Wednesday, November 9, 2011

NOSTALGIA HAJI 2009

Labbaikallahumalaibaik...........begitulah laungan suara-suara yang kedengaran pada setiap kali musim haji mengingatkan saya pada musim haji tahun 2009. Saya dan Cikgu Tamizi kali ke-2 pergi haji tapi kali ini kami membuat badal haji Allahyarham Ziza Amirul Shafiq  dan ayah saya. Nak dijadikan rezeki, kami baru mendaftar pada bulan Julai 2009 dan November tahun yang sama, Allah mempermudahkan urusan kami. Kesempatan yang ada, kami membawa Syafini sekali sementelah diapun telah wajib haji walaupun menggunakan wang dari ibu abah. 
2 tahun berlalu, terasa seperti baru semalam kami melalui perjalanan haji tersebut.
Kali pertama tahun 2005/2006, penerbangan kami dari KL terus ke Madinah. Sewaktu itu kami menggunakan khidmat TH Travel. Penerbangan terus ke Madinah tidak memenatkan kerana dari lapangan terbang ke penginapan di Madinah cuma memakan masa setengah jam sahaja. Tapi pada haji 2009, kami ke lapangan terbang Jeddah dulu, baru mengambil bas ke Madinah. Dah tentunya mengambil masa yang agak lama. Perjalanan sahaja dah mengambil masa 8 jam, tidak termasuk urusan-urusan yang lain. Tapi yang masih segar dalam ingatan saya sewaktu dalam perjalanan tersebut adalah keenakan nasi mandy yang diedarkan sewaktu dalam bas, walaupun hanya dibungkus dalam polisterin. Sungguh enak! Atau adakah kerana waktu itu kami kelaparan, wallahualam.
Di lapangan terbang haji Jeddah sementara menunggu bas ke Madinah

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.