Sunday, June 23, 2019

SATU.. DUA.. SENYUM!!


Bismillahirrahmanirrahim.



Permulaan semester 2 yang agak sibuk bagi kami. Aktiviti yang tersedia menanti murid-murid dan para guru tak putus-putus.  Baru sahaja naik cuti berhari raya dan juga sambutan hari raya, murid-murid kembali sibuk dengan aktiviti renang di tadika masing-masing, aktiviti yang sememangnya dinanti-nantikan mereka. Dalam masa yang sama, sesi fotografi juga diadakan mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

Memandangkan sesi fotografi untuk semester 2 ini akan mengambil masa yang agak panjang berbanding dengan semester 1, kerana murid-murid 6 tahun akan dipakaikan dengan jubah dan topi graduasi, kami peruntukkan sehari satu cawangan. Minggu yang pertama adalah giliran TPB Taman Kota Masai, Tadika Nur Pintar Bestari, Tadika Inovasi Bestari, dan TPB Taman Mawar.

“Cikgu, lepas ni kita orang pula ya yang pakai baju biru besar  tu?” soal seorang murid di TPB Kota Masai apabila melihat abang-abang dan kakak-kakak 6 tahun mereka beratur untuk dipakaikan jubah.

Bila disuruh berposing semasa tunggu cikgu siapkan murid yang lain. (TKM)


Bermacam ragam di dalam satu gambar. (TKM)

Tegakkan badan, jangan takut, cikgu nak ambil gambar aje.. (TKM)

Cikgu sikat rambut awak kejap, kasi lebih handsome. (TKM)


Adui.. mana yang lain ni.. dah lapan belas jam tunggu ni.. (TNPB)

Segaknya mereka.. (TNPB)

Ok.. ready senyum semua.. (TNPB)


Sedia semua, sedia.. pandang depan dan senyum.. (TNPB)


“Tahun depan, Insyaallah nanti turn awak pula ya,” jawab saya ketika membetulkan tali leher di uniformnya.

“Ala..” jawabnya pendek.

Memang kelakar melihatkan gelagat anak-anak murid apabila dipakaikan jubah tersebut, hilang sedikit rasa penat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ini.

“Awak tengok ni.. macam hantu cina..!!” murid di TPB Taman Mawar pula yang bergurau dengan rakannya apabila siap dipakaikan jubah dan topi graduasi, melakonkan aksi melompat-lompat dengan tangan tegak ke hadapan, sayangnya tak sempat kami rakam kerana guru-guru dan saya sedang sibuk menyiapkan murid-murid yang lain.

Tak kurang juga yang kelihatan cemas dan gementar untuk bergambar. Lebih-lebih lagi bila diminta untuk senyum, kawan-kawan sekelas yang sedang menanti giliran sempat menyakat dan turut tersenyum-senyum melihat aksi di hadapan kamera.

“Haa.. senyum macam tu yang cikgu nak, kan cikgu?” terkejut saya apabila ada suara yang memberi komen. Rupanya mereka yang sedang beratur di tepi saya turut melihat di skrin kamera. Bermacam lagi ragam dan perbualan mereka yang mencuit hati. 


Reben cantik ni hadap ke kamera.. (TIB)

Mari sini cikgu pakaikan topi. (TIB)

Kenapa senget anak tudung ni? (TIB)


Haaaaa.. kan dah cantik! (TIB)


Bila cikgu sebut "tiga.." sempat lagi dia buat peace. (TIB)

Alamak awak.. cikgu dah nak snap gambar ni. (TM)

Maaf ya, cikgu kena tekan sikit bahagian ni, topi agak ketat. (TM)

Saya muat ke tak ni ya? Dah lah saya paling comel.. (TM)

Bila cikgu pun nak sekali bergambar. (TM)

Rapatkan ke dada.. jangan takut-takut dengan skroll ni. (TM)

Rasa macam saya nak grad dari universiti ah cikgu. (TM)

Minggu ini kami sambung semula aktiviti sesi fotografi ini di cawangan TPB Taman Scientex 1, TPB Taman Scientex 2, Tadika Intelek Minda Bestari, Tadika Minda Pintar Bestari dan Tadika Ilmu Pintar Bestari setelah seminggu bercuti akibat pencemaran udara / kimia. Diharap anak-anak murid kami sihat dan dapat hadir untuk sesi fotografi. Jom bergambar!!

~Cikgu Norifah~

2 comments:

  1. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    ReplyDelete
  2. Casinos Near Casinos and Resorts in Biloxi, MS - Mapyro
    Find Casinos Near Casinos and Resorts in Biloxi, 강릉 출장샵 MS, 바카라 필승법 United States - 인천광역 출장샵 Find Casinos 진주 출장샵 Near You in 2021 and Search Casinos 용인 출장안마 Near You in 2021 and Near Me.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.