Sedar tak sedar, dah seminggu kita berada di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang diberikan pahala berlipat kali ganda sekiranya kita melakukan kebaikan dan ibadah yang dituntut. Cuma bergantung kepada kita sahaja samada mahu mengaut keuntungan bulan ramadhan yang datangnya sebulan dalam setahun atau sebaliknya. Tepuk dada tanya selera!
Saya taklah mahu bercerita tentang Ramadhan sebab terlalu banyak info tentang keberkatan bulan ini di dunia maya. Biarkan jari-jari yang mencarinya.
Receipt please! Apa pulak ceritanya ya. Biasanya kalau kita membeli belah, akan diberikan resit. Bergantung kepada kita samada nak menerimanya atau tidak. Sama jugalah sekiranya kita membuat sebarang pembayaran. Dan resit ini juga merupakan bukti beli barang @ buat bayaran. Tanpa resit, kita tidak dapat membuat pertukaran sekiranya barang yang dibeli rosak @ tidak boleh digunakan @ tidak padan/muat (melainkan kes pertukaran pakaian dalam). Dan resit ini jugalah yang akan digunakan untuk claim income tax bagi sesiapa yang berkenaan. Begitulah besarnya peranan resit dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.
Samalah juga dengan Pintar Bistari. Setiap pembayaran yuran bulanan yang diterima akan diberikan resit tanda pihak kami telah menerima bayaran. Setiap bulan selepas 7hb, sekiranya ada tunggakan yuran, GB akan memberi surat peringatan kepada ibubapa berkenaan tunggakan tersebut, Terkadang surat peringatan ini tiada tindakbalas dari ibubapa (samada terlepas pandang @ tak diendahkan). Jadi GB akan susulkan dengan panggilan telefon. Apa yang terjadi?
"Cikgu, saya dah bayar".
"Kalau dah bayar, bila tu? Ada resit tak" Tanya GB balik
"Tadika tak beri resit". Munsykil dan pening kepala GB saya bila mendapat jawapan sebegini.
Biasanya alasan ini yang diberikan.
~ saya dah masukkan dalam beg anak
~ saya dah kirimkan melalui driver van
~ saya dah berikan pada babysitter / taska
Procedure tadika:
Setiap 25hb, envelope yuran akan diberikan bersama-sama dengan surat makluman. The next day, guru kelas akan menanyakan berkenaan sampul ini pada anak-anak. Mana-mana yang bawa, akan serahkan pada guru kelas dan seterusnya GB akan kumpulkan dan menyediakan resit. Biasanya itulah yang dilakukan oleh pihak kami sehingga 7hb.
Dengan SPS, kerja menjadi lebih mudah dan resit dapat dikeluarkan dengan cepat. Kebiasaannya pada hari yang sama, resit ini akan diberikan kepada anak berkenaan untuk diserahkan kepada ibubapa mereka. Sebab itu dalam makluman PERATURAN TADIKA DAN DASAR KUTIPAN YURAN (warna pink: TPB/ warna biru: TIB) yang diberikan pada awal tahun, perkara ini teah di "highlight' sejak awal lagi agar tiada ditidaksalahfahaman antara pihak tadika dan ibubapa.
Saban tahun, ada saja kes dimana pihak tadika tidak mendapat bayaran tetapi ibubapa claim yang mereka dah bayar tapi tiada resit. Sebab itu kami sarankan ibubapa menyemak balik resit bayaran setelah envelope diberikan kepada anak. Kalau tak ada, minta dengan GB, Receipt please!
Kalau dalam keadaan sebegini, kami dalam keadaan serbasalah. Siapa yang benar? Ibubapa kata mereka yang benar. Dah buat bayaran. Kami akan kata, kami yang benar sebab kalau kami dah terima bayaran, mesti kami dah isukan resit. GB terhimpit dengan permasalahan ini...
Kes terbaru:
Ibubapa serahkan sampul pada guru taska. Dikatakan guru taska menyerahkan kepada driver van. Driver kata dah serahkan pada guru yang bertugas, Sebaliknya guru kelas tidak menerima envelope tersebut dan tiada serahan diberikan kepada GB, dan tiada resit dikeluarkan. Kalau kes macam ni, macamana nak buat ya? Terdapat beberapa kemungkinan, Antaranya wang hilang dalam perjalanan, ada yang tidak jujur dan mungkin juga ada yang tersalah letak.Complicated. Wallahu a'lam.
Kes sebelumnya:
Ibubapa menyerahkan kepada anak yang besar untuk diserahkan kepada guru bertugas. Guru bertugas kata tidak menerima dan GB tidak isukan resit. Bayaran untuk 2 bulan lagi. Banyak tu. Macamana nak buat?
Saranan kami sekali lagi.
Sekiranya ibubapa memang tidak berkesempatan untuk datang sendiri, atau takut duit hilang,
1) gunakan aje khidmat perbankan. Terus masuk akaun. Maklumkan ke email saya.
2) gunakan cek (sekiranya ada)
Harap-harap tiada lagi kes-kes sebegini untuk masa akan datang. Minta kerjasama dari semua ibubapa. Kadangkala kita tidak menjangka perkara ini akan berlaku. Oleh itu berhati-hatilah sebab perkara yang membabitkan wang ini amat sensitif apatah lagi dah dekat dengan hari raya ini.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.