Friday, September 30, 2011

PENAT TAPI PUASHATI

Alhamdulillah, hanya ucapan itu yang mampu dipanjatkan kepada Allah SWT. Usai sudah majlis PERTANDINGAN MENTAL ARITMETIK pada minggu lepas. Raptai yang dibuat pada hari Sabtu, 24 September dan majlis sebenar pada berikutnya. 



Penat. 
Memanglah penat untuk menyelenggarkan sebuah majlis yang mana anak-anak 5 dan 6 tahun mengambil bahagian. Mereka ini semua perlu dilatih samada dalam pertandingan sempoa, lebih-lebih lagi bahagian persembahan. Mengajar anak-anak 5 tahun menari dengan beberapa step dan pergerakan bukannya satu kerja yang mudah. Mengajar anak-anak 5 tahun berlakon mengikut skrip yang ada bukannya satu perkara yang mudah juga. Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan kreativiti guru-guru TPB dan TIB, semuanya nampak cantik dan semuanya berjalan lancar. 

Puashati.
Memang saya berpuashati dengan majlis pada kali ini. Sambutan dari ibubapa semenjak dari hari raptai sehingga pertandingan sebenar dan sampai ke akhir majlis, semua ibubapa memberikan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi untuk hadir walaupun masih lagi dalam bulan Syawal yang mana masing-masing banyak menerima undangan walimatul urus dan majlis hari raya.
Begitu juga para pengadil jemputan dari kalangan ibubapa yang bersama-sama kami dari mula majlis hingga ke akhirnya.
Persembahan juga pelbagai genre. Macam tak percaya anak-anak 5 tahun dapat 'perform' sebaik itu. Apatah lagi dengan pakaian hari raya yang berbagai warna. Yang lelaki segak dan handsome dengan baju melayu lengkap bersamping dan besongkok. Yang perempuan cantik dan comel dengan baju kurung dan bertudung. Sangatttt comel!!
Pertandingan sempoa juga tidak kurang hebatnya. Tabik saya kepada anak-anak yang dapat menguasai pengiraan sempoa. Dan tabik spring saya kepada anak-anak yang dapat memberikan jawapan walaupun speeding bacaan soalan saya amat laju. Sampaikan saya juga tersasul-sasul beberapa kali  semasa membaca soalan. 
Terima kasih kepada semua yang terbabit samada secara terang-terangan ataupun disebalik tabir. 
Nanti saya akan sertakan gambar-gambar pada hari kejadian. Sekarang ini tak sempat lagi. Masa sangat-sangat mencemburui saya....

Gambar telah saya upload. Sila klik DI SINI
 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.