Saturday, December 15, 2012

PRATADIKA 2013 @ TKM1

Bermula 3 Disember, seperti tahun-tahun sebelumnya, Pratadika dijalankan di kesemua cawangan. Bukan anak-anak yang nak bersekolah saja yang excited, saya juga begitu. Awal-awal lagi baby Al-Fatih disiapkan untuk dibawa bersama (mudah-mudahan dia tak meragam), lokasi pertama kami  adalah ke Taman Kota Masai (1). Jom kita lihat apa yang berlaku di sana.   

Kelas bermula jam 9.00 pagi tapi sewaktu kami sampai, masih ada ibubapa yang baru menghantar anak. Dalam keceriaan, disambut guru bertugas.


 
 Di kelas, sudah ada yang menunggu untuk mula berinteraksi dengan guru kelas. Hari pertama di tadika. Seronoknya. Yang tak seronoknya adalah ibubapa, tentunya bimbang anak-anak mereka menangis. 

Cool aje. Masih belum kenal mengenal

Mama, pergilah balik. Adik nak belajar ni...


Saya Akif, nama awak siapa? Mungkin itu yang dibualkan.

Bye-bye sayang, mama balik dulu. Adik jangan nangis ya!
 Pun begitu, ada yang punya adegan yang tersendiri. Namun ini adalah fenomena biasa. 

Makin dipujuk makin melarat...

Meratap hiba...

Menangis tak berair mata

Sayang cikgu....

Jangan ambil gambar...malu...


Sayang-sayang ayah...nanti beli cokelat deh...
Menangis ada yang memujuk, berbaloi juga tu...



Yang ceria apa kurangnya....


Sesi bermula...sebagai pembuka tirai hari pertama

Menyanyi

Menyanyi
Dan belajar mendengar arahan
Beginilah situasi hari pertama pratadika di TKM1. Alhamdulillah, semuanya under control. Syabas guru-guru.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.