Monday, February 21, 2011

KEPUTUSAN UJIAN 1

Keputusan ujian 1 telahpun diuploadkan di laman web tadika siang tadi. Terdapat ramai juga ibubapa yang meneliti keputusan anak masing-masing. Saya juga baru sempat menyemaknya. Terdapat masalah pada keputusan ujian bagi Cawangan Taman Scientex 2, di mana file yang diuploadkan adalah keputusan ujian 2010 (bukannya 2011). Mungkin banyak sangat nama file, jadi dah tersalah pilih. Lagipun mungkin Pn. Shawariah dah 'fenin lalat', yelah sementelah berbadan dua ni. Insyaallah, pagi esok akan diuploadkan file yang betul. Minta maaflah pada ibubapa dari Taman Scientex 2 ya, kesilapan yang tidak disengajakan.
Alhamdulillah, rata-rata keputusan anak-anak berada di dalam ketetapan. Kebiasaannya ujian 1 kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan ujian-ujian seterusnya. Mungkin kerana ini ujian pertama bagi mereka. Saya pun masih belum menerima laporan dari GB, jadi tak berani komen. Namun anak-anak yang di dalam "perhatian" kami, seawalnya telah kami kenalpasti permasalahan dan sekarang dalam proses pemulihan.
Mudah-mudahan mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam keputusan akan datang, Insyaallah.
 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.