Thursday, June 23, 2011

GI GANU TAK MBOH BALIK..

Kalau tahun lepas saya membawa cikgu-cikgu bercuti ke tempat yang sejuk iaitu Cameron Highland tapi tahun ini saya membawa guru-guru bercuti ke pantai timur pula di mana sepanjang perjalanan dapat melihat kebiruan dan kehijauan air laut dan pantai yang pasirnya putih kekuningan. Yee, kita gi Ganu.
Jam 10 malam Jumaat 17 Jun, bas membawa kapasiti 40 orang cikgu anak dara dan mak dara berlepas dari Taman Mawar. Teruja sangat-sangat cikgu-cikgu nak gi makang anging ke Ganu. Jam 9 malam semuanya dah berkumpul. Ada 2 famili yang berkereta turut konvoi malam tu. Nak follow tapi tak terfollow sebab bas meluncur laju di tengah kegelapan malam. Tiba-tiba....

Pakcik, pakcik, pakcik.................
Pangilan bersahut-sahutan sehingga pemandu bas memberhentikan bas. Saya yang tidur-tidur ayam turut terpingga-pinga.

Kenapa? Tanya saya.
Pakcik mengantuk tu bawa bas, dah tersasar jalan, kata cikgu. 
Takdalah, mana pakcik ngantuk. Kata pakcik nak cover line.
Ya Allah, selamatkan perjalanan kami, doa saya walaupun sebelum perjalanan bermula, doa naik kenderaan dah dibaca bersama-sama.
Mana tak ngantuk. Jam menunjukkan 4 pagi. dah sememangnya waktu tidur dan berehat. Waktu itu kami dalam kawasan Kerteh. Perjalanan diteruskan tapi ramai yang tak dapat melelapkan mata. 
Teringat peristiwa tadi dan pada masa yang sama mata tertumpu kepada pemandangan yang tidak pernah dilihat kalau tidak melalui jalan Kerteh ini. Kawasan penapisan petroleum Petronas. Terang benderang dengan api-api dan asap-asap yang berkejar-kejaran nak keluar dari serombong asap. 

Ihsan dari adunancahaya

Alhamdulillah, kami sampai ke destinasi pertama iaitu Masjid Terapung. Sampai aje, azan subuh berkumandang. Just nice. Masjid Terapung ini menjadi tumpuan dan lokasi perhentian bagi pelawat-pelawat yang nak ke Kuala Terengganu. Nak tahu info pasal masjid ni, minta pakcik goooogle carikan. 
Gambar Masjid Terapung pada 18/6/2011 jam 7:13:50 pagi
Destinasi seterusnya adalah Pasar Payang. Hari masih awal pagi dan sudah tentunya kedai jualan masih lagi belum dibuka melainkan kedai-kedai makan. Kami bersarapan pagi di situ dan sudah tentu menunya adalah nasi dagang. Usai makan, ke tingkat bawah untuk pasar basah. Tapi lihat ini...

Ada bermacam-macam jenis makanan. Pilih, pilih, jangan tak pilih
Saya sempat belikan ole-ole buah salak untuk Cikgu Tamizi sebab dia memang suka buah itu. RM6 sekilo. Tak kelat. Ok rasanya.
Dari pengamatan saya, kebanyakan peniaga di pasar ini dalah wanita. Sama keadaanya dengan Pasar Siti Khadijah di Kelantan.   

Rehat jap...

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.