Tuesday, June 21, 2011

HARI TERBUKA

Ada sekolah yang menyebutnya Hari Bertemu Pelanggan, ada yang menyebutnya Hari Ibu-bapa dan macam-macam lagi sebutannya. Saya lebih senang menyebutnya dengan Hari Terbuka kerana hari inilah ibubapa datang bertemu guru, bertanya keadaan anak di tadika dan juga datang mengambil kad laporan peperiksaan semester 1 serta melihat pretasi mereka bukan saya dalam segi peperiksaan semata-mata tetapi juga dalam segi yang lain termasuk syahsiah, tingkahlaku dan perkembangan yang lain setelah 5 bulan dididik di TPB dan TIB.
Seperi biasa, ada yang ibubapa yang seronok jumpa cikgu dan ada juga yang sebaliknya. Apapun kami menerima dengan seadanya. Kekurangan dan kelemahan akan tetap di atasi, selagi ada kemampuan dan insyaallah dengan sedikit pengalaman yang ada, para guru akan bertungkus lumus berusaha untuk menjadikan anak didik pandai dan boleh berdikari.

Destinasi pertama saya pada 3 Jun 2011 (Khamis). Cawangan Taman Scientex 1
Berwarna-warni papan kenyataan yang memaparkan keputusan penuh semua murid


Bapa sebagai wakil

Satu persatu perkara yang dibincangkan mengenai prstasi anak

Adik, kakak, mak, ayah semuanya datang memberikan sokongan
 Destinasi kedua, Taman Scientex 2.




Papan kenyataan TS2, tak kurang serinya
Destinasi seterusnya, Taman Kota Masai 2. 

Masih banyak yang perlu diperbaiki.
 
Anyway, guru-guru superb!


 Destinasi seterusnya, Taman Kota Masai 1
 

Terbaik!

Kreatif sekali!
 Sempat saya balik sebentar ke Taman Mawar melihat ibubapa yang datang.


Destinasi seterusnya, Tadika Inovasi Bestari, Taman Bukit Dahlia. Dah awal petang, ibubapa dah ramai yang datang. Lagipun hanya ada 34 orang pelajar. Buat sehari sahaja Hari Terbuka dengan mengabungkan K1 dan K2.
Terserlah serinya!
 Destinasi terakhir Hari Terbuka yang pertama. Taman Rinting.

Selepas kakak, adik pula bersekolah di TPB

Menunjukkan prestasi yang baik walaupun baru 5 bulan di K2 TPB


Si ibu adalah kohai (junior) saya di Jepun. Tak sangka jumpa hari ini.
Terima kasih kepada semua ibubapa yang datang memeriahkan Hari Terbuka TPB. Terima kasih kerana memberikan komitmen dan terima kasih kerana memberi peluang kepada kami mendidik anak-anak.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.