Friday, October 21, 2011

PROGRAM DI INOVASI

Wah, dah lama saya tidak menulis. Rindu rasanya nak berkongsi cerita. Kali ini saya akan bercerita tentang Tadika Inovasi Bestari. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Tadika Inovasi Bestari (TIB) adalah sebahagian dari Tadika Pintar Bistari. Kalau dah sebahagian, kenapa namanya tak sama ya?
TIB mula beroperasi pada awal tahun ini dengan jumlah murid hanya 36 orang. Bagi saya ini permulaan yang baik bagi sebuah tadika yang baru. Terdapat 2 kelas K1 dan 2 kelas K2 bagi setiap sesi. 

5 Genius (am)

6 Intelek (am)


5 Kreatif (pm)

6 Dinamik (pm)

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa persamaan dan perbezaan TPB dan TIB kan....
Persamaan: pemilik yang sama dan pengurusan yang sama. Menggunakan silibus yang sama dalam semua subjek seperti BM, English, Matematik, Sains, Jawi dan Pendidikan Islam. Congak juga sama.
Perbezaan: di TPB ada subjek sempoa tapi tiada di TIB, maka diganti dengan Bahasa Arab yang diajar kepada semua K1 dan K2.

Di TIB, pelajar didedahkan dengan multimedia programme dengan penggunaan komputer. Ada program khas yang diajar bagi subjek Sains dan Matematik. Maka saya telah menyediakan 10 buah laptop baru bagi kegunaan anak-anak di TIB ini. Satu pelaburan yang besar juga namun berbaloi bila melihatkan anak-anak ini telah begitu mahir menggunakan laptop tersebut. Mungkin ada yang bertanya, tak rosak ke cikgu?
Alhamdulillah sampai sekarang tiada masalah.
Pada awalnya mereka dibantu oleh cikgu tetapi sekarang mereka sudah boleh berdikari, menggunakan jari menggantikan tetikus dengan mahir sekali, membuka dan menutup laptop dengan cara yang betul, menggunakan program yang disediakan dengan pengawasan yang minimum and for sure, they really love it! Till....time's up!

Tekunnya Ajda Wadihah


Makin seronok dengan animasi yang menarik.

Programme Reading juga menggunakan buku yang sama. Di dahului dengan Bacalah Anakku, ReadEasy. Selepas itu, kalau di TPB menggunakan Bacalah Jawi tapi di TIB menggunakan buku Lughatul Jannah (Bahasa Arab) barulah Bacalah Jawi. Jadi anak-anak di TIB ini sudah boleh membaca dalam Bahasa Arab dan merupakan satu kelebihan bagi mereka. Alhamdulillah.

Sesi bacaan buku cerita

Sudah boleh membaca dengan lancar



Dengan bilangan yang tidak ramai pada tahun ini, para guru dapat lebih banyak memberikan kesempatan kepada anak-anak untuk lebih mempunyai keyakinan diri, memberikan mereka peluang untuk menjadi "cikgu" dan sebenarnya ramai yang berpotensi ke arah itu.....

Membaca carta huruf-huruf jawi



Siapa yang dah baca, dia boleh duduk.




Untuk tahun 2012, ada sebahagian ibubapa yang menukarkan anak dari TPB ke TIB. Itu tak ada masalah. Boleh diurus dan diatur. Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan saya ataupun ke H/P TIB: 017- 7741 400 dan bercakap dengan gurubesar Cik Siti Aminah.
 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.