Wednesday, November 9, 2011

DIA SEPUPUKU


 Terpampang di muka depan akhbar Berita Harian hari ini tentang kemalangan maut ibu tunggal dan seorang anak. Mangsa adalah sepupu saya sebelah ayah. Sangat berbekas di hati saya kerana raya puasa tahun lepas kami berborak panjang sewaktu ziarah raya, kesempatan yang jarang-jarang dapat kami jumpa melainkan hari-hari istimewa seperti itu.
Sewaktu kejadian, beliau dalam perjalanan menghantar salah seorang anak ke asrama di Pekan. Hukum sebab akibat. Dikatakan memandu agak laju, tanpa mengenakan talipinggang keledar, dan salah satu tayar spare yang digunakan bermasalah ketika di bahagian selekoh jalan, maka kereta terbabas. 2 mangsa, allahyarhamah sepupu saya dan anaknya yang paling kecil berusia 2 tahun tercampak keluar dan meninggal di tempat kejadian. Manakala 4 lagi anak yang cedera dimasukkan ke ICU HTAA. Satu-satunya anak lelaki tidak ikut serta dan tinggal di rumah emak saudara saya.
Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan malam tadi juga. Kebetulan saya berada di kampung, jadi kesempatan digunakan untuk menziarahi keluarga yang ditinggalkan. Setelah 2 jenazah di masukkan ke liang lahad, khabar berita dari hospital menyatakan seorang lagi anaknya meninggal dunia. Innalillahiwainnailahirajiun. Ajal mereka sudah sampai. Kita bila lagi? 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.