Saturday, May 7, 2011

SAYA SEBAGAI PEMBICARA

SEKOLAH ISLAM TERPADI (SIT) INSANTAMA
Pembicara tu apa?
Itulah yang menjadi tanda tanya waktu menerima email dari Insantama, Bogor. Pembicara itu adalah ahli panel. Saya dijemput sebagai ahli panel dalam satu program di Insantama sempena mengingati Satu Dasawarsa (10 tahun) Sekolah Islam Terpadu Insantama.
Insantama mengadakan Seminar Pendidikan Islam Internasional dengan tema "Membangun Anak Berkarakter, Mewujudkan Generasi Islam Calon Pemimpin". Insyaallah, esok, Ahad, 8 Mei 2011.

Saya diberi tajuk "Kebijakan pemerintah dalam Sistem Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia serta model pembinaan karakter di sekolah Malaysia. Jenuh juga nak mencari bahan. Kuarantin di rumah 2 hari mencari. Alhamdulillah, dengan teknologi maklumat yang ada, senang juga mencari bahan yang dikehendaki. 
Disamping itu, 2 panel yang lain, memaparkan sistem pendidikan dari Australia dan Jerman. Kedua-duanya orang Indonesia yang pernah belajar di sana. Teruja juga nak mendengar komentar dari mereka.

Semoga langkah saya ke arah itu dipermudahkan.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.