Salam Aidil Fitri dari saya dan keluarga seandainya belum terlewat lagi.
Bahang berhariraya masih lagi dirasai, apatah lagi oleh anak-anak. Biasalah kalau di Pasir Gudang ini, ziarah hari raya masih lagi rancak dan biasanya terbabas sehingga akhir Syawal. Awal Syawal kebanyakannya berhariraya di kampung dan bila balik ke Pasir Gudang semula, barulah sempat menziarah. Itupun hanya berkesempatan pada hujung minggu sahaja.
Nana dan Caca bergambar kenangan di pagi raya. |
Sebahagian dari adik-adik saya bersama ayah dan mak |
Kemeriahan hari raya tidak habis di sini. Pada Rabu lepas, semua cawangan membuat jamuan raya serentak selepas waktu rehat. Pakaian anak-anak ini berwarna-warni, penuh keceriaan. Seronok sekali sekala belajar di kelas tanpa uniform tadika. Pelbagai juadah juga disumbangkan oleh ibubapa. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.
Selepas menyelesaikan halaqah saya pagi itu, saya hanya berkesempatan untuk ziarah ke Tadika Inovasi Bestari di Taman Bukit Dahlia dan Taman Mawar 1. Yang lain-lain, Cikgu Suhaila dan Cikgu Norifah main peranan. Sewaktu di TIB, sempat jugalah beberapa gambar saya ambil. Comel-comelnya anak-anak ini.
Bersama GB, Cik Siti Aminah |
Bersama Cikgu Juliana yang menunggu hari. Semoga selamat melahirkan. |
Pn. Suhaila tidak melepaskan peluang |
Seperti biasa, pasangan berbaju sedondong
Untuk sesi petang, mereka belajar dulu, baru berjamuan.
Berikut ini gambar-gambar kenangan di Taman Mawar 1. Lihat apa yang dah berlaku? Kelas solek menyolek?
Inilah hasilnya.. Anak sapelah yang comel lote ni....
Pada masa yang sama, lihatlah aksi anak-anak di depan kamera ini. Cute semuanya dengan baju raya.
Inilah hasilnya.. Anak sapelah yang comel lote ni....
Pada masa yang sama, lihatlah aksi anak-anak di depan kamera ini. Cute semuanya dengan baju raya.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.