Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Usai sudah pertandingan ujiminda, bercerita dan lego untuk tahun 2012 ini. Dan pertandingan ini membuka tirai bagi aktiviti pertandingan untuk semester kedua. Kehadiran ibubapa juga menggalakkan. Seawal 7.30 pagi dah ada yang datang dan mereka tetap menunggu hingga ke akhir majlis. Saya teruja bila melihat ibubapa yang bersemangat untuk memberi perangsang dan motivasi kepada anak-anak yang mengambil bahagian. Alhamdulillah
Seperti tahun-tahun lepas, untuk ujiminda 4 kategori dipertandingkan iaitu B.Malaysia, English & Mathematics, Science dan Pendidikan Islam / Jawi. Macam-macam gelagat yang dapat dilihat pada anak-anak ini. Berebut-rebut nak menekan buzzer untuk menjawab soalan. Bila dapat peluang menjawab, lupa pulak soalan...!!
Dalam masa yang sama dengan pertandingan ujiminda, pertandingan lego juga dijalankan. Pertandingan lego hanya untuk anak-anak K1 sahaja dan tahun ini 50 orang yang mengambil bahagian dan pertandingan dibahagikan kepada 2 bahagian. Macam-macam yang dibuat oleh anak-anak ini.
|
Setengah jam masa yang diperuntukkan agak lama bagi mereka. |
|
Buat robot |
|
Dah siap buat keretapi. Panjang tu! |
Yang menariknya, pertandingan bercerita tahun ini mendapat banyak sambutan. Seramai 16 penyertaan yang kami dapat dan semuanya hebat-hebat belaka. Sebab apa saya katakan mereka ini hebat, dalam masa kurang 2 minggu, anak-anak cilik ini dapat menghafal cerita-cerita. Apatah lagi cerita yang panjang-panjang tu seperti cerita Cinderella. Bukan sekadar tu, siap dengan aksi, intonasi dan props sekali. Tahniah kepada ibubapa yang turut sama bekerja keras dan memberi semangat kepada anak-anak ini.
|
Semua pererta pertandingan bercerita yang mengambil bahagian |
Sambil menunggu peringkat akhir, ibubapa dihiburkan dengan nasyid dari anak-anak K1 Taman Mawar dengan tajuk nasyid Ummiku Sayang bimbingan Cikgu Aini dan Cikgu Hanun Arina.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi semua peserta pertandingan. Tiada yang pulang dengan tangan kosong.
|
Peserta pertandingan bercerita |
|
Tahniah kepada johan, naib johan dan ketiga pertandingan bercerita |
|
Kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil, petah sekali! |
|
Tahniah kepada johan, naib johan dan ketiga keseluruhan pertandingan ujiminda |
|
Peserta pertandingan lego |
|
Tahniah kepada johan, naib johan dan ketiga pertandingan lego |
Terimakasih kepada semua yang terlibat dalam program ini.
|
Para pengadil yang terdiri dari ibu-ibu yang sanggup meluangkan masa untuk majlis ini. |
|
Pengerusi majlis Cikgu Qaidah dan Cikgu Rahayu |
|
Pembaca soalan Cikgu Azlia |
|
Pengarah program Cikgu Hasiah |
|
Pengerusi TPB Cikgu Tamizi |
|
Dan semua yang tersayang. |
Layang-layang terbang melayang,
Terbang melayang di tepi perigi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita bersua lagi.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.