Sunday, May 22, 2011

SESI PENERANGAN KELAS BISTARI

22 MEI 2011

Alhamdulillah, dari jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari  tadi di TS Hotel taman scientex, telah berlangsung Sesi penerangan Kelas Bistari dan Sesi Penerangan Sempoa yang dihadiri oleh 83 orang ibubapa dari cawangan Taman Mawar (1 & 2), Taman Kota Masai (1 & 2) serta Taman Scientex 1. Dalam program ini, ibubapa dibantu oleh 14 orang guru TPB bagi memastikan P & P sempoa berjalan dengan lancar. 

Sebahagian daripada ibu-ibu yang hadir

Kaum bapa juga tidak kalah dalam memberikan komitmen untuk program ini. Syabas untuk mereka! 
Mula-mula ibubapa diberikan penerangan tentang kelas bistari, tujuan kelas bistari diadakan, kriteria pemilihan murid untuk ke kelas bistari, kelebihan kelas bistari dan persepsi salah ibubapa tentang kelas bistari. Selepas rehat dan kudapan, sesi penerangan sempoa pula mengambil tempat.

Cikgu Tamizi menerangkan cara-cara menggunakan sempoa langkah demi langkah
Sungguh khusyuk mereka belajar

Sekejap aje dah expert mengira menggunakan sempoa. YES!

Guru-guru turut membantu memahamkan ibubapa
Mental calculation juga turut diajar. 5, 4, -2, -1, -5, 8, -6.  Jawapan?

Apa sudah jadi dengan mereka ini?

Tepu! Penat fizikal dan mental
Kami mengharapkan pertemuan yang singkat ini akan dapat memberikan pendedahan yang sebaiknya kepada semua ibubapa yang hadir. Insyaallah, kalau anak dapat buat, ibubapa lagi dapat buat. Masukkan cas-cas positif dalam minda agar kita menjadi orang yang luarbiasa!

1 comment:

  1. Terima kasih pada semua cikgu2 yang terlibat.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.