Sunday, January 23, 2011

IMBAS KEMBALI (HARI PERTAMA)

Sesi 2011 bagi TPB & TIB bermula pada 3o Disember 2010. Sengaja dicepat 2 hari agar ibubapa punya masa untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika pada hari pertama. Pihak van juga ada masa untuk mencari seterusnya menghantar anak-anak ke alamat yang diberikan. Pada hari Isnin, 3 Januari 2011, anak-anak tadika dicutikan bagi membolehkan van menguruskan pelajar sekolah rendah dan menengah pulak. Agaknnya kalau dibuat serentak pada hari yang sama, mungkin haru biru juga agaknya. Yelah, dengan anak-anak tadika, semuanya memerlukan perhatian yang lebih, terutamanya dari segi keselamatan.
Berikut adalah gambar-gambar sempat saya rakamkan sewaktu melawat Taman Rinting dan Taman Mawar pada hari pertama persekolahan.

Buku yang siap disampul dan ditulis nama akan dikutip oleh guru kelas pada hari pertama.
Ibubapa menyelesaikan bayaran van tadika
Selepas berdoa, menunggu waktu untuk diambil oleh van
Guru sibuk menyemak nama murid dan transport yang digunakan agar tidak tersalah naik van.

IMBAS KEMBALI (PRATADIKA 2011)

Dah memasuki minggu ke 4 persekolahan. Anak-anak dah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tadika bersama guru dan rakan-rakan. Sebenarnya tidak susah bagi anak-anak menyesuaikan diri, cuma bagi kita yang dewasa ini, mungkin ada sedikit kesukaran.

Imbas kembali program tadika yang tak sempat saya coretkan tempohari. Anak-anak seronok nak ke tadika, ibubapa lagilah teruja. Macam-macam perasaan yang ada pada ibubapa. Seronok ada sebab bila dah ke tadika, maknanya anak-anak dah semakin besar. Bimbang pun ada. Kot-kot anak-anak menangis la, bimbang anak-anak terbuang air dalam kelaslah, dan macam-macam lagi. tapi bila melihatkan gambar-gambar di bawah ini nanti, sebenarnya anak-anak kita 'cool' aje. Cuma mak ayah yang terlebih bimbang.
 
Ibubapa beratur menunggu giliran mengesahkan kehadiran anak masing-masing

Yes! Saya dah bersedia.
Adik pula yang sayu meninggalkan abang di tadika
Teacher Alin mengajar murid bagaimana menggunakan tandas
Khusyuk mendengar penerangan guru.
Kita rehat dulu!
Namun begitu, ada yang bersedih pada hari pertama pratadika
Berdoa sebelum pulang
Guru membantu menaiki van untuk pulang
Ibubapa sabar menunggu dan melihat gelagat anak.

Friday, January 21, 2011

CUTI 4 HARI

Bermula dengan cuti Thaipusam, diikuti dengan cuti gantian 30 Disember 2010 dan bersambung cuti Sabtu dan Ahad, dapatlah warga mybistari (TPB & TIB) bercuti panjang sikit. Kebanyakannya balik kampung dan ada yang cuti-cuti Malaysia ke 'negeri bawah bayu' Kota Kinabalu. (Emm, sape tu yek?) Mana yang ada anak dan suami pula bekerja, inilah masa untuk santai-santai di rumah sambil melayan anak melakukan tugasan rumahtangga ataupun untuk menyelesaikan perkara-perkara yang tertunda. Pendekata, kalau pandai menguruskan masa, banyak perkara yang boleh dibereskan.

Saya pula pagi semalam, dari pagi sehingga tengahari menghadiri majlis ilmu. Then sempat juga mencuba resepi baru 'jelly kelapa'. Menjadi juga rupanya tapi rasanya 'kureng' sikit kerana air kelapa sedikit dan isinya agak keras. Namun masih mendapat pujian dari anak-anak. Resepinya nanti akan diperturunkan. Memang enak dan pasti anak-anak akan menyukainya. Apatah lagi, dalam cuaca panas, nyaman sekali bila masuk mulut.  

Walaupun dah menghampiri penghujung bulan Januari, cukai pintu MPPG masih belum dibayar. Nak berurusan pada cuti umum, memanglah tak boleh. Jadi, alternatifnya adalah dengan membuat bayaran melalui internet. Mudah, tak perlu ke pusat bandar, tak perlu bayar parking dan tak perlu menggerakkan kereta. kemudian saya membuat bayaran cukai tanah pulak. Sama juga, menggunakan internet. Dalam setengah jam, dah selesai semuanya. Kalau dibuat secara manual, rasanya satu hari baru beres bagi kedua-dua urusan ini. Cukai pintu di pust bandar pasir gudang, then perlu berkejar ke Larkin untuk buat bayaran. Dan kebiasaannya kalau awal-awal tahun macam ni, ramai betul orang yang nak membuat bayaran. Belum tentu dapat beres. Jadi kalau ada kemudahan internet, cuba-cubalah. Di sini saya berikan link bagi kedua-dua tempat tersebut.

Esok pula hari bersekolah untuk anak-anak di sekolah kebangsaan. Sekolah gantian untuk cuti Tahun Baru Cina nanti. Setakat ini, pihak pengurusan di mybistari, tiada ura-ura cuti tambahan diberikan. Rasanya cuti yang ada tu, Khamis ~ Ahad, dah mencukupi. Lagipun anak-anak baru nak 'warm-up'. Kalau cuti lama-lama, nanti meragam pulak nak ke sekolah. "Monday blues"

Wednesday, January 19, 2011

BANTUAN NKRA

Alhamdulillah, bantuan yuran NKRA telahpun diterima dan pihak kami dalam proses untuk menghantar makluman kepada semua ibubapa yang terpilih. Dari senarai akhir, seramai 202 orang pelajar telah layak, daripada jumlah keseluruhan borang yang dihantar sebanyak 378. Nama-nama yang telah terpilih telahpun dimasukkan ke dalam laman web tadika. Sila semak di sana untuk mendapatkan maklumat lanjut sehinggalah surat-surat yang dihantar diterima oleh ibubapa yang terbabit. Nama-nama yang tidak tersenarai, bermakna secara otomatik tidak terpilih kerana pemilihan dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran berpandukan kepada maklumat yang diberikan oleh ibubapa.

Kepada ibubapa yang terpilih, sila hubungi Pn. Shawariah (07-2517670) untuk mengesahan nama bagi pengeluaran cek serta pengesahan kehadiran pada majlis ringkas di TS Hotel pada 30 Januari nanti. 

Tuesday, January 18, 2011

RUMAH BARU

Tahun 2011 ini, saya mendirikan rumah baru bagi Tadika Pintar Bistari, namun rumah lama masih lagi sentiasa dijenguk. Ini adalah kerana terdapat masalah kapasiti untuk memuatnaik gambar-gambar. Walaupun memakan masa, tetapi insyaallah, rumah baru ini akan cuba dihias secantik mungkin. Mungkin juga memberi nafas baru sebagai permulaan 2011 bagi perjalanan yang sangat jauh, semoga saya masih tetap teguh berdiri bersama-sama warga pendidik yang lain, memikul amanah yang diberikan oleh semua ibubapa. Berbekalkan pengalaman yang tidak seberapa, dan akan sentiasa terus belajar untuk mendapatkan yang terbaik bagi "membentuk generasi bijak berilmu"

Seperti ramai yang telah maklum, tahun 2011 telah membuka lembaran baru dalam pengurusan TPB dengan pembukaan Tadika Inovasi Bestari di Taman Bukit Dahlia. Dengan penambahan Bahasa Arab serta pembelajaran multimedia, diharap dapat memberi saingan yang positif kepada Tadika Pintar Bistari walaupun di bawah pengurusan yang sama. Dengan jumlah pelajar seramai 34 orang sehingga setakat ini, saya merasakan ini adalah permulaan yang baik. Kebanyakannya adalah pelajar TPB yang dipindahkan oleh ibubapa mereka  bagi mendapatkan kelainan dalam pembelajaran. Terimakasih saya ucapkan kepada mereka kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang perlu kami atasi dalam masa yang terdekat ini. Alhamdulillah, dari segi prasarana, dan kemudahan pembelajaran , tiada masalah. Prestasi murid dalam 3 minggu ini juga amat memberangsangkan.

Begitulah juga dengan keadaaan di TPB, murid juga telah dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan dan guru, juga telah mengerti bahawa setiap hari persekolahan perlu ke tadika untuk belajar sesuatu yang baru, yang semuanya datang dari seorang insan bernama cikgu serta mama di sekolah.

Kami sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran yang lebih dalam menangani kerenah anak, juga rasa kasih sayang yang mendalam terhadap mereka. Bergelar cikgu tadika memberikan kepuasan yang tidak dapat dinilai dengan kata-kata apabila anak-anak kami telah pandai membaca, menulis nama dan mengira. Dari sinilah, kejayaan seterusnya dapat dicapai.  Insyaallah.