Sepertiga September telah meninggalkan kita. Syawal juga dah kepenghujung tapi sana sini masih ada jemputan rumah terbuka. Sebulan berpuasa dan sebulan juga berpesta makan. Kalau tidak dijemput untuk rumah terbuka, jauh sekali untuk berziarah. Inilah realiti kehidupan di waktu ini. Makin kita dijauhkan dengan kehidupan Islam. Wallahua'alam.
Anak-anak di tadika telah menjalani pembelajaran seperti biasa, Bila telah memasuki semester 2 ini, alhamdulillah, kemajuan anak-anak ini makin terserlah. Apatah lagi anak-anak di kelas Bistari. Bagi September ini, event besar adalah Pertandingan Mental Aritmetik dan Congak yang akan berlangsung pada 23 September (Ahad) nanti di Dewan Raya Masai. Dianggarkan seramai 220 orang murid yang akan turut serta dalam pertandingan tersebut dalam berbagai kategori.
Bagi memeriahkan majlis, tarian juga akan dipersembahkan oleh anak-anak
K1. Maka mereka ini sibuk berlatih langkah-langkah tarian mengikut muzik
yang telah ditetapkan. Mesti comel anak-anak ni yang dah sedia comel.
Rasanya akan bertambah gamat pertandingan tahun ini kerana buat pertama kali akan diadakan pertandingan sempoa untuk ibubapa. Ibubapa yang menang akan bertanding dengan anak-anak yang menang. Jom kita lihat siapa yang lebih hebat. Insyaallah akan ada hadiah yang hebat juga. Jangan menidakkan keupayaan ibubapa-ibubapa ini kerana mereka dahpun diberikan penerangan dan latihan sempoa yang secukupnya pada bulan Januari dan Mei lepas.
Bukan saja kaum ibu, kaum bapa juga apa kurangnya...
Selasa hingga Khamis ini, UPSR akan berlangsung. Bagi semua bekas murid Tadika Pintar Bistari, cikgu mengharapkan kamu semua dapat melakukan yang terbaik dalam UPSR nanti. Termasuk juga anak ke-3 saya Syafina yang menduduki UPSR ni. Dan sewaktu saya posting entri ni, Nana masih sibuk. Bukannya sibuk menelaah di saat akhir tapi sibuk di dapur membuat kek oreo utk cikgu dan kawan2nya esok. Tak apalah, sahur nanti bolehlah ibu makan kek Kak Nana ya. Mungkin ini air tangan terakhir sebelum berangkat belajar ke seberang laut (hee, hee...) Ke Indon saja pada hari Isnin minggu depan, 17 September. Bon voyage!
Nah, inilah hasilnya. Kira okeylah ni. Masa ibu sebaya Kak Nana, tak ada peluang nak buat macam ni. Sibuk tolong nenek mengumpul susu getah. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Semoga semua murid 6 Perdana dapat 5A |
Insyaallah, usaha tangga kejayaan |
Pada Khamis, 13 September nanti, anak-anak K2 juga akan ambil ujian 4. Soalannya dah siap. Senang aje. Ibu-ibu, bapa-bapa, dont worry, be happy .
Tengok kat luar ajelah ya! |
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.