Tuesday, August 9, 2011

JAGA KESELAMATAN

Semalam saya menghadiri taklimat dari IPD Sri Alam berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah dan keselamatan di tadika dan taska. Lebih dari 100 orang pengusaha tadika dan taska bawah pentadbiran IPD Sri Alam menghadiri taklimat ringkas ini yang dipengerusikan oleh DSP Saifi Abdul Hamid.  

DSP Saifi Abd, Hamid (berbaju seragam)

Sebahagian dari pengusaha tadika dan taska

 Taklimat ini juga adalah rentetan tentang tragedi yang berlaku di Muar baru-baru ini. Kalau ada yang terlepas pandang tentang cerita ini, boleh baca keratan akhbar di bawah. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan saat-saat cemas 30 kanak- kanak dan empat guru yang menjadi tebusan seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan parang di Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong, Muar pada 7 Julai lalu.
Lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai kurang siuman dan seorang penagih dadah itu menceroboh masuk tadika tersebut pukul 9.15 pagi sebelum mengurung semua penghuninya.
Setelah rundingan gagal, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis menyerbu masuk pukul 3.40 petang dan suspek yang ditembak di kepala mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di hospital pukul 9.15 malam hari yang sama.

Terbaru adalah tragedi minggu lepas di Taman Kota Masai di mana seorang ibu meninggalkan anak sebentar di dalam kereta dan kereta itu dilarikan oleh pencuri. Saya tidak tahu sangat tentang cerita ini, jadi tidak bolehlah nak memandai mereka-reka cerita. 

Melihatkan keadaan sekarang, kita jadi tidak selamat. Di mana-manapun jenayah berlaku samada di dalam apatah lagi di luar rumah. Pihak yang sentiasa mencari peluang akan sentiasa mengintai kecuaian dan kelalaian dari kita untuk melakukan perkara-perkara yang kadang-kadang kita rasakan tak sepatutnya berlaku. 
Inilah dunia sekarang di mana terdapat manusia yang tidak takut dengan hukuman buatan manusia. Sekiranya hukum syarak tertegak, insyaallah kejadian seperti ini tidak berlaku kerana hukum syarak itu berbentuk zawajir (pencegah) dan jawabir (penebus dosa). Kalau nak tahu tentang zawajir dan jawabir ni, sila baca buku "HUKUM UQUBAT DALAM ISLAM".
Sebagai ibubapa, pendidikan di rumah juga penting. Berikan kesedaran pada anak bagaimana untuk menjauhkan diri dari orang-orang yang tidak dikenali. Mungkin video ikhidmat masyarakat ini dapat dijadikan panduan. Selamat menonton. 




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.