Monday, March 5, 2012

BEKERJA DARI ISTANBUL

Salam 2 benua dari Istanbul kerana di sinilah terdapat 2 benua iaitu Benua Eropah dan Benua Asia. Cuma Selat Bosphorus aje yang memisahkan 2 benua ini.
Sebelah kiri adalah Benua Eropah dan sebelah kanan adalah Benua Asia

Masjid Biru, Aya Sophia dan Topkapi Palace dari kapal cruise yang kami naiki pagi tadi
 Waktu tempatan di Istanbul menunjukkan jam 10.50 malam dan di Malaysia jam 4.50 pagi, sudahpun hari Isnin.
Esok hari terakhir kami di bumi Turki setelah lawatan 10H/8M di bumi keruntuhan Daulah Islamiyyah yang terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, iaitu 88 tahun yang lalu oleh Mustafa Kamal Atarturk, yang dikatakan sebagai Bapa Pemodenan Turki walhal beliaulah yang bertanggungjawab menukarkan Turki dari sebuah negara Islam kepada negara sekular.  

Di sinilah persemadian terakhir Mustafa Kamal yang dikatakan tidak diterima oleh bumi. (Ankara, Turkey)
Walaupun dari kejauhan, saya masih dapat memantau keadaaan di tadika kerana dengan adanya jaringan wifi di hotel-hotel penginapan, ianya tiadalah menjadi penghalang untuk bekerja dari jauh. Rasanya tiada masalah besar yang berlaku kerana staff-staff yang ada, insyaallah dapat menangani permasalahan semasa walaupun ketiadaan saya dan Cikgu Tamizi.
Cuma beberapa perkara yang perlu saya highlightkan kepada semua ibubapa yang membaca Mybistari. Antaranya,

1) PENDAFTARAN ONLINE 2013.
Dengan SPS yang telah dilaksanakan, memudahkan ibubapa membuat pendaftaran tanpa perlu datang ke tadika dan hingga saat ini telah ada 72 pendaftaran baru di semua cawangan di mana 30 pendaftaran datangnya dari cawangan TKM(1) seramai 30 orang dan TS(1) seramai 17 orang. Angka yang amat memberangsangka kerana kalau dilihat secara mata kasar, masih terlalu awal. Alhamdulillah dan terima kasih di atas kepercayaan ibubapa kepada kami di Mybistari.
Ibubapa yang mendaftar awal mungkin disebabkan oleh 2 perkara iaitu 1) untuk mendapatkan sesi pagi dan 2) untuk memang bolehkan terpilih untuk kelas pra-tadika. Jadi, bagi ibubapa yang mempunyai 2 alasan yang saya nyatakan di atas tadi, CEPAT-CEPATLAH MENDAFTAR kerana kami mempunyai kuota-kuota tertentu untuk semua cawangan. Sila rujuk surat makluman Mac 2012.
Cuma yang membimbangkan saya bagi pendaftaran online, ada ibubapa yang telah mendaftar tetapi masih lagi pending pembayaran deposit. Yang ini tidaklah dapat pihak kami daftarkan kerana selagi deposit tidak dibayar, pendaftaran tidak dapat disahkan, Bagi pembayaran deposit, ibubapa bolehlah samada datang sendiri ke cawangan yang dipilih ataupun bankin aje deposit ke akaun TPB/TIB dan emailkan salinan slip pembayaran kepada saya. Dan ibubapa akan dimaklumkan tentang pengesahan pendaftaran ini.

2) BANTUAN NKRA 2012
Kami dalam usaha mengumpulkan dan key-in data pemohon, Harap-harap dapat disiapkan sebelum 7hb kerana terdapat perubahan tarikh oleh JPNJ. Mudah-mudahan, tahun ini anak-anak Mybistari akan mendapat banyak bantuan tetapi terserahlah kepada pembuat keputusannya nanti yang semestinya bukan kami.

Rasanya ini saja. Semoga perjalanan balik kami esok berjalan dengan lancar dan insyaallah kami akan sampai ke KLIA Selasa 6hb. Doakan semoga semuanya selamat. Wassalam.

Dan selamat tinggal kesejukan...


 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.