Sunday, October 2, 2011

RAPTAI PERTANDINGAN MA

24 September 2011
Seperti biasa, raptai penuh dibuat bagi memastikan perjalanan pogram sebenar pada kesokan harinya berjalan lancar. Raptai hari bermula jam 2 petang. Sambutan dan sokongan dari ibubapa juga menggalakkan pada hari tersebut.

Sebahagian darip ibubapa yang datang sewaktu raptai
Selain dari pertandingan sempoa, persembahan dari murid-murid K1 juga diadakan. Macam-macam rentak dan genre yang ada. Namun begitu, bila memakai baju senaman pada masa raptai tidaklah memberikan tarikan yang banyak. Tapi bila hari program sebenar, menawan kalbu gitu....




Ini adalah peralatan-perlatan yang digunakan di dalam persembahan dan sketsa yang mana ini semuanya disediakan oleh guru-guru tadika yang kreatif. 


Juga En. Taib dan the geng yang mengendalikan PA system agar sound system dalan keadaaan yang baik. Dah 3 tahun saya menggunkan khidmatnya.


Usai pertandingan dan persembahan, backdrop dinaikkan. Bukannya kerja yang mudah untuk menaikkan backdrop. Tak kena kedudukan, nanti senget pulak. Tahun ini backdrop ditempah sahaja. Kalau sebelumnya, backdrop dibuat sendiri oleh guru-guru. Tahun ini saja nak menyenangkan kerja-kerja cikgu.


 
Hadiah-hadiah bagi semua peserta telah siap disusun oleh guru-guru yang diberikan tugas di bahagian tersebut.

Terakhir sekali, taklimat akhir diberikan oleh Pengarah Program, Pn. Suhaila dengan menerangkan permasalahan dan cara pengatasinya. ini bagi memastikan perjalanan program esok berjalan lancar.





Raptai usai jam 6 petang. Hanya menanti hari esok untuk program sebenar. Insyaallah, Allah memudahkan segala urusan.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.