Sunday, December 9, 2012

JAWAPAN KEPADA SOALAN ITU.

Dalam entri saya di sini, Cikgu Musi bertanya, kenapa Cikgu Tamizi hantar nak belajar di sekolah ini? Nun jauh di seberang.

SMAIT (Sekolah Menengah Atas Islam Terpadu) Insantama
Bukan Cikgu Musi yang bertanya hal sedemikian, malah ramai lagi. Memang tidak dinafikan sekolah-sekolah di Malaysia ni bagus-bagus belaka. Dalam hal akademik telah terbukti mampu mengeluarkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Bagaimana pula syaksiyah? Itu yang biasanya menjadi kebimbangan kebanyakan ibubapa apatah lagi bila melihatkan kepada kepelbagaian masalah sosial remaja masakini. Maka ramai yang mencari alternatif dengan menghantar ke sekolah-sekolah agama dan tahfiz sebagai jalan penyelesaiannya. 
Setiap ibubapa sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Berjaya dunia dan akhirat. Kami juga begitu. Survey punya survey, kami merasakan sekolah ini terbaik untuk anak-anak kami. Dengan motto SEKOLAH CALON PEMIMPIN, mudah-mudahan anak-anak yang dicetak di sekolah ini mampu menjadi pemimpin diri sendiri, masyarakat dan Daulah Islam. 
25 November hingga 1 Disember lepas, seramai 45 orang dari SMAIT Insantama ini datang ke Malaysia dalam program mereka dipanggil LKMA (Latihan Kepemimpinan dan Managemen tingkat Akhir). Subhanallah, melihatkan kepada program yang dijalankan ternyata anak-anak di sini boleh berdikari, amat terserlah dan berkepimpinan. Silalah baca blog mereka di sini. http://lkmagotomalaysia2012.blogspot.com/
Dapatlah gambaran sebenarnya kenapa sekolah ini menjadi pilihan kami.

Sebulan di Insantama, Nana minta pulang ke Malaysia. Tak nak bersekolah lagi di Insantama. Rupanya homesick. Apalagi, terbanglah cepat-cepat abahnya ke sana memberikan semangat. Alhamdulillah, dia dah semakin ok. Dan email terbaru yang diterima.

Terima kasih sebab masukkan akak kat sini. Akak lebih faham apa makna ISLAM yang sebenarnya.

Alhamdulillah, kami menarik nafas lega....
 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.