Thursday, August 4, 2011

DUGAAN BERPUASA

Hari ni dah masuk hari ke 4 umat Islam berpuasa. Anak-anak di tadika yang berpuasa terutamanya sesi petang nampak keletihan. Kering aje bibir, pucat aje muka. Namun begitu ada yang steady sampai ke balik. 
Waktu petang mereka amat seronok. terutamanya bila dibawa ke pasar ramadhan. Mak ayah dan beri green light untuk pilih apa yang dihajati. Maka kiri kananlah penuh ditangan makanan dan minuman. Bila dah sampai waktu berbuka, mereka ini mengambil tugas membaca doa berbuka yang telah diajar olej cikgu-cikgu di tadika.
Beginilah ragamnya. Sama seperti cerita Upin dan Ipin di bawah ini. Selamat menonton!
 

1 comment:

  1. Salam.
    Kanak-kanak jugalah yang paling seronok kalau dah raya nanti kan? Kita yang dah tua ni tumpang seronok jer.

    daripada Zezebel.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.