Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Pagi-pagi lagi dah masuk SMS, ucapan hari guru. Antaranya:
"Jadilah seorang guru, yang hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru...SELAMAT HARI GURU 2011, Salam rindu untukmu...Ina (Ana Ajwad)
SELAMAT HARI GURU, didoakan sihat, ceria selalu, ilmu yang dicurahkan dengan ikhlas pasti barakah, guru yang ikhlas mencurahkan ilmu dan bimbingan yang betul pasti melekat dihari pelajarnya, insyaallah. Terima kasih cikgu / ustazah...Pn. Zila (Mawar 10)
Banyak dapat bunga?=> Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
Dapat pen? => Tanda guru bijak melakar kata.
Dapat pemadam? => Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.
Dapat mesej? => Tanda cikgu sentiasa di ingatan.
Dapat coklat? => Tanda guru suka didampingi.
Dapat cemuhan? => Tanda guru insan yang sabar dan akan sentiasa dirahmati.
SELAMAT HARI GURU...Zaharah (Pontian)
Serta banyak lagi mesej yang masuk ke dalam website tadika.

SELAMAT HARI GURU kepada para pendidik. Sesungguhnya guru yang terbaik adalah IBUBAPA sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.