Tuesday, August 7, 2018

JOM LAKSANAKAN RUKUN ISLAM KE LIMA

Alhamdulillah selesai sudah kami menunaikan haji.

Bismillahirrahmanirrahim.

“Cikgu, hari tu kita pergi airport, hantar atok dengan nenek nak pergi haji. Minggu ni kita pula yang nak pergi,” sapa seorang murid yang baru ku kenal semalam.

Kami di bahagian pengurusan diberi tugasan baru, diamanahkan untuk ke beberapa cawangan pada setiap pagi. Alhamdulillah, saya ditugaskan ke cawangan lama saya, Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1. Rasa seronok tu tak habis lagi bila berjumpa para pemandu van dan juga jiran-jiran lama yang masih ada selorong dengan tadika.

“Oh.. naik dekat KLIA lah ye awak nanti?” soalku semasa dia sedang membuka kasut sekolahnya.

“Tak, naik kat tadika,” jawabnya sebelum terus berlalu masuk ke dalam tadika.

Terpinga sekejap saya, kemudian baru teringat,

“Oh.. ni mesti peserta program haji cilik, terlupa pula.”

Alhamdulillah, penyertaan untuk tahun ini semakin bertambah, jika tahun lepas penyertaannya adalah 222 jemaah haji cilik, untuk tahun ini, setakat ini penyertaan adalah 242 dan masih lagi ada cawangan yang memberitahu akan ada pertambahan ahli jemaah. Semoga Allah memberkati usaha kita semua untuk mendidik dan mengenalkan anak-anak ini apa itu rukun islam yang ke lima.

Persiapan juga sedang rancak kami lakukan. Dari pembelian kain ihram dan telekung bagi para jemaah, hinggalah ke plastik untuk menyimpan rambut yang akan di tahallul. Ini adalah kali ketiga kami adakan sendiri program simulasi haji cilik ini. Saya kongsikan disini persiapan dan program yang dilaksanakan tahun lepas.

Kit simulasi haji cilik yang bakal diterima para jemaah.

Proses pemasangan model kaabah dilakukan malam sebelum program.

Para jemaah berkumpul di tadika masing-masing.


Batu-batuan yang perlu dikutip untuk melaksanakan lontar.

Ucapan aluan oleh En Ahamed Tamizi.

Para jemaah setia menanti arahan seterusnya.
Untuk setiap rukun haji, kami sediakan checkpoint untuk memudahkan urusan semua. Di setiap checkpoint akan ada para penjaga yang akan memantau dan membantu urusan di situ. Bagi yang sudah selesai melaksanakan rukun tersebut, akan diberikan stiker menandakan mereka telah selesai urusan di situ dan boleh bergerak ke checkpoint yang lain.

Penjaga checkpoint 1 - Wukuf di Arafah

Checkpoint 2 - Mabit di Muzdalifah.

Checkpoint 3 - Melontar 3 jamrah.

Checkpoint 4 - Tawaf.

Checkpoint 5 - Saie.

Checkpoint 6 - Tahallul.

Bersedia untuk menaiki bas.

Masih menanti para jemaah yang belum tiba.


Sedang berwukuf di Arafah.

Menanti giliran untuk mengutip batu.

Jangan lupa kira  batu nya.

Pastikan balingannya kena pada model jamrah yang disediakan.

Tawaf keliling Kaabah.

Bila selesai rukun di checkpoint, stiker akan diberikan.

Penjaga checkpoint saie sedang menanti para jemaah.

Ulang alik 7 kali ya!

Menyimpan rambut yang sudah ditahullul.
Disetiap checkpoint kami sediakan air, agar jemaah yang penat dan haus dapat
menghilangkan dahaga.


Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa yang pernah dan akan menjadi sebahagian dari tenaga kerja program simulasi ini sebagai mutawwif. Mungkin nampak mudah sahaja membawa bendera dan mengetuai para jemaah cilik ini bergerak dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain, tetapi bagi mereka yang sudah merasainya, berpeluh-peluh juga melayan kerenah para jemaah cilik ini.
Penyerahan bendera kumpulan.

Mutawwif perlu berjalan dihadapan dengan mengibarkan bendera agar para jemaah tak terikut
kumpulan yang lain.

Ayuh para jemaah! Ada tanggungjawab yang perlu kita tunaikan!!

Tersenyum bangga mengibarkan bendera.

Sini, tengok sini, jangan ikut bendera yang belakang tu. Itu kumpulan lain.

Setia dengan benderanya sementara para jemaah sedang bertahallul.

Terima kasih kerana sudi bekerjasama!!

Bergambar kenangan dengan para jemaah haji cilik dibawah jagaan masing-masing.

Upacara penyerahan semula bendera.
Bagi ibubapa dan penjaga para jemaah tahun ini, bersiap sedialah dengan latihan memakai kain ihram bagi jemaah lelaki. Jemaah perempuan mudah sahaja bertelekung, tetapi hanya bahagian atas telekung sahaja yang digunakan, bahagian kain tak perlu bawa ya.

Betul tak saya pakai ni?

Jangan sampai terlondeh ya!

Simple dan kemas.

Saya dah sedia nak tunaikan haji!

Segak berihram.

Mari abah betulkan balutan ihram ni.

Alhamdulillah, kami sudah selesai tunaikan haji!
Saya kongsikan juga video Program Simulasi Haji Cilik pada tahun-tahun yang terdahulu.








Jangan lupa ya, ibubapa dan penjaga para jemaah haji cilik! Kita jumpa nanti di tapak simulasi haji cilik pada 12 Ogos 2018 (Ahad) ini!

~Cik Norifah~