Monday, December 17, 2018

MULANYA DI SINI


Bismillahirrahmanirrahim.

Murid pra TPB Tmn Kota Masai dengan hasil kraftangan pertama mereka.

Sedar tak sedar, kita sudah pun masuk ke minggu terakhir pra tadika 2019. Majoriti maklum balas yang kami terima dari pihak guru dan ibu bapa amat memberangsangkan. Kami di pihak pengurusan hanya berpeluang untuk bersama dengan anak-anak pra ini sekali sahaja ketika hari pertama pra. Itu pun kami sudah nampak betapa matangnya anak-anak zaman sekarang ini. Sudah tidak ramai yang menangis dan mengejar ibu bapa hingga ke pagar luar. Murid-murid yang memerlukan cikgu untuk memegang tangan ketika mewarna dan mengikut garis titik juga boleh di hitung dengan jari. Alhamdulillah, semoga proses mengenal dunia pembelajaran dipermudahkan untuk mereka.

Saya ditugaskan untuk merakam suasana di Tadika Intelek Minda Bestari turut rasa teruja dengan hari pertama pra. Walaupun mungkin jumlah murid pra di tadika ini tidak seramai di tadika-tadika kami yang lain, tetapi suasana tetap juga meriah. Lucu pula rasanya bila lebih ramai adik-adik yang menangis kerana tidak mahu meninggalkan abang dan kakak yang sudah duduk di dalam kelas mereka.

Aktiviti hari pertama seperti biasa kami kenalkan suasana persekitaran tadika kepada mereka. Mereka akan diajar tatacara ke bilik air dan juga mencuci tangan untuk sebelum dan selepas rehat.  

Kebanyakan dari mereka selepas sahaja dari lepas rehat, sudah mula berani beramah mesra dan bergurau dengan cikgu-cikgu dan rakan sekelas. Hinggakan ada seorang dari mereka menarik lengan jubah saya untuk berbual,

“Cikgu, budak perempuan duduk belakang saya ni cantik kan?” sempat dia tersipu malu sebelum kembali berdiri di belakang kerusinya untuk sambung ikut cikgu baca doa selepas makan.

Wahhh.. terkedu sekejap saya mendengar bisikannya. Baru hari pertama sudah nampak jodoh ke?

Ada juga  yang menyanyi senang hati ketika sesi P&P dijalankan. Saya yang berada di dalam bilik Guru Besar ketika itu tercari-cari empunya suara, hinggalah Puan Haliyati menunjukkan murid di kelasnya yang sedang asyik mewarna sambil menyanyi.

Seperti biasa waktu balik kami awalkan sedikit dari waktu yang kami tetapkan untuk membiasakan anak-anak ini dengan urusan balik.  Seperti yang dijangka, apabila pintu pagar dibuka, mereka mula menyerbu ibu bapa masing-masing yang setia menanti di hadapan pintu pagar. Ada juga ibu bapa yang bersembunyi di tepi pagar, tidak mahu anak-anak nampak kerana hendak tengok anak naik van.

Alhamdulillah hari pertama pra tadika berjalan dengan lancar di setiap tadika MyBistari Group. Di hari Jumaat yang lepas, sempat juga saya berjumpa dengan beberapa cikgu lama dan juga baru bertanyakan tentang pra tadika 2019, rata-rata mereka memberikan maklum balas yang positif.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar dan video suasana hari pertama pra tadika 2019.

Video Pra Tadika 2019

Sedapnya bekal kami!! (TS2)

Awak bawa bekal apa tu? Kenapa tak nak makan, nak tengok kawan makan eh.. (TS2)

Cikgu janganlah ambil gambar saya tengah makan.. saya malu. (TS2)

Tengok ni cikgu, saya dah pandai pakai stoking sendiri (TS1) 
Jom kita nyanyi!! (TS1)



Susun bekal di belakang kelas elok-elok.. (TS1)

Hmmmm.. ok..ok.. hari ini ada 2 orang yang naik dengan ibu bapa ye.. (TS1)

Awak dah ambil kasut belum? (TNPB)

Beratur sebelum baca doa naik kenderaan dan doa ibubapa (TNPB) 
Ok, masuk dalam lagi, ada kawan lagi nak masuk ni (TNPB)



Huh.. berdebar pula rasanya nak naik van tadika (TNPB)

Tingkap buka besar ni aje ye.. bahaya buka besar-besar (TNPB)

Bye cikgu, Insyaallah kita jumpa esok (TNPB)

Alamak, awak punya topeng ni macam susah nak lubangkan matanya (TMPB)

Setia menanti ibu datang, topeng tak nak tanggalkan (TMPB)

Lena di pangkuan cikgu (TMPB)

Kasut kena buka dan susun di rak kasut (TMPB)

Comel tak kami? (TM)

Oh.. ok, kelasnya bahagian bawah yang bangunan kedua ya? (TM)

Pegang sisi tangga baik-baik, taknak berlari ye.. (TM)

Lepas ni kita lubangkan bahagian mata.. (TM)

Ada ni.. ibu tunggu kat tepi ni.. (TKM)

Nak pakai kasut kena buka bahagian ni dulu.. (TKM)

Mana nama anak saya ya? (TKM)

Aduh.. hati-hati taknak terkoyak (TKM)

Cikgu mulakan dulu ya (TKM)

Cuba teka siapa saya? (TIPB)

Kena kopek topeng ni perlahan-lahan.. (TIPB)

Susun kasut ni elok-elok (TIPB)

Ni lah bekal awak.. macam mana boleh tak jumpa cari..? (TIB)

Jemput makan semua (TIB)

Perbincangan akhir sebelum pra tadika 2019 bermula (TIMB)

Ok.. beratur semua untuk cuci tangan (TIMB)

Senyum.. mama nak up kan kat facebook, first day tadika.. (TIMB)

Tunggu sini, ummi nak pergi pantau cawangan lain tau (TIMB) 
Kita dah nak balik ni, jumpa esok tau! (TIMB)



Cantik tak saya warnakan kipas ni ibu? (TIMB)
Minggu ini adalah minggu terakhir pra tadika dijalankan. Semoga ilmu yang kita sama-sama perolehi sepanjang pra ini akan dapat membantu anak-anak murid dan juga para guru kami menghadapi sesi 2019 yang akan bermula pada 27hb Disember 2018 (Khamis) nanti.

~Cikgu Norifah~



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.