Saturday, May 7, 2011

KIDZANIA JAKARTA

KIDZANIA adalah sebuah pusat rekreasi berkonsep EDUTAINMENT yang unik bagi anak-anak usia 4-16 tahun. Orang tua juga teruja sama. Di kesempatan berada di Jakarta baru-baru ini, anak-anak dah menempah untuk ke sana. 



Air Asia sebagai salah satu penaja utama

 KIDZANIA dibangun khusus menyerupai replika sebuah kota yang sebenarnya, namun dalam ukuran anak-anak, lengkap dengan jalan raya, bangunan, juga berbagai kenderaan yang berjalan di sekeliling kota.

Di kota ini, anak-anak memainkan peranan orang dewasa sambil mempelajari berbagai pekerjaan. Misalnya, menjadi seorang dokter, pilot, pekerja konstruksion, detektif swasta, arkeologist, ahli bomba,  dan lebih dari 100 jenis PROFESION  dan PEKERJAAN orang dewasa lainnya.

Di KIDZANIA terdapat bangunan-bangunan yang umumnya terdapat di sebuah kota, seperti hospital, supermarket, Salon, Teater, Kawasan Industri, dan banyak lagi 


KIDZANIA adalah tempat yang AMAN, INTERAKTIF dan MEMILIKI UNSUR PENDIDIKAN YANG TINGGI dimana anak-anak mengenakan seragam dan melakukan peranan yang mereka mainkan. 
Dibimbing oleh pembimbing yang dipanggil Zupervizor, anak-anak dapat menyelami langsung dunia, profesion atau pekerjaan orang dewasa yang selama ini mereka impikan, serta belajar menghargai nilai wang, seperti di dunia yang sesungguhnya. 

Di KIDZANIA, anak-anak menggunakan mata wang rasmi, KIDZOS. Dengan bayaran masuk Rp115,000  (RM40) seorang, anak-anak akan mendapat kad bank ini di mana di dalamnya ada simpanan 50 kidzos.

Dengan demikian, selain anak-anak dapat belajar mengenai profesion, mereka juga belajar menghargai nilai wang dengan cara memilih profesion yang mereka inginkan lalu mendapatkan upah atas jerih payah mereka. Upah yang mereka dapatkan ini kemudian boleh digunakan untuk membeli barang.

Inilah tempat yang mula-mula Nana masuk, sebagai pemain drama di Kidzania Theatre. Tapi masa yang diambil lama sangat iaitu hampir satu jam. Kat sini Nana dapat 30 kidzos. Bayaran yang paling tinggi sekali di Kidzania 




Kemudian ke tiga-tiga beradik ini jadi minah kilang di Kapal Api. Lihat meraka belajar membuat kopi.  Dari mula biji kopi dokisar sehinggalah kepada serbuk kopi yang telah siap. 




Kopi yang dihasilkan sendiri boleh dibawa balik sebagai ole-ole.
Lokasi ke-2, kilang membuat teh. Kidvisor menerangkan jenis-jenis teh serta proses membuat  teh dari daun teh kepada teh yang telah siap dibungkus.


Papan tanda yang terdapat di setiap pintu masuk sesuatu aktiviti. 6 orang untuk sat u sesi. Masa yang diambil untuk satu sesi adalah 25 minit. kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas sahaja yang boleh membuat aktiviti ini dan mereka akan dibayar 5 kidzos dari pekerjaan yang mereka buat


Lokasi seterusnya, kilang membuat susu.


Apron dipakaikan oleh Zupervisor.

Tangan dicuci bagi menjamin kebersihan membuat susu

Proses demi proses diajar

Susu disteril bagi menjamin mutu keluaran.

Nah! Susu berperisa strawberry yang telah siap diproses dan sedia diminum.
Mari belajar buat mee.



Macam alat buat mee yang ada kat rumah nenek Caca
Doh dipenyet-penyet sebelum dikisar

Macam main pondok-pondok aje.

Mee yang telah siap diletakkan perisa dan disealkan.

Dimasukkan dalam plastik kedap udara

Sedia untuk dibawa balik!

Bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.