Thursday, May 5, 2011

TERBANG LAGI



Di kesempatan cuti 3 hari sempena Hari Pekerja, kami menziarahi Syafini di Bogor. Flight dengan Air Asia jam 7 malam. Kebetulan dapat tiket promo. Selepas ambil anak-anak di sekolah, kami terus ke LCCT. Jam 5 petang sampai di LCCT, kami punya cukup masa untuk cari free parking di kawasan berdekatan dengan LCCT. Ramai yang tidak tahu ada free parking kat situ. Kalau nak parking depan LCCT tu memanglah banyak tapi kena banyak juga keluarkan duit sebab sehari parking adalah RM37.60. Kalau dah parking sampai 3 hari tu, kiralah sendiri!  
Free parking dekat dengan bangunan Maybank selalunya penuh. Kami tidak parking kat bahu jalan, bimbang ditarik pulak. Jadi carilah yang berhampiran dengannya. Bawah pokok lagi. Nyaman aje kereta duduk kat situ selama 3 hari!

Dah malam pun. Inilah juadah kami dalam flight yang ditempah awal (pre-book meal)

Nana dengan Premium Chicken Pizza (RM9)

Caca dengan Asian Fried Rice with Chicken Satay (RM12)

Rasanya boleh tahan
Sampai di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta jam 8 malam selepas 2 jam penerbangan (perbezaan waktu 1 jam antara Indonesia dan Malaysia). Kami ambil damri (semacam bas ekspress) ke Bogor dan  kebiasaanya perjalanan ke Bogor mengambil masa 1.30 ~ 2 jam (kalau tidak macet ~ jem)
 RM12.50 seorang samada kanak-kanak dan dewasa
Sampai di Bogor jam 11 malam. Kesian Syafini dah lama menunggu!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.