 |
| 40, Jalan Balau 11, Taman Rinting |
Dalam minggu ni, saya ke setiap cawangan untuk menyelesaikan ambil gambar individu K2 yang tertinggal kerana berbagai-bagai sebab. Selepas menghantar anak-anak ke SKTR (2), saya terus ke cawangan Taman Rinting untuk misi tersebut.
Seperti biasa, hari Isnin diadakan perhimpunan mingguan.
 |
| PA Cikgu Madinah menyampaikan amanat mingguan |
 |
| Senyuman yang menawan kalbu |
 |
| Sessi memeriksa kuku |
 |
| Nurul Hailisya Binti Hairuddin |
Di bawah ini pula adalah praktikal solat yang dijalankan bersama-sama dengan guru. Bacaan dalam solat dibaca bersama-sama disertainya dengan praktiknya sekali agar selari teori dan praktikal.
 |
| Rukuk |
 |
| Sujud |
 |
| Tahiyyat awal |
Insyaallah, mudah-mudahan sehingga habis semester nanti, anak-anak kita dapat solat dengan sendirinya. Dan perlu ada kesinambungan pendidikan di rumah agar anak-anak ini dapat pemahaman sepenuhnya tentang tatacara bersolat.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.