangis, mudah juga ketawa.

Walaupun perjalanan pergi kami di waktu cuaca hujan lebat, Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Sanrio Hello Kitty dalam lingkungan waktu yang dirancang. Anak-anak murid kemudiannya ditempatkan di dalam bilik kaca di level 1 untuk memudahkan urusan membahagikan kumpulan dan memakaikan tag masuk. Selesai urusan itu, satu demi satu kumpulan berarak masuk ke Hello Kitty, masing-masing dengan senyuman lebar terukir di bibir. Cikgu-cikgu juga tersenyum, tapi kami tahu, debaran di hati cikgu lain, tak sama dengan anak-anak murid, gelak tawa dan keterujaan anak-anak murid ini sebenarnya juga mengundang kerisauan para guru, takut akan ada yang terlalu gembira hingga tak dapat nak kawal diri dan akan membuat sesuatu di luar kawalan.

Berkumpul di dalam bilik kaca untuk dipakaikan tag masuk.

Ok semua, tengok sini cikgu nak ambil gambar yang dah pakai tag!!

Destinasi murid-murid yang pertama, berkumpul di sini
 untuk mengambil gambar

Sesi bergambar sedang dijalankan.

Mujurlah tempat lawatan kali ini di dalam satu bangunan, jadi hujan lebat yang sedang rancak turun di luar tidak menjadi masalah bagi kami. Lawatan di mulakan dengan sesi bergambar dahulu. Murid-murid semuanya ditempatkan di level 1 untuk bergambar di ruangan yang disediakan. Setelah selesai bergambar barulah ke tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Bagi kami, apabila berada di level 1 (Hello Kitty)  kesabaran amatlah diperlukan kerana setiap aktiviti yang ingin dilakukan memerlukan waktu yang agak lama. Untuk masuk ke dalam satu bilik perlu beratur terlebih dahulu menunggu giliran. Beruntung bagi kumpulan yang diarahkan ke level ini pada  permulaan lawatan kerana tidak ramai lagi pengunjung yang datang, tetapi bagi kumpulan yang seterusnya, mereka harus beratur panjang dan lama kerana untuk hari itu bukan lawatan dari MyBistari Group sahaja, tetapi juga dari sekolah-sekolah lain. Kasihan juga melihatkan anak-anak murid yang sudah terduduk kepenatan menunggu giliran bagi mereka untuk melakukan aktiviti. 

Beratur menunggu giliran untuk bergambar.

Berehat sebentar menanti ruang aktiviti yang kosong.

Menunggu masa untuk cawan ini berpusing-pusing.

Kejap lagi giliran kami pula yang masuk!!

Masih sempat berposing walaupun penat menunggu giliran.

Alhamdulillah, sampai juga giliran kami masuk.

Bilalah Cik Kitty ni sudi nak bagi kami masuk dalam rumah dia ni? 
Sesi menghias biskut dah siap, sekarang sesi merasa biskut tu pula.



Cantiknya sofa Hello Kitty ni.

Kenapalah kolam ni tak besar macam kolam kat tadika kita cikgu?

Uhhhh.. selesanya baring atas katil ni, jangan sampai tertidur ya!!

Masih di dalam rumah Hello Kitty.

Cikgu-cikgu pun tak nak lepaskan peluang bergambar di sofa yang cantik ni,

Bergambar dahulu sementara tunggu mana-mana ruang aktiviti yang kosong.

Lajunya kami berpusing!!

Tempat ni cantik cikgu!

Saya tujukan lagu ni khas untuk ibu yang sedang menanti
saya di rumah.

Sini dah tak muat cikgu, kalau nak main juga tunggu giliran yang seterusnya.

Keadaan di level dua dan tiga berbeza pula, kerana di sana lebih santai dan relaks. Terdapat banyak tempat untuk murid-murid bermain dan tiada had berapa kali untuk main dikenakan. Selagi mereka mahu, mereka boleh ulang main sebanyak yang boleh. Bukan setakat murid-murid sahaja yang teruja, guru-guru yang membawa mereka juga turut teruja. Alhamdulillah, untuk kali ini tidak ramai murid yang takut dengan maskot-maskot yang ada di taman tema tersebut, jika ada yang takut pun dapat dikawal oleh guru yang menjaga dan akhirnya ketakutan itu hilang. Malah ada yang sangat teruja, seolah-olah tak dapat dibendung lagi keseronokkan apabila melihat Barney, Pingu, Kitty dan Daniel. Mungkin selalunya hanya lihat di kaca tv dan juga mainan-mainan di kedai, bila nampak secara langsung seperti itu hati jadi tak tentu arah.

Seronok dapat bergambar dengan Sir Topham Hatt,
sampai kaki Sir dipeluknya. 
Bergambar dengan Thomas!!
Nak kemana kita hari ini ya?

Jom!! Keretapi ni boleh tahan laju juga!

Mana keretapi untuk balik kampung ni?

Comel replika rumah ni.

Kita lawan, siapa yang menang!!

Comel pula bila mereka pakai kostum.

Kami di rumah Barney!!

Pingu ni comellah cikgu!

Kalaulah saya boleh bawa balik bola besar ni..

Jom Bob! Rumah mana nak kita baiki ni?

Persembahan dari team Bob The Builder

Cepat! jangan beri dia peluang gol kan!

Bergambar dengan keluarga Pingu.

Bermain gelongsor bersama cikgu.

Cikgu Salasiah sama comel macam Barney 
Masih tak ramai lagi ketika ini.



Susun bongkah tu semua elok-elok,

Mari kita semua balik! Penat dah main kat sini.

Untuk makan tengah hari, kami kembali berkumpul di ruangan bilik kaca di level 1. Mungkin kerana kepenatan dan kelaparan, murid-murid tidak banyak kerenah, siap sedia bila diarahkan duduk, tidak banyak bermain seperti masa awal kedatangan mereka ke sini. Ketika ini jugalah saya dan Puan Fiza menguruskan pembahagian cenderahati kepada murid-murid. Cantik- cantik gambar yang diambil oleh jurufoto di sini.  

Cenderahati untuk murid-murid.

Contoh gambar yang sudah siap dicetak (TIMB)

Antara murid dan guru dari TIPB

Bergambar di tempat lain pula.

Cenderahati dari pihak Thomas and Friends

Cantik stiker yang ada di dalam buku ini.

Duduk menanti bas.

Cikgu-cikgu TIB sempat berposing sebelum beratur menaiki bas.

Bye.. semoga selamat dalam perjalanan pulang ke tadika.

Penat betul mereka ni.
Alhamdulillah kami selamat sampai ke tadika masing-masing dalam rangka waktu yang ditetapkan. Walaupun bagi guru-guru ada yang sudah beberapa kali ke Hello Kitty, keseronokkan ke sana tetap berbeza pada setiap lawatan. Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada kami dalam menjaga dan membawa anak-anak anda ke sana.

Rasanya masih belum terlewat lagi untuk memperingatkan para ibu bapa berkenaan dengan Peperiksaan Semester 1 yang sedang berlangsung minggu ini. Jangan lupa buat ulangkaji ya!!

~ Cikgu Norifah~