Friday, February 25, 2011

PENDAFTARAN DARJAH 1 SEKOLAH RENDAH (UPDATED)

Saya menerima surat makluman dari SKTR (2) tentang PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 DAN 2013.
  1. Permohonan boleh di buat bagi kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2006 hingga 1.1.2007 untuk tahun persekolahan 2013
  2. Permohonan boleh di buat bagi kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2005 hingga 1.1.200 untuk tahun persekolahan 2012
Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak tahun kelahiran di atas, bolehlah ke sekolah bagi mendaftarkan anak masing-masing kerana pendaftaran dibuat sepanjang bulan Mac ini. Walaupun makluman ini untuk SKTR (2) tapi saya rasa ianya berlaku juga untuk semua sekolah-sekolah sekitar Pasir Gudang ini. Jadi adalah lebih baik sekiranya tuan/puan dapat menelefon pihak sekolah dan dapatkan pengesahan tentang perkara ini. Di bawah ini adalah nombor-nombor telefon yang ada dalam simpanan saya sebagai rujukan.(sekiranya tiada perubahan)
  • SK CAHAYA BARU (07-2611109)
  • SK MEGAH RIA (07-3862700)
  • SK PASIR GUDANG 2 (07-2514410)
  • SK PASIR GUDANG 3 (07-2515315)
  • SK PASIR GUDANG 4 (07-2532889)
  • SK TAMAN RINTING 2 (07-3862059)
  • SK KOPOK (07-2611700)
  • SK TAMAN KOTA MASAI 2 (07-2521445)
Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada semua.

2 comments:

  1. assalamualaikum puan..
    minta betulkan no telefon SK Pasir Gudang 2:
    07-2514410

    terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  2. W'salam
    Terima kasih cikgu di atas info ini. Telahpun saya betulkan.
    Kalau ada yang nak masukkan no telefon sekolah lain yang berdekatan, sila bagitau ya. Nanti saya akan buat tampalannya di sini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.