Tuesday, November 13, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012


Ahad, 11 November 2012 jam 1.30 petang, usai sudah Hari Anugerah Cemerlang kami yang ke 14. Tahun ini kami berarah angin dengan menukar lokasi program iaitu di UniKL, Seri Alam. Agak jauh bagi yang tinggal di Pasir Gudang tapi bagi yang tinggal di Taman Rinting dan Taman Seri Alam, mungkin satu bonus bagi mereka. Tempat baru, ada juga yang tersasar dari tujuan walaupun telah diberikan peta lokasi dalam surat jemputan. Saya dan Cikgu Tamizi sendiri telah meletakkan tanda arah, tapi disebabkan hujan lebat pada petang Sabtu tersebut, ada yang telah tertanggal. Dan yang lebih menyedihkan tanda arah kami telah ditutup dengan tanda arah majlis perkahwinan entah siapa-siapa. Berkata dalam hati, macam dah tak ada tempat lain. Kat bawah ada space, kat atas ada space, kat tiang lain pun masih ada lagi, atas tanda arah kami juga ditampalnya. Redhakan aje!!

Di atas ini adalah backdrop kami pada tahun ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana kami menyiapkan backdrop dengan menggunakan kertas lukisan yang dilukis oleh guru-guru dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Ini adalah disebabkan kami tidak dibenarkan menampal backdrop pada dinding. So gunakan laptop dan shoot pada screen. Oleh kerana cahaya dalam dewan agak terang, jadi backdrop ini tidak jelas kelihatan dan nampak hambar sekali. Nak buat macamana kan?



Backdrop HAC 2011 di Stadium Pasir Gudang
Beginilah keadaan dewan pada hari kejadian. Ayah ibu, datuk nenek, adik, kakak dan abang datang memberikan sokongan. Alhamdulillah, 1000 kerusi yang diperuntukkan masih tidak mencukupi. Ditambah dengan kerusi di bahagian belakang dewan. Dan ada yang teruja berterusan, berdiri sampai ke akhir majlis. 





Sudut yang berlainan, para guru sibuk menyediakan murid untuk acara persembahan masing-masing. Sempat  lagi berposing ya!!!








Sudah siap didandan


Penerima anugerah pelajar cemerlang menunggu giliran dipanggil. Sabar ya sayang!!




Inilah piala-piala yang akan diberikan kepada anak-anak ini di atas segala kesungguhan mereka belajar di MyBistari. Di antara 210 keping ini, 1 pasti akan menjadi milikmu!



Julung-julung kalinya Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan K2 diberikan. Tahniah!!
 
Milik Rabiatul Maisarah Binti Abd.Rahman dari Cawangan Taman Scientex 2. Tahniah juga kepada ibunya.

Beg Pak Habib kat belakang tu milik Guru Cemerlang 2012, Pn. Asmira dari Cwangan Taman Mawar

Dan buat para tetamu, hadiah cabutan bertuah diberikan. Terima kasih kepada semua penyumbang samada dalam bentuk hamper atau wang.



Beginilah catatan peristiwa di penghujung tahun 2012. Sebagai pengakhir bicara, terimalah pantun penutup HAC 2012.


Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andaikata ada tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.



Diatas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi,

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa bersua lagi.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.